12.31.2008

PERHIMPUNAN AMAN BARISAN BERTINDAK MENENTANG KEZALIMAN REJIM ISRAEL


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) akan menerajui "'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel" menerusi satu perhimpunan secara aman gabungan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jumaat ini.

Perhimpunan aman barisan bertindak itu akan menjadi platform utama menggembleng semua suara dan bentuk bantahan ahli dan pemimpin akar umbi Pemuda UMNO, Pemuda BN dan semua NGO terlibat yang kini melakukannya di kawasan masing-masing.

Pelbagai NGO, termasuk Majlis Belia Malaysia dan ahli gabungannya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan menyertai Barisan Bertindak itu dan berhimpun sama secara aman pada jam 2.30 petang, Jumaat, 2 Januari 2009 di Kedutaan Palestin, Jalan U Thant off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Orang ramai dan semua pihak dialu-alukan menyertainya bagi menyatakan sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin yang kini sengsara dan menjadi korban kekejaman Rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

Semua pemimpin komponen Pemuda BN juga akan menggemblengkan bantahan ahli mereka terhadap keganasan dan jenayah perang Rejim Zionis itu pada perhimpunan aman itu.

Bantahan itu adalah suara rakyat Malaysia yang anti jenayah perang dan cintakan keamanan, khususnya di dalam isu serangan ganas dan pembunuhan orang awam oleh Rejim Zionis di Palestin.

Serentak dengan itu, Pemuda UMNO & Pemuda BN kini memulakan kutipan tabung bantuan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza. Setakat ini sebanyak RM100,000 telah berjaya dikutip dan akan diserahkan kepada Duta Palestin ke Malaysia, Yang Dihormati Sdr. Abdelaziz Aboughosh.

NOTA: Kepada sahabat-sahabat seperjuangan Pemuda UMNO Bhg Lembah Pantai, mohon melapangkan diri, meluangkan masa untuk kita sama-sama berkumpul di Kedutaan Palestin, Jumaat ini pada jam 2.30pm untuk menyatakan sokongan kita kepada saudara mara kita di Palestin dan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Palestin di Semenanjung Gaza. Semoga Allah memberkati dan merestui doa kita. Insya-Allah ((PSU: Along))

12.23.2008

SUKAN MENGERATKAN SILATURRAHIM SESAMA AHLI


















Pada 21 Disember 2008 yang lalu Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Kg Limau serta Bukit Putra Indah dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Lembah Pantai telah menganjurkan pertandingan futsal serta bola jaring.Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli-ahli cawangan tersebut.Pada sebelah pagi telah dijalankan Upacara Perasmian.Upacara Perasmian tersebut sepatutnya dirasmikan oleh Sdr M Sazali Kamilan selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian,tetapi disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan,Sdr M Sazali tidak dapat menghadiri Program tersebut.Oleh yang demikian Sdr Mohd Nazri (Along) selaku Pen Setiausaha Pemuda telah menjadi wakil beliau untuk merasmikan program itu.
Pada sebelah petang pula telah dijalankan upacara penyampaian hadiah.Ia telah dihadiri dan disempurnakan oleh Sdr Azuz selaku Naib Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai.
Tahniah Diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

12.18.2008

Makluman Program Pemuda Cawangan

Dimaklumkan Pemuda Warisan UMNO Cawangan Kg. Kerinchi akan menganjurkan Majlis Ulangtahun Jubli Emas sempena Perasmian Kelab Miracle.

YM Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai akan merasmikan program ini.

Tarikh : 20 Dis 2008
Masa : 9.00 malam
Tempat :Dewan Cawangan Kg Kerinchi, Taman Bukit Angkasa

12.16.2008

PEMUDA LEMBAH PANTAI BERSEDIA

Rata-rata rakan-rakan Pemuda Lembah Pantai menyatakan rasa terperanjat dan terkilan dengan apa yang terpapar dalam blog WilayahKini baru-baru ini. Namun, Pemuda Lembah Pantai sedar, apa yang terpapar di WilayahKini bukan pandangan dan pendirian Pemuda Lembah Pantai secara khususnya.

Memanglah menawan semula Parlimen Lembah Pantai dari tangan PKR @ Nurul Izzah menjadi sasaran utama, namun ianya hanya akan berjaya kalau Pemuda Lembah Pantai dapat disatukan dan diberikan suntikan semangat kepada semua ahlinya di setiap peringkat khususnya selepas musim pemilihan baru-baru ini.

