11.18.2010

QURBAN PERDANA Pemuda UMNO Lembah Pantai




'Hj M Sazali yg telah byk berkorban utk Perg UMNO Bahagian'
Sambutan yang cukup hebat dari warga Apartment Abdullah Hukum pada Program QURBAN PERDANA Pemuda UMNO Lembah Pantai yang diilhamkan Tuan Hj M Sazali Kamilan.Ini adalah tahun ke 2 berturut-turut ia berlangsung..Turut membantu Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai yang membantu dari mula hingga akhir..Dan yang paling membanggakan sekali kesudian YB Senator Dato' Raja Nong Chik serta Isteri turut serta dalam program tersebut.Tahniah semua..

'Puteri Lembah Pantai yg tekun membantu'

9.04.2010

Kenyataan Ketua Perg Pemuda UMNO Lembah Pantai diatas tindakan Nurul Izzah yg mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Wakil Rakyat PKR itu sewajarnya diambil tindakan undang-undang kerana menpersoalkan Perkara 153.Menurut Sdr Sazali, pihak Perg Pemuda UMNO Lembah Pantai berasa sungguh malu kerana masih ada org Melayu yang mempertikaikan hak kaum sendiri.Beliau mungkin tidak berasa susah payah berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan atau membentuk Negara ini.Oleh Kerana itulah ia dipersoalkan sewenang-wenangnya.

7.23.2010

'Pengkhianat Negara'-Ganas Bunyinya.



Panas..Artikel ni aku dapat minggu lepas dekat area rumah aku.Harap mereka yang terlalu mendambakan Anwar Ibrahim cepat-cepatlah sedar.Silap-silap bila dia memerintah nanti habis Malaysia dijualnya..
Untuk memulakannya kita harus menolak anak beliau(izzah).Tiada apa pun yang beliau buat di Lembah Pantai.Hanya tahu mengambil kesempatan diatas kerja orang lain.Dengar cerita dalam PKR Lembah Pantai sekarang ni pun tengah berantakan.

7.19.2010

Program Jalinan Mesra



Program Jalinan Mesra Bersama PendudukPPR Kerinchi Lembah Pantai anjuran bersama Kemas,AADK Dan Pemadam yang dirasmikan Tn Hj M Sazali Kamilan Setiausaha Politik Kepada Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.Turut serta Datuk Sharifah Aminah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai,Sdr Shaari Jantan,Sdr Kamaruddin(Camel),Pen Setiausaha Pemuda Sdr Nazri,Bendahari Pemuda YM Tengku Zuhri,Sdr Zulkifly Yunus,Sdr Khairul Anuar,Sdr Lokman,Sdr Fazir,Sdr Faiz,adik2 dri Kelab 1 Remaja dan tidak ketinggalan Ketua Perg Puteri UMNO Lembah Pantai Sdri Nor Asyikin Jaafar..


6.27.2010

Gambar Sekitar Majlis Perasmian Serentak Perg. Wanita,Pemuda Dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai



Ketibaan Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin disambut dengan acara perbarisan dikalangan ahli-ahli Pergerakan Wanita,Pemuda Dan Puteri Bahagian.





Turut diadakan semasa Majlis Perasmian tersebut Bacaan Ikrar yang diketuai Tuan Hj M Sazali Kamilan bersama Ketua Wanita dan Puteri serta pelancaran Tabung Gaza Pemuda UMNO Lembah Pantai.



Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai telah berjalan dengan lancar minggu lepas.Hampir keseluruhan perwakilan hadir semasa mesyuarat tersebut.Tahniah pada yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis tersebut dari mula hingga akhir.



6.03.2010

Sekitar Program Juara Rakyat



(Semasa pelepasan Larian 1Malaysia)

Pelbagai program telah berlangsung semasa Juara Rakyat BN Lembah Pantai tempoh hari.Acara kemuncaknya adalah Larian 1Malaysia.Ia bermula dari Medan Selera Sri Pantai Kg Limau dengan mengelilingi jalan sekitar Pantai Dalam,Pantai Bharu dan Kg Kerinchi.Pelepasan telah disempurnakan oleh Sdr M. Sazali Kamilan, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai.Turut diadakan acara mewarna bagi kanak-kanak tadika serta pertandingan sukaneka buat warga setempat.


(Antara yang hadir semasa penyampaian hadiah pada pemenang-pemenang)



Diantara mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan proram Juara Rakyat

5.20.2010


JUARA RAKYAT BN LEMBAH PANTAI;
22 & 23 Mei 2010;
Di PPR Kg Limau, Jln Pantai Dalam.
Jemput hadir beramai-ramai.

Pelbagai program diadakan antaranya acara Sukaneka,Perasmian/Tanda Arah Kiblat Surau Baru/Sumbangan Buku,Forum Perdana,Larian 1M'sia dan Pertandingan Mewarna Kanak2 Tadika.

4.29.2010

Ketua Bahagian Bersama Pemimpin-Pemimpin Cawangan


Majlis perjumpaan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai bersama Ketua Cawangan,Wanita,Pemuda dan Puteri berlangsung di Quality Hotel Kuala Lumpur..Bagi Pemimpin diperingkat cawangan ini adalah peluang yang dinantikan mereka.Ini kerana ,mereka dapat duduk berjumpa serta berbicara bersama Ketua Bahagian dalam suasana yang santai tanpa gangguan pihak luar.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan Kepimpinan Cawangan telah hadir..Dalam program tersebut turut diselitkan juga penyerahan sumbangan kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan yang ada di cawangan-cawangan UMNO sekitar Lembah Pantai.

Ketua Bahagian didalam majlis tersebut telah meminta pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan untuk bersatu dan memulakan kerja-kerja yang lebih menjurus kepada PRU 13.Elakkan dari perpecahan serta terlalu memikirkan pemilihan UMNO akan datang.Pada beliau yang lebih penting adalah merampas kembali Parlimen Lembah Pantai yang telah dipinjamkan sementara waktu kepada PKR.
Akhir sekali bagi pemimpin peringkat cawangan mereka berharap program sebegini dapat berlangsung lebih kerap supaya mereka dapat berbincang serta meluahkan sesuatu secara terus kepada Ketua Bahagian tanpa ada sekatan dari pihak-pihak lain.