1.29.2009

Isu Mansuhkan Sayap UMNO: Komen Ketua Pemuda Lembah Lembah

Assalammualaikum.

Sahabat-sahabat yang dihormati, pastinya hari ini dan esok dalam pelbagai media, ramai yang marah atau tidak setuju dengan pandangan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen, supaya mansuhkan sayap-sayap UMNO untuk banteras politik wang. Ulasan demi ulasan akan dibuat.

Akan wujud jurang yang muda makin tidak disayangi dan yang tua makin tidak dihormati.

Masing-masing yang di atas cuba selesaikan masalah ikut rasa dan kadang-kadang sebenarnya tiada masalah pun, cuma sengaja mencari masalah.

mereka bercakap dengan keadaan mereka telah ada semuanya (harta dan kehidupan), yang sebenarnya diperolehi melalui UMNO.

Maka, berjayalah bukan Melayu melihat akhirnya Melayu Lawan Melayu.



Salam Hormat:

Hj. M. Sazali Kamilan
Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai

Jangan Pisahkan Orang Muda Dari UMNO

Oleh: Sahabat-Gunung (www.sahabatgunung9506.blogspot.com)

Aku agak terperanjat dengan kenyataan Tengku Ahmad Rithaudeen semalam, namun aku mendiamkan diri ajer sebab internet kat rumah aku pun teruk, lebih baik mendiamkan diri sehari dari terus hentam keromo ‘si bapak’ yang dah lama dalam UMNO tu.

Terus terang aku katakan, ada segelintir kawan-kawan yang menyifatkan ‘di bapak’ ini sudah mula nyanyuk. Adakah dia lupa, dari mana dan permulaannya berjuang dalam UMNO.

Adakah bila dah tua baru dia masuk UMNO? Sehubungan dengan itu, dalam keadaan UMNO pada hari ini yang boleh aku katakan tidak cukup kuat, perlukan perubahan dan peremajaan semula.... mengapa satu cadangan dungu boleh keluar dari seorang ‘bapa’ yang sepatutnya mendidik anak-anaknya untuk menjaga ‘rumah UMNO’ itu sendiri.

Bukan bila dah timbul masalah dalam rumahtangga kita.... kita bunuh anak kita bagi menutup kepincangan dan kucar-kacir dalam rumah kita.

Kenapa nak salahkan anak-anak yang baru nak belajar hidup, sedangkan masalah yang berlaku hari ini, jika dikatakan politik wanglah... ia bermula dengan senior-senior atau bapa-bapa kita, mak-mak kita yang lebih dulu makan garam dalam UMNO.

Bagilah peluang kepada anak-anak ini, bertatih sebelum berjalan, jangan kafankan anak-anak kita di atas kesilapan kita yang terdahulu.

Biarkan anak-anak itu kenal dulu dunia, didiklah ia seperti sehelai kain putih, corakkanlah ia sebaik yang mungkin untuk menjadi warganegara yang berguana, bukannya terus membiarkan kain putih terus mengkafankan anak kita itu.

Buat semua anak-anak muda yang baru bertatih dalam UMNO, jangan kecewa dan jangan ambil hati. Mungkin bapa kita tu ...entahlah, nak cakap pun salah.

Sebagai orang muda, sebagai anak muda yang dah masuk UMNO sejak 10 tahun yang lalu, ketika krisis kegawatan politik negara angkara manusia bernama Anwar Ibrahim.... aku harap MT UMNO janganlah lupa akan peranan dan sumbangan orang muda kepada UMNO.

Jika dipisahkan anak-anak muda ini dari UMNO, aku yakin UMNO akan mengalami musibah yang amat dashyat menjelang PRU-13 nanti. Kalau tak percaya, cubalah bubarkan sayap-sayap UMNO, khususnya Pemuda, Puteri dan Biro Putera UMNO serta Wanita yang cukup komited memperjuangkan UMNO dan BN selama ini.

1.26.2009

RETREAT PEMUDA LEMBAH PANTAI

RETREAT PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI SESI 2008-2011.
BERTEMPAT DI AGROTEK GARDEN RESORT, HULU LANGAT DARI 23-25 JANUARI 2009

DI SINILAH PROGRAM BERLANSUNG..TEMPAT YANG SUNGGUH SELESA DAN MENDAMAIKAN.

SDR KETUA PEMUDA SEDANG MEMBERI AMANAT PADA HARI PERTAMA.

KUMPULAN HIJAU.

KUMPULAN BIRU.

KUMPULAN MERAH.

CABARAN MENAIKKAN BENDERA UMNO.
KUMPULAN BIRU MENJADI JUARA DALAM MENEMPUH CABARAN YANG DILALUI
TETAPI HEBAT DICABAR KUMPULAN HIJAU.

SESI WASIAT IMAN..SUNGGUH MENGINSAFKAN PARA PESERTA.

SDR KETUA PEMUDA BERUCAP SEMASA SESI PENUTUP YANG TURUT DI HADIRI
NAIB KETUA BAHAGIAN SERTA ROMBONGAN.

SDR NAIB KETUA BAHAGIAN MERASMIKAN UPACARA PENUTUP PROGRAM.

SDR NAIB KETUA BAHAGIAN BERSAMA KETUA PENERANGAN BAHAGIAN.

SEMUA BERJAYA MENAMATKAN RETREAT DGN JAYANYA WALAU DI DERA FIZIKAL DAN MENTAL.

"BUILD A WINNING TEAM"
PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN LEMBAH PANTAI





1.03.2009

PERARAKAN SECARA AMAN MENYATAKAN SOKONGAN PADA RAKYAT PALESTIN.











Bantahan ini adalah suara rakyat Malaysia yang anti jenayah perang dan cintakan keamanan, khususnya di dalam isu serangan ganas dan pembunuhan orang awam oleh Rejim Zionis di Palestin.Perhimpunan hari ini lebih kepada untuk menyatakan sokongan dan diadakan di perkarangan Kedutaan Palestin di sini.Ia cukup berbeza dengan bantahan-bantahan yang dilakukan sebelum ini.
Pemuda BN serta beberapa NGO seperti GPMS,PEKIDA dan MBM telah mengambil pendekatan untuk bersama-sama mengadakan perarakan membantah kekejaman yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di buminya sendiri.Program yang berakhir di kedutaan Palestin itu telah diketuai oleh Sdr Khairy Jamaluddin selaku Timbalan Pengerusi Pemuda BN.Ia disertai kira-kira 500 rakyat malaysia yang cintakan keamanan.Dalam ucapannya Sdr Khairy berkata kini merupakan masanya bagi rakyat Malaysia untuk berjuang dalam satu suara dan bangkit sebagai satu kuasa untuk menentang kekejaman dan kezaliman Israel.Pada akhir program Sdr Khairy telah menyerahkan sumbangan RM100 000 dari pemuda BN kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia Sdr. Abdelaziz Aboughosh.