Naib Ketua Pemuda, Saudara Zailani berkata dalam satu pertemuan baru-baru ini meluahkan rasa terkilan dengan artikel di WilayahKini itu namun mahu rakan-rakan Pemuda menjadikan ianya sebagai azimat dan tangkal berguna, dan menjadikan ianya sebagai cabaran untuk mengerakkan Pemuda untuk kembali menawan Parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya akan datang.

“Saya dan kebanyakan sahabat-sahabat kita telah memberikan kepercayaan 100% kepada Sazali baru-baru ini, oleh yang demikian berikanlah peluang dan ruang secukupnya kepada Sazali mencorakkan Pemuda dahulu sebelum kami berperang dengan tangan dan kaki yang tidak terikat, insya-Allah barisan Pemuda yang ada pada hari ini…. Adalah Pemuda yang terbaik yang kita ada dari semangat perpaduan dan penyatuan kami.

Tidak mustahil kita mampu merampas semula kerusi ini, namun dengan syarat…. Pemuda UMNO Lembah Pantai perlu bersatu dan bersatu dan bersatu dalam satu pasukan dan meletakkan Sazali sebagai Ketua Pasukan dan rakan-rakan lain sebagai pemain. Dalam satu pasukan, kami ada penyerang, kami ada prancing tengah, kami ada pertahanan dan benteng terakhir menjaga gol agar tidak ditembusi”, ujar Jai yang lebih suka berkias dalam menyatakan pendiriannya.

Kita mempunyai cabaran yang cukup besar dewasa ini. Oleh itu, untuk menangani cabaran-cabaran ini, Pemuda UMNO Lembah Pantai perlu mempertingkatkan kewibawaan kepimpinan di semua peringkat bagi melahirkan pemimpin-pemimpin yang brutality. Jesteru itu, ilmu-ilmu politik seperti dalam bidang political war, psy-war, proses perisikan, analisis politik, teknik propaganda, penggunaan media dan intenet, tema, simbol dan analisis kumpulan sasar, sangat berguna kepada Pemuda UMNO Lembah Pantai di semua peringkat.

Oleh itu, marilah rakan-rakan Pemuda Lembah Pantai mempersiapkan diri dengan ilmu politik yang lebih berkesan. Semangat yang gigih sahaja tidak mockup tanpa gandingan ilmu pengetahuan. Dengan memiliki kedua-dua ini, barulah kita boleh menjadi ahli politik yang berkesan, khususnya dalam mempersiapkan jentera kita untuk menangani serangan PKR atau DAP sekalipun dalam PRU-13 yang akan datang.

Salam perjuangan buat semua.

12.07.2008

SelamatHari Raya Aidiladha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga Allah swt bersama-sama kita untuk meneruskan Pergorbanan dan Perjuangan bagi mempastikan agama, bangsa dan Negara dipertahankan dan berdaulat. Insya-Allah.

Ikhlas dari :
M. Sazali Kamilan
& seluruh kepimpinan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai

12.05.2008

AMANAH BESAR PEMUDA UMNO LEMBAH PANTAI

Kepimpinan baru Pemuda UMNO Lembah Pantai kini mengorak langkah untuk memperkasa semula Pemuda UMNO bahagian agar lebih disegani oleh kawan dan lawan, khususnya untuk memenangi semula hati rakyat dan ahli-ahli UMNO Lembah Pantai yang beralih arah kepada calon PKR dalam PRU 12 yang lalu.

Dalam mesyuarat pertama AJK Pemuda bahagian Lembah Pantai baru-baru ini, Ketua Pemuda yang baru, Sazali Kamilan mengingatkan rakan-rakan AJK Pemuda bahagian bahawa mereka merupakan pemimpin yang diberi amanah bukan kerana mereka berjaya bertanding dan menang ataupun mempertahankan jawatan ataupun kerana perwakilan Pemuda sukakan mereka, tetapi semuanya berlaku kerana AJK Pemuda bahagian telah ditakdirkan memegang AMANAH BESAR ini.

Amanah besar ini bukan kepalang- bukan menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin pelapis dan memasang cita-cita menjadi wakil rakyat tetapi pada situasi hari ini, rakyat dan ahli-ahli UMNO mahukan pemimpin dan wakil mereka buat kerja, berkhidmat, berkorban masa dan tenaga, jiwa dan raga – kerana ahli mahu kita buktikan bahawa kita boleh memikul amanah besar ini.

