6.20.2009

Budak Zaman Sekarang..MEMALUKAN!!!

MEMALUKAN ANAK BANGSA.Siapa harus dipersalahkan.?Aku cukup kecewa bile tengok budak-budak zaman sekarang yang masih bersekolah tanpa segan silu hisap rokok.Dah la ponteng sekolah dengan selambernya pakai uniform lagi tu.Tak tahu malu ke mereka ni.Bercampur gaul pula lelaki perempuan.Kita tak tahu apa pula akan berlaku lepas tu.

Mak,bapa kat umah sikit punya percaya anak mereka baik,bersopan santun siap bertudung litup lagi tu.Pada hal dibelakang mak,bapa mereka jadi setan bertopengkan manuasia.Tak kesian ke mereka yang pada si bapa yang penat mecari rezeki nak menanggung perbelanjaan harian mereka.Nie bile dapat duit boleh guna pula ke tempat lain.
Yang si ibu pula penat menjaga makan minum dan mendidik mereka.Duduk di rumah ingat si anak betul la ke sekolah.Bertapa hancurnya hati seorang ibu dan ayah apabila melihat perangai anak sebegini rupa.Kite renungkanlah bersama nasib anak bangsa kita.


p/s-gambar dari minaq-jinggo.fotopages

6.15.2009

Pemuda Mulakan Inisiatif Perjuang Nasib Masyarakat Bandar di Kg Kerinchi



Jika sebelum ini tumpuan diberikan kepada kawasan luar bandar, Pemuda UMNO hari ini meletakkan keutamaan untuk mendekati masyarakat dalam bandar khususnya mendekati golongan muda.

Sebagai inisiatif ke arah itu Pemuda UMNO menerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandarnya telah mengadakan program Sehari Bersama Pemuda UMNO Malaysia di Bandar di PPR Kampung Kerinchi, Lembah Pantai.

Selain aktiviti gotong royong membersihkan kawasan, program sehari itu turut mengadakan majlis dialog bersama masyarakat setempat, sukan rakyat, mengunjungi rumah penduduk, mengadakan klinik kesihatan bergerak, pertandingan melukis bagi kanak-kanak, beramah mesra dengan penjual dan pengunjung di gerai-gerai berdekatan serta kenduri rakyat.

Mengulas program berkenaan, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini memberi penumpuan dan penekanan kepada penduduk di kawasan bandar dalam usaha mendekatkan diri dengan golongan muda di kawasan tersebut.

Jelas beliau inisiatif ini dilakukan memandangkan sebelum ini tumpuan banyak diberikan kepada kawasan luar bandar sedangkan banyak masalah serta ramai pengundi khususnya di kalangan golongan muda berada di dalam bandar.

“Menerusi program ini kita akan mendekatkan diri dengan pengundi muda di kawasan bandar serta mengenal pasti permasalahan mereka.

"Jika sebelum ini Pemuda lebih banyak turun padang dan menumpukan pada golongan muda di luar bandar, kini tiba masanya untuk Pemuda melebarkan sayap perkhidmatannya kepada penduduk muda di kawasan bandar," katanya selepas mengadakan gotong royong bersama masyarakat di PPR Kampung Kerinchi di sini.

Menerusi program yang diadakan kata beliau lagi Pemuda telah mengenalpasti beberapa masalah sebenar yang dihadapi penduduk bandar yang lebih menjurus kepada masalah perumahan.

“Sepanjang pertemuan dengan penduduk di kawasan ini kita dapati kebanyakan isu yang dibangkitkan penduduk adalah berkiatan masalah perumahan seperti pengurusan sampah, persekitaran, tempat letak kereta serta permintaan untuk membeli rumah berkenaan daripada hanya disewakan.

"Kesemua permasalahan yang dibangkitkan ini akan kita perjuangkan dan kami akan berusaha untuk membantu mereka mendapat peluang untuk hidup lebih selesa agar mereka tidak rasa kehimpitan tinggal di bandar," ujarnya.

Pada masa yang sama jelasnya lagi Pemuda turut akan menumpukan usaha membuka peluang dalam ekonomi seperti membantu masyarakat bandar mendapat peluang berniaga bagi kehidupan yang lebih selesa.

Sebelum ini Sekretariat Hal Ehwal Bandar yang dipengerusikan Tengku Azman Tengku Zainal Abidin turut telah mengadakan beberapa dialong dengan masyarakat bandar bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di Pulau Pinang dan Selangor.

6.04.2009

Facebook - Mudahkan hubungan kita.

Assalammualaikum.

Diharap semua rakan-rakan Pemuda UMNO bahagian Lembah Pantai dan rakan-rakan yang bersama kami selama ini, dapat buat facebook masing-masing, untuk memudahkan kita berhubung dengan lebih mudah dan lebih berkesan.

Sebarang program pun kita boleh maklum kepada semua dengan kadar segera. Kerjasama dan kefahaman dari rakan-rakan semua amat kami hargai.


Bagi Pihak,
Jawatankuasa Pengurusan
Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Lembah Pantai

6.03.2009

Pemuda Adakan Kursus Latih Pemidato Setiap Bahagian

Pemuda UMNO akan mengadakan kursus Asas Jentera Unit Pidato pada 5-7 Jun ini bagi memberi latihan dan persediaan yang secukupnya kepada ahli pergerakan itu dari sudut penganjuran serta keupayaan untuk mengadakan ceramah di peringkat bahagian di seluruh negara.

Pengerusi Unit Pidato dan Penghujahan Umumnya, Lokman Noor Adam berkata kursus berkenaan akan memberi pendedahan kepada para peserta tentang bagaimana kaedah serta pelaksanaan bagi melicinkan sebarang ceramah atau forum kelak.

Menurut beliau seramai 120 peserta daripada seluruh bahagian dijangka akan menghadiri kursus tersebut yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU) di Pahang.

"Kursus ini terbuka kepada mana-mana ahli Pemuda di peringkat bahagian yang berminat dan pendaftaran masih lagi dibuka sehingga esok. Berdasarkan pendaftaran terkini, sambutan yang diterima amat mengalakkan.

"Ini bermakna ramai ahli-ahli kita di akar umbi yang berbakat serta mahu menceburkan diri dalam pemidato ini. Kita berharap dengan pelaksanaan kursus seperti ini, akan lahir lebih ramai tokoh-tokoh Pemuda yang bukan sahaja mampu menguruskan sesi ceramah malah jauh daripada itu", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Menurut Lokman lagi, modul yang akan digunapakai sepanjang kursus itu adalah berbentuk ceramah serta pembentangan kertas kerja oleh tenaga professional daripada luar UMNO.

Selain daripada itu, kita juga akan menerapkan beberapa kaedah lain yang diyakini bakal memberi satu kemahiran kepada peserta kursus yang hadir nanti.

Menjelaskan lebih lanjut, Lokman seterusnya menambah para peserta yang menujukkan kebolehan serta keupayaan yang tinggi akan dipilih untuk menghadiri satu lagi kursus yang akan diadakan pada 19-21 Jun ini.

"Kursus pada tarikh itu merupakan kelolaan Sekretariat Penerangan Dan Komunikasi Pemuda UMNO yang mana ianya akan meberi tumpuan khusus terhadap aspek pemidato.

"Daripada sinilah kita akan terapkan serta melatih mereka yang akan menjadi pemidato Pemuda UMNO untuk berceramah dan sebagainya", kata beliau.

PENERIMAAN AHLI-AHLI BARU SERTA CERAMAH UMNO 'DULU KINI DAN SELAMANYA'.


Biro Pendidikan Politik Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai dengan kerjasama UMNO Cawangan Angsana serta Biro Pengundi UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengadakan Majlis Penerimaan Ahli-Ahli Baru dan ceramah UMNO ‘Dulu Kini Dan Selamanya’ bertempat di Perumahan JPM,Jalan Ang Seng 4 Brickfields.
Sebanyak 40 keahlian ahli baru telah diterima pada Majlis tersebut.Program telah dirasmikan oleh Sdr Ikhsan Samsudin selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Ketua Umno Cawangan Agsana.Beliau dalam ucapannya menyeru kita ahli-ahli UMNO kembali bersatu untuk memperkukuhkan UMNO bahagian Lembah Pantai untuk menghadapi PRU 13.Perbanyakkan lagi program-program untuk menarik mereka-mereka yang menyokong pembangkang serta yang tidak pernah mendaftar sebagai ahli untuk menjadi ahli UMNO serta pastikan mereka-mereka mendaftar sebagai pengundi di Lembah Pantai.

Beliau juga meminta warga Lembah Pantai memberi sokongan yang penuh pada Umno Bahagian Lembah Pantai yang mana Ketua Bahagiannya YM Senator Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah dilantik Menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Ceramah UMNO ‘Umno Dulu Kini Dan Selamanya’ telah disampaikan oleh Sdr Zahrain Yassin yang lebih dikenali dalam dunia bloggers sebagai Sang Kelembai.Beliau yang telah dipecat keahlian UMNO kini dalam proses rayuan untuk memohon kembali kepangkuan UMNO.