2.16.2009

BANTUAN PADA ANAK-ANAK MANGSA KEBAKARAN

UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI DAN SAYAP PEMUDANYA TELAH BEKERJA SAMA UNTUK MEMBERI BANTUAN KEPADA ANAK MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG TRADISI SRI PANTAI, PANTAI DALAM PADA 13 FEB YANG LEPAS.
UMNO BAHAGIAN MELALUI YAYASAN RASMA TELAH MEMBERI SUMBANGAN BERUPA WANG TUNAI KEPADA MEREKA DAN PERGERAKAN PEMUDA PULA TELAH MEMBERI SUMBANGAN BERUPA PERALATAN SEKOLAH SEPERTI BEG DAN PAKAIAN.SUMBANGAN YANG DI BERI ADALAH DARI GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG(GPMS) MELALUI GPMS LEMBAH PANTAI YANG SETIUSAHANYA ADALAH SDR M. SAZALI KAMILAN YANG MERUPAKAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI.MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TERSEBUT TELAH DI SEMPURNAKAN KETUA UMNO BAHAGAN LEMBAH PANTAI YM DATUK RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN.SERAMAI 11 ORANG PELAJAR SEKOLAH YANG TERLIBAT TELAH MENERIMA BANTUAN TERSEBUT.DI HARAP MELALUI SUMBANGAN YANG TIDAK SEBERAPA INI DAPAT MERINGANKAN BEBAN KELUARGA MEREKA AGAR ANAK-ANAK MEREKA DAPAT MENERUSKAN PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA.

2.14.2009

LEMBAH PANTAI JUARA









Pada 3-8 Feb yang lalu Pemuda Umno Lembah Pantai telah menghantar pasukan Sepaktakraw untuk menyertai Pertandingan Pesta Sepaktakraw sempena Hari Wilayah Persekutuan 2009. Program tersebut telah berlansung di stadium tertutup Titiwangsa.Pasukan Sepaktakraw Pemuda Lembah Pantai telah menyerlahkan kehebatan mereka apabila menguasai perlawanan akhir dan seterusnya menjuarai pertandingan tersebut.Tahniah di ucapkan pada anak-anak muda Lempah Pantai dan tidak lupa juga pada Sdr Naib Ketua Pemuda,PSU dan Biro Sukan Pemuda Bahagian yang telah hadir untuk memberi sokongan pada pasukan kita.

2.13.2009

DAKWA SEGERA PENDERHAKA






Padang Sultan Abdul Jalil, Ipoh semalam bergema dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ apabila lebih 5,000 orang yang mewakili pelbagai NGO berkumpul menyatakan ikrar taat setia akan mempertahankan kedaulatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hingga ke titisan darah terakhir.

Mereka yang menyertai perhimpunan secara aman anjuran Pemuda UMNO Perak itu meluahkan rasa marah terhadap sikap biadap dan kurang ajar pemimpin pembangkang iaitu Karpal Singh, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap Sultan Perak.

Luahan kemarahan yang meluap-luap itu bukan sahaja dapat didengar melalui kata-kata mereka, malah tertera pada tulisan pada sepanduk yang dibawa.

Antaranya, ‘Jangan Hina Raja Kami,’ ‘Kumpulan Gerakan Melayu Bersedia Menjadi Benteng Utama Mempertahankan Kedaulatan Raja-raja,’ ‘Pakatan Rakyat Jadi Kuda DAP’ dan ‘Usir Nizar dari Perak.’

PEMUDA LEMBAH PANTAI

Perhimpunan ini turut diserta sahabat-sahabat Pemuda UMNO Lembah Pantai yang diketuai saudara Sazali Kamilan. Saudara Along, Zack dan Apit tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama Pemuda UMNO Perak, untuk menyatakan sokongan kepada institusi Raja Berperlembagaan dan menentang mereka yang menderhaka titah sultan.




2.12.2009

HIMPUNAN MENJUNJUNG SETIA "DAULAT TUANKU"

Senario politik terbaru di negeri Perak ternyata telah membuka lembaran baru kepada sejarah negara ini. Institusi raja yang selama ini dipandang mulia dan tinggi oleh rakyat yang terbanyak telah mulai dilihat sebagai sebuah institusi yang negatif oleh kelompok-kelompok rakyat yang tertentu.

Tindakan-tindakan yang dilakukan bermula dengan demonstrasi dan akhirnya ke peringkat menyaman terhadap Ke bawah DYM Sultan Perak telah menyebabkan berlaku kekeliruan kepada rakyat tentang institusi raja dan perundangan.

