9.27.2008

KELUHAN BAKAL CALON KETUA PEMUDA UMNO

Siapa tak kenal KJ, angkat tangan. Siapa tak kenal Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, angkat tangan. Siapa tak kenal Ahli Parlimen Rembau, angkat tangan dan siapa tak kenal menantu PM, angkat tangan.

Siapa tak kenal… bodohlah namanya tu. Atau paling koman pun, bebal kalau tak kenal KJ.

Lupakan dulu pangkat dan gelaran yang anak muda ini ada, tapi kita lihat dua pandangan yang juga boleh gua katakan keluhan anak muda yang boleh dikatakan bakal mencorakkan kepimpinan Negara di masa depan.

Sebagai anak muda yang dikatakan berwawasan jauh, sebagai seorang pemimpin muda yang dikaakan bersuara lantang dan berkebolehan, nampaknya dua hari ini dia seakan-akan mengeluh dengan apa yang berlaku dalam pergolakan politik Negara khususnya politik UMNO itu sendiri.

Semalam, KJ kata dia disekat jumpa perwakilan dan ahli-ahli Pemuda UMNO. Hari ini dia kata plak, dia menganggap keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang hari ini menunda tarikh perhimpunan agung parti itu ke bulan Mac tahun depan boleh 'merumitkan kempen' calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti nanti.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO berkata tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.

Dengan nada agak mengeluh, KJ berkata ‘Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan Ketua Pemuda ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen. Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihan raya dua minggu pun tidak mudah inikan pula enam bulan. Maknanya dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen,”.

Seperti biasa, ia akan disambut dengan sindiran dan kritikan pedas, mana boleh tahan bro…. kering-kontang akaun kalau kena kempen 6 bulan. Lama tu… 2 bulan ni pun boleh menyebabkan kita muflis dek kerana kempen, inikan pula 6 bulan.

Pada aku, kalau nak akaun sentiasa penuh, kena jadi macam Anwar Berahim. Dia punya banyak akaun kat US… Baru boleh tahan jadi pemimpin.

Mala Petaka Besar Menanti Jika Sekat Jumpa Ahli dan Perwakilan Akar Umbi

Namun, gua kurang bersetuju dengan kenyataan bahawa dia disekat jumpa mana-mana ahli UMNO. Dia sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dia berhak jumpa mana-mana ahli Pemuda, termasuk juga Mukhriz… sebagai EXCO paling kanan dalam Pergerakan Pemuda, dia juga layak dan berhak.

Malah, semua calon yang bakal bertanding apa-apa jawatan dalam Pemuda, khususnya Ketua Pemuda, layak dan berhak jumpa ahli dan perwakilan Pemuda, baru kita sebagai ahli Pemuda di bawah ini boleh menilai kemampuan dan kewibawaan calon yang bertanding untuk kita pilih…. Untuk kita mahkotakan sebagai Ketua Pemuda.

Ada kawan-kawan sinis berkata, bukan KJ yang disekat jumpa ahli dan perwakilan tapi ahli-ahli dan perwakilan Pemuda yang menyekat diri dari jumpa dia. Bukan semua nak jumpa dia, bukan semua nak jumpa Mukhriz, bukan semua nak jumpa Khir dan bukan semua nak jumpa Zahidi. Oleh itu, faham-faham ajerlah.

Jangan ingat tanggungjawab pemimpin sahaja yang berat, tetapi tanggungjawab kita di bawah ini lebih berat. Kalau salah pilih pemimpin, Pemuda akan lemah, lesu dan tidak bermaya. Akhirnya parti juga akan menjadi mangsa akibat kelesuan dari sayap Pemuda itu sendiri.

Kalau salah pilih pemimpin, Pemuda akan terumbang-ambing, lebih teruk lagi kalau parti induk menerima kesan akibat malapetaka yang dibuat oleh ahli parti di peringkat bawahan, di peringkat akar umbi.

Oleh itu, bebaskan KJ jumpa perwakilan dan ahli Pemuda…. Bebaskan juga Mukhriz, Khir Toyo dan Zahidi. Ramalan Yunus tak kisah sebab dia memang pemimpin akar umbi.

Okeylah, cukup setakat di sini dulu pada masa ini… Apa yang gua katakan ini, hanya sekadar pandangan demi untuk kenaikan Pergerakan Pemuda.

Pemuda UMNO kuat, kuatlah UMNO. Pemuda UMNO lemah… hancurkan UMNO. Fikirkanlah… jangan tanya apa yang UMNO bagi pada kita, tapi yang kita bagi pada UMNO. Apa sumbangan kita pada UMNO.

