9.23.2008

Fikirkanlah ....

UMNO perlukan nafas baru, perlukan semangat baru, perlukan pasukan baru… demi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO untuk terus membela agama, bangsa dan Negara.

Tetapi, siapa yang akan mengepalai pasukan UMNO dan BN untuk Pilihan Raya Umum akan datang. Kalau dilihat senario hari ini, sudah pastilah Datuk Seri Najib akan mengepalainya, memandangkan peralihan kuasa yang dijangka berlaku pertengahan Jun 2010 akan meletakkan Najib sebagai penganti Pak Lah.

Setakat mempertaruhkan Najib pada PRU13 tidak menjamin kemenangan selesa buat BN dan UMNO. Bagaimana dengan Pemuda, Wanita dan Puteri… adakah pertaruhan di peringkat sayap UMNO ini juga akan dilihat sebagai penentu kemenangan BN pada PRU13.

Mampukah KJ mahupun Muhkriz ataupun Khir Toyo dan Zahidi, menjanjikan sesuatu perkara yang cukup penting, mampukah mereka menjanjikan pertandingan Ketua Pemuda kali ini tidak akan membawa kepada perpecahan dan keretakan kepada parti induk UMNO.

Mampukah mereka berjanji. Begitu juga dengan Wanita, diam-diam ubi berisi. Walaupun tiada suara-suara yang bersedia untuk melawan Rafidah Disember ini, namun dalam masa yang sama ada suara wanita di peringkat akar umbi sudah mahukan perubahan terhadap kepimpinan Wanita.

Janji-janji Rafidah untuk berundur Jun 2009, dilihat sinis oleh segelintir ahli Wanita UMNO, namun kepada siapa hendak diserahkan jawatan tersebut. Mungkinkah Shahrizat atau Azalina akan mengintai jawatan tersebut.

Walaupun Wanita dingin, namun sayap Puteri ada terasa bahangnya juga. Mungkin berjiwa muda, berdarah muda dan mungkin kerana muda... Puteri tahun ini akan menyaksikan pertandingan jawatan Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri.

Setakat ini, Shahaniza, Ismalina sudah pun menawarkan diri untuk mencuba nasib, selain Naib Ketua sekarang, YB Rosnah Sirlin serta Bibi Sharliza untuk menduduki kerusi yang bakal ditinggalkan Noraini Ahmad, Disember nie.

Begitu juga Norlee Ashikin ADUN Tualang Sekah yang merupakan ahli UMNO Lembah Pantai dikatakan ber’sepasukan’ dengan Shahaniza untuk merebut tempat Naib Ketua Puteri. Namun jalannya bukan mudah, dia akan menentang Ketua Puteri UMNO Kedah Shahanim (Kedah), Shikin (Kput3 Pertak) serta Linda Zerain selain Nordiana Shafie, Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk jawatan Naib Ketua.

Lupakan dulu senarai calon-calon yang mungkin bertanding, tetapi sedarkah bahawa pertandingan dalam jawatan tertinggi UMNO tahun ini mampu melahirkan 2 situasi berbeza.

Sekiranya pertandingan ini akan membawa UMNO kembali kuat dan diterima orang Melayu, alhamdulillah. Namun jika sebaliiknya, perpepacahan demi perpecahan akibat pertandingan yang cukup mencabar tahun ini, amat buruklah nasib anak-anak cucu kita di kemudian hari.

Fikirkanlah, jangan sampai jawatan sudah di tangan tetapi pada ketika itu, UMNO sudah berkubur, kenapa siapa hendak kita serahkan nasib. Kepada siapa lagi... jangan sampai anak cucu kita akan kencingkan kubur kita atas keterlanjuran kita hari ini.

Fikirkanlah....

No comments: