12.31.2008

PERHIMPUNAN AMAN BARISAN BERTINDAK MENENTANG KEZALIMAN REJIM ISRAEL


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) akan menerajui "'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel" menerusi satu perhimpunan secara aman gabungan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jumaat ini.

Perhimpunan aman barisan bertindak itu akan menjadi platform utama menggembleng semua suara dan bentuk bantahan ahli dan pemimpin akar umbi Pemuda UMNO, Pemuda BN dan semua NGO terlibat yang kini melakukannya di kawasan masing-masing.

Pelbagai NGO, termasuk Majlis Belia Malaysia dan ahli gabungannya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan menyertai Barisan Bertindak itu dan berhimpun sama secara aman pada jam 2.30 petang, Jumaat, 2 Januari 2009 di Kedutaan Palestin, Jalan U Thant off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Orang ramai dan semua pihak dialu-alukan menyertainya bagi menyatakan sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin yang kini sengsara dan menjadi korban kekejaman Rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

Semua pemimpin komponen Pemuda BN juga akan menggemblengkan bantahan ahli mereka terhadap keganasan dan jenayah perang Rejim Zionis itu pada perhimpunan aman itu.

Bantahan itu adalah suara rakyat Malaysia yang anti jenayah perang dan cintakan keamanan, khususnya di dalam isu serangan ganas dan pembunuhan orang awam oleh Rejim Zionis di Palestin.

Serentak dengan itu, Pemuda UMNO & Pemuda BN kini memulakan kutipan tabung bantuan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza. Setakat ini sebanyak RM100,000 telah berjaya dikutip dan akan diserahkan kepada Duta Palestin ke Malaysia, Yang Dihormati Sdr. Abdelaziz Aboughosh.

NOTA: Kepada sahabat-sahabat seperjuangan Pemuda UMNO Bhg Lembah Pantai, mohon melapangkan diri, meluangkan masa untuk kita sama-sama berkumpul di Kedutaan Palestin, Jumaat ini pada jam 2.30pm untuk menyatakan sokongan kita kepada saudara mara kita di Palestin dan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Palestin di Semenanjung Gaza. Semoga Allah memberkati dan merestui doa kita. Insya-Allah ((PSU: Along))

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

Saya sokong perhimpunan tu, tapi saya tak boleh pergi..

Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)













Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Kite Pakat Undi BN Deh :-)
http://pro-faizal.blogspot.com