Rakyat khususnya di Lembah Pantai ini mahukan kita sebagai jurubicara mereka, kita akan dinilai dan dipantau, sejauh manakah prestasi kita dalam memperbaiki dan keberkesanan kita pada rakyat dan masyarakat di Lembah Pantai ini.

“Kita semua sudah menawarkan diri untuk memimpin Pemuda UMNO Lembah Pantai, dan kita sudah pun diberikan mandat, kita akan diberikan tugasan menjaga biro masing-masing- dan akhirnya ahli-ahli Pemuda di peringkat cawangan akan menuntut kita melaksanakan tanggungjawab kita,”.

Untuk kita meneruskan perjuangan ini, kita tidak boleh tidak mesti mengenal diri dan menilai asal-usul, asas perjuangan, sejarah dan Agenda Melayu, amanah agama, tanggungjawab Pemuda dan cabaran mendatang yang akan mencorakkan nasib dan masa depan bangsa, khususnya di Lembah Pantai ini.

12.01.2008

KORBAN PERDANA PEMUDA UMNO MALAYSIA


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi akan menganjurkan acara tahunan Korban Perdana 2008 bersempena Hari Raya Aidiladha tahun 1429 Hijrah ini. Kali ini, Pemuda akan mengadakannya di Felda Bukit Tongkat, Parlimen Sembrong, Johor, pada Selasa 9 Disember.

Bagi menjayakan ibadah besar itu, sebanyak 200 ekor lembu akan dikorbankan untuk agihan dan menjayakan jamuan rakyat kepada 10,000 hadirin, termasuk penduduk sekitar, pelbagai lapisan ahli dan pemimpin Pemuda UMNO dari seluruh negara.

YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan menyempurnakan majlis itu bersama barisan kepimpinan Pemuda pusat dan negeri-negeri serta bekas-bekas pemimpin Pemuda UMNO.

Mereka akan sama-sama bergotong-royong memasak hidangan untuk jamuan rakyat dan mengagih-agihkan bahagian daging korban untuk penerima sekitar Parlimen Sembrong, termasuk masyarakat Felda dan kawasan sekitar.

Korban Perdana tahun ini menjadi acara dan detik yang sangat bermakna di dalam sejarah perjuangan Pemuda UMNO ketika menghadapi bahang musim pemilihan parti. Di samping menghayati intipati ibadah korban, majlis kali ini menjadi pertemuan yang begitu penting untuk menghimpunkan segenap lapisan ahli dan pemimpin Pemuda UMNO bagi memperatkan ikatan persaudaraan dan kekeluargaan kami.

Parlimen Sembrong dipilih menjadi lokasi Korban Perdana tahun ini sebagai penghormatan dan penghargaan tinggi segenap lapisan Pemuda UMNO terhadap khidmat penuh dedikasi dan kepimpinan Dato' Seri Hishammuddin yang menjadi teladan ketika beiau dan rakan seperjuangan mengharungi Kemelut Politik Melayu 1998 dan memperkukuhkan Pemuda UMNO untuk terus menjadi barisan parti paling depan di dalam menghadapi sebarang cabaran.

Acara itu bermula pada 8.30 malam Isnin, 8 November dengan majlis Forum Perdana Ehwal Islam, melibatkan Ustaz Shahrin Jamaludin sebagai pengerusi, manakal panelnya YBhg Dato' Noh Gadot, bekas mufti Johor, Datuk Pirdaus Ismail, bekas Imam Masjid Negara dan Ustaz Ravi Abdullah, pendakwah bebas.

Korban Perdana menjadi acara tahunan Pemuda UMNO Malaysia sejak 2004 ketika Pemuda UMNO membantu mangsa Bencana Tsunami di Teluk Kumbar, Balik Pulau, Pulau Pinang; Kota Kuala Muda, Kedah; dan juga Kampung Kuala Abang, Dungun, Terengganu (lokasi pertama Program Pemuda Masuk Kampung pada 2001).

Pada 2005 Korban Perdana dianjurkan di Kampung Bumbum, Libaran (Sabah), kemudian Felda Jengka 11, Kuala Krau (Pahang, 2006) dan Machang (Kelantan, 2007).