3.06.2009

SELAMAT BERJUANG CALON NO 36

Alhamdulillah, Ketua Pemuda kita, Haji M Sazali Kamilan sah akan bertanding dalam Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, 24 Mac nie. Semoga penawaran diri sebagai EXCO Pemuda UMNO ini, gerakan Pemuda UMNO akan lebih mantap dan berkesan di masa-masa mendatang. Dalam pengundian nombor calon baru-baru ini, bos kita dapat no 36.

Dalam perkembangan sama, Sazali memohon para perwakilan dan pemerhati UMNO supaya menggunakan peluang Persidangan UMNO yang akan berlangsung mulai 24 mac ini bagi memantapkan parti untuk berhadapan pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, oleh itu kesempatan yang ada itu perlu dimanfaatkan untuk membahaskan masa depan dan perjuangan parti selain memikirkan tentang mesej daripada keputusan pilihan raya umum lalu. Persidangan tahun ini juga kelak patut memikirkan apa bentuk perubahan dan transformasi kepada bukan sahaja UMNO tetapi juga BN.

Kita perlu sedar bahawa ujian kita selepas ini bukannya soal pemilihan, tetapi adalah selepasnya iaitu bagi memantapkan parti bagi berdepan pilihan raya umum ke-13.

Selamat berjaya bro Zali. Saya mengucapkan tahniah kepada berani menyahut cabaran di kala UMNO berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang amat getir pada masa ini.

Dalam masa yang sama, aku berharap sangat pada para perwakilan yang akan memilih tahun ini, supaya menggunakan kesempatan itu untuk membentuk satu barisan yang lebih mantap dan mampu membawa perubahan terbaik kepada Pemuda UMNO dan UMNO khususnya. Ini penting supaya perjuangan UMNO akan dapat memenuhi cita rasa orang ramai khususnya generasi muda.

Sesiapa yang hendak menawarkan diri sebagai pemimpin di dalam UMNO perlu juga mengambil kira hubungan dan perjuangan mereka dengan rakan-rakan dalam BN.

Selamat berjaya buat semua.


`Sahabat-Gunung’.

3.02.2009

RAZALI MINTA 700,000 PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS

Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Razali Ibrahim meminta semua 700 ribu ahli Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kerana membuat kenyataan menghasut semasa berbahas di Dewan Rakyat minggu lalu.

Katanya laporan itu boleh dibuat di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan kerana tuduhan yang dibuat oleh Karpal bahawa Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya adalah palsu.

Katanya, walaupun Karpal membuat kenyataan tersebut di dalam Dewan Rakyat tetapi berdasarkan peruntukan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan, Karpal masih boleh didakwa.

Mengikut rekod, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Mark Koding pada tahun 1982 telah dijatuhkan hukuman denda kerana membuat kenyataan yang meghasut semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 17 Oktober 1978.