9.23.2008

Fikirkanlah ....

UMNO perlukan nafas baru, perlukan semangat baru, perlukan pasukan baru… demi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO untuk terus membela agama, bangsa dan Negara.

Tetapi, siapa yang akan mengepalai pasukan UMNO dan BN untuk Pilihan Raya Umum akan datang. Kalau dilihat senario hari ini, sudah pastilah Datuk Seri Najib akan mengepalainya, memandangkan peralihan kuasa yang dijangka berlaku pertengahan Jun 2010 akan meletakkan Najib sebagai penganti Pak Lah.

Setakat mempertaruhkan Najib pada PRU13 tidak menjamin kemenangan selesa buat BN dan UMNO. Bagaimana dengan Pemuda, Wanita dan Puteri… adakah pertaruhan di peringkat sayap UMNO ini juga akan dilihat sebagai penentu kemenangan BN pada PRU13.

Mampukah KJ mahupun Muhkriz ataupun Khir Toyo dan Zahidi, menjanjikan sesuatu perkara yang cukup penting, mampukah mereka menjanjikan pertandingan Ketua Pemuda kali ini tidak akan membawa kepada perpecahan dan keretakan kepada parti induk UMNO.

Mampukah mereka berjanji. Begitu juga dengan Wanita, diam-diam ubi berisi. Walaupun tiada suara-suara yang bersedia untuk melawan Rafidah Disember ini, namun dalam masa yang sama ada suara wanita di peringkat akar umbi sudah mahukan perubahan terhadap kepimpinan Wanita.

Janji-janji Rafidah untuk berundur Jun 2009, dilihat sinis oleh segelintir ahli Wanita UMNO, namun kepada siapa hendak diserahkan jawatan tersebut. Mungkinkah Shahrizat atau Azalina akan mengintai jawatan tersebut.

Walaupun Wanita dingin, namun sayap Puteri ada terasa bahangnya juga. Mungkin berjiwa muda, berdarah muda dan mungkin kerana muda... Puteri tahun ini akan menyaksikan pertandingan jawatan Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri.

Setakat ini, Shahaniza, Ismalina sudah pun menawarkan diri untuk mencuba nasib, selain Naib Ketua sekarang, YB Rosnah Sirlin serta Bibi Sharliza untuk menduduki kerusi yang bakal ditinggalkan Noraini Ahmad, Disember nie.

Begitu juga Norlee Ashikin ADUN Tualang Sekah yang merupakan ahli UMNO Lembah Pantai dikatakan ber’sepasukan’ dengan Shahaniza untuk merebut tempat Naib Ketua Puteri. Namun jalannya bukan mudah, dia akan menentang Ketua Puteri UMNO Kedah Shahanim (Kedah), Shikin (Kput3 Pertak) serta Linda Zerain selain Nordiana Shafie, Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk jawatan Naib Ketua.

Lupakan dulu senarai calon-calon yang mungkin bertanding, tetapi sedarkah bahawa pertandingan dalam jawatan tertinggi UMNO tahun ini mampu melahirkan 2 situasi berbeza.

Sekiranya pertandingan ini akan membawa UMNO kembali kuat dan diterima orang Melayu, alhamdulillah. Namun jika sebaliiknya, perpepacahan demi perpecahan akibat pertandingan yang cukup mencabar tahun ini, amat buruklah nasib anak-anak cucu kita di kemudian hari.

Fikirkanlah, jangan sampai jawatan sudah di tangan tetapi pada ketika itu, UMNO sudah berkubur, kenapa siapa hendak kita serahkan nasib. Kepada siapa lagi... jangan sampai anak cucu kita akan kencingkan kubur kita atas keterlanjuran kita hari ini.

Fikirkanlah....

Salam Perkenalan

Salam perkenalan dan selamat berjuang buat semua warga dan ahli pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai. Semoga dengan kewujudan blog ini akan memberikan sinar perpaduan dan penyatuan kita semua ahli Pemuda UMNO Lembah Pantai.

Perjuangan Tanpa Batasan- Perjuangan kita tiada titik noktahnya. Kita kita kehilangan kawasan Parlimen Lembah Pantai, takkan kita nak diamkan diri sahaja.

Mari kita kuatkan semangat, kuatkan azam dan perkukuhkan pasukan, demi memastikan calon kita akan menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang, atau di setiap kawasan yang ada pilihanraya, ahli kita akan bersemarak berjuang bersama UMNO demi memastikan kemenangan kita.

Salam perjuangan buat semua ahli Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai.