Pada petang 15 April 2011 yang lalu, satu kebakaran telah berlaku di kawasan perumahan di Jalan Kubur, Pantai Dalam. Seramai lebih kurang 15 keluarga yang terlibat. Kebakaran telah memusnahkan banyak harta benda penduduk, namun tiada yang tercedera dalam kejadian kebakaran tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar - Dato' Raja Nong Chik b. Raja Zainal Abidin bersama-sama kepimpinan Pemuda serta Puteri dan AJK UMNO Bahagian Lembah Pantai telah turut serta meninjau dan melawat tempat kebakaran tersebut.Beberapa bentuk sumbangan seperti wang tunai ,makan minum dan tempat tinggal sementara telah diberikan kepada penduduk terlibat bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.
Sebagai inisiatif untuk membantu penduduk berkenaan, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai akan menganjurkan satu program mengikut ketetapan seperti berikut :
Program Gotong Royong, Membaikpulih Rumah dan Membersihkan Kawasan Kebakaran di Jalan Kubur, Pantai Dalam:
Tarikh : 23 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Jalan Kubur, Pantai Dalam
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Jalan Kubur, Pantai Dalam
Semua ahli-ahli Puteri dan Pemuda serta penduduk setempat di alu-alukan untuk hadir ke progam ini untuk bersama-sama membantu bergotong-royong membersihkan kawasan yang terlibat dengan kebakaran tersebut.
Sekian, terima kasih.