Persepsi negatif yang dibina oleh pihak-pihak tertentu ini, ternyata sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan telah mencalar dan memalukan institusi Raja Berperlembagaan di negara ini yang merupakan sebahagian daripada sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Malaysia ini. Selama ini, Institusi Raja-raja telah berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Sehubungan dengan itu, menyedari keadaan bahawa Institusi Raja ini tidak boleh dibiarkan bersendirian dalam menghadapi situasi krisis sebegini maka dengan rasa tanggungjawab dan kesetiaan, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu perhimpunan yang digelar Himpunan Menjunjung Setia "Daulat Tuanku!" secara besar-besaran di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada jam 8.00 malam, Khamis, 19 Februari 2009.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, perhimpunan ini bukan bertujuan untuk mencipta dan bermusuh dengan mana-mana pihak tetapi ia adalah satu langkah yang positif ke arah untuk menyatukan suara hati generasi muda secara lebih tersusun dan konstruktif bagi menyatakan sumpah taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan Institusi Raja-raja dan Sistem Raja Beperlembagaan.

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai golongan masyarakat, termasuk kelompok profesional, bukan profesional, pertubuhan politik, agama, kebajikan dan seni pertahanan diri adalah diseru untuk menyertainya.

Adalah menjadi harapan Pemuda BN bahawa perhimpunan ini akan menjadi satu indikator kepada seluruh masyarakat bahawa kita semua boleh berpolitik dan berbeza pandangan dengan mana-mana pihak termasuk dengan pihak istana sekalipun tetapi ianya tidak boleh melampaui batasan susila.

Kesedaran bahawa hukum perundangan adalah hukum yang sah dari segi perlembagaan adalah perlu tetapi jatuh letak sesuatu pihak dalam usaha mengheret institusi raja ke ruang pengadilan hanya kerana dibayangi oleh sentimen politik dan kuasa adalah sesuatu yang dangkal dari segi nilai dan pemikiran. Ia tidak boleh sama sekali dibiarkan menjadi amalan kita kerana dibimbangi berkecenderungan akan menjadi satu budaya.

Oleh itu, secara tegas, perhimpunan ini berpendirian untuk mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan akan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Sultan-sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan.

Perhimpunan ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak mutakhir agar rakyat dapat melihat semula secara lebih positif hubungan harmoni antara Istana dan rakyat dengan berlandaskan adat dan tradisi bangsa turun temurun, dalam semangat negara berperlembagaan dan rakyat bersultan. Selama ini, Institusi Raja-raja telah berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

2.11.2009

DAULAT TUANKU

BERSAMA KITA PERTAHANKAN MARUAH DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU.HALAU DAN LUCUTKAN KEWARGANEGARAAN PENGKHIANAT DARI BUMI BERTUAH INI.ANDAI PERLU,KITA PERTAHANKAN RAJA-RAJA MELAYU HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR.

BANTAHAN PEMUDA WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR BERHADAPAN MENARA MAYBANK.

SEMASA MENGHANTAR MEMO KE PEJABAT KARPAL SINGH.

2.03.2009

Angkara Politik: Masa Depan Anak Melayu Diperjudikan

Tengok suratkhabar Utusan Malaysia hari ini, hatiku tersentuh melihat wajah-wajah anak dan adik-adik ini.

Kesian anak-anak ini. Terpaksa belajar hampir 2 jam di bawah panas mentari selepas pintu pagar Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau dirantai dan dimangga JKKK Kuala Sungai Pinang.

Tergamak mereka memperjudikan masa depan anak-anak ini.

Sedih aku mengenangkan nasib anak-anak Melayu yang terpaksa memperjudikan masa depannya akibat percaturan politik kita sendiri yang hanya memetingkan diri sendiri tanpa melihat kesan kepada generasi masa depan.

Maybe… aku nak pinjam ayat dari Hambali Latiff dalam blognya (www.hambali1.blogspot.com)…. Penyakit PAS Terengganu sudah menjangkit sampai ke Pulau Pinang. Kalau dulu, antara tahun 1999-2004, inilah juga yang berlaku ke atas anak-anak Terengganu.

Kini menular ke Pulau Pinang plak. Selepas ini, ke mana plak. Namun aku mengharapkan agar anak-anak di Lembah Pantai ini terus mendapat pendidikan yang terbaik.

Marilah kita sama-sama matang berpolitik, jangan gadaikan masa depan anak-anak kita. Allahyarham Aminuddin Baki pernah berpesan, jangan sampai pelajar-pelajar Melayu jadi seperti ‘Itik di air matu kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan’.