10.27.2009

Majlis Taklimat Penjualan Program Perumahan Rakyat ( PPR ) MTEN dan Perumahan AWAM DBKL





MENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,YB.Dato' Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin, hadir pada sesi taklimat penjualan rumah MTEN dan perumahan awam DBKL di kawasan Parlimen Lembah Pantai,Pantai Dalam,malam tadi.Foto_Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman, P.P.W


10.25.2009

Masalah Pemotongan Air Di Flat Taman Permata Pasir,Kg Pasir Dalam,Pantai Dalam




KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Hj M.Sazali Kamilan menghadirkan diri bagi mendengar keluhan penduduk di Flat Taman Pasir Permata,Kg.Pasir Lama Jalan Klang Lama malam tadi.

Foto: Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman, P.P.W

10.24.2009

Majlis Rumah Terbuka Deeparaya Anjuran Persatuan Penduduk Perumahan DBKL Sri Pahang



MENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar , YB. Dato' Raja Nong Chik Bin Dato Raja Zainal Abidin dan YB.Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ,Dato M.Saravanan hadir di Majlis Rumah Terbuka Deeparaya, Perumahan DBKL Sri Pahang, Bangsar.Petang tadi. Foto_Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman , P.P.W

10.22.2009

Majlis Penyampaian Sumbangan Untuk Bakal-Bakal Haji Warga Lembah Pantai.




KETUA UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan YB.Senator Dato'Raja Nong Chik Bin Dato'Raja Zainal Abidin telah berbesar hati menyampaikan sumbangan serta meraikan bakal-bakal haji dan hajjah warga Lembah Pantai di dewan UMNO Bahagian,Bangsar,petang tadi. Foto_ Mohd SharrulHaizy Abd Rahman, P.P.W

10.18.2009

Rumah Terbuka Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai

Rumah Terbuka Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai Puan Norashikin binti Jaafar ( dua dari kiri).Majlis ini di serikan lagi dengan kehadiran ahli jawatankuasa Pemuda Lembah pantai di kediamannya,di Pantai Permai,hari ini. Foto-Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman, P.P.W

10.17.2009

AMANAT PRESIDEN MENJUNJUNG TRADISI,MENZAHIR PERUBAHAN

Foto-Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman, P.P.W


Sesungguhya,

Amanah besar ini tidak boleh dipikul oleh seorang

Ia perlu dijinjing oleh satu jemaah ,satu barisan yang tersusun rapi

Oleh itu ,saya menyeru dan mengajak kepada Timbalan Presiden

Kepada Naib-Naib Presiden,Ketua Wanita,Ketua Pemuda,Ketua Puteri

Kepada saf kepimpinan yang berada di atas

Pejuang-pejuang UMNO di bawah,pejuang UMNO di bahagian

Pendokong-pendokong UMNO di cawangan

Seluruh warga UMNO yang baru dan yang lama,di kota dan didesa

Bangkitlah semua bersama-sama saya

Rapatkanlah barisan,sahutlah panggilan

Marilah kita martabatkan warisan ini


Yakinlah,

Perjuangan kita adalah perjuangan yang betul

yakinlah,

Perjuangan kita adalah perjuangan yang haq

Kitalah,UMNO,satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan

mampu meneroka masa depan penuh gilang gemilang



Walau apa pun dugaan

Walau apa pun rintangan

Bersama segunung harapan,perjalanan ini kita teruskan

Bersama mengenggam keyakinan,segala impaian pasti dilunaskan

Setitik dijadikan laut,segumpal dijadikan gunung



Tradisi tetap kita junjung,perubahan tetap kita zahirkan

kendati tergantung awan dilangit

Telah terlanjur kubentangkan layar

Walau badai datang menggulung

Walau berdentum guruh dilangit

Walau bumi berkeping dua,takkan mungkin ku berbalik haluan.


Hidup UMNO ! Hidup UMNO ! Hidup UMNO !



Petikan Ucapan Dasar

YAB.Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj.Abdul Razak

Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009


Pindaan Perlembagaan UMNO Yang Telah Diterima Para Perwakilan

* Penambahan jumlah perwakilan kepada 146,500 anggota bagi pemilihan pimpinan tertinggi Umno dan barisan pemimpin peringkat bahagian. Melalui usul pindaan ini juga, semua ketua sayap parti peringkat cawangan dicadangkan menjadi perwakilan secara automatik.
* Memperkenalkan sistem pendaftaran menggantikan sistem kuota pencalonan. (Syarat minimum untuk menjadi calon akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Umno);
* Pelantikan wakil Pergerakan Wanita untuk mengisi kerusi jawatankuasa peringkat cawangan, bahagian dan MT;(Pindaan ini menjadikan jumlah anggota yang dilantik bertambah, iaitu bagi MT daripada 12 kepada 13 orang, anggota jawatankuasa peringkat bahagian daripada tujuh kepada lapan orang, dan jawatankuasa cawangan daripada lima kepada enam orang);
* Pemilihan bagi peringkat bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi akan diadakan secara serentak, dan dengan itu sebuah Jawatankuasa Pemilihan Umno akan ditubuhkan untuk menyelia dari segi logistik dan kos. (Anggota jawatankuasa akan dilantik Presiden parti);
* Penghapusan yuran tahunan keahlian dan digantikan dengan yuran seumur hidup;
* Memberi mandat kepada ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat cawangan untuk mengesahkan keahlian baru; dan
* Mengiktiraf setiausaha bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno secara automatik.


Dengan lulusnya usul ini,diharap UMNO kembali kukuh dan akar umbi gunakanlah peluang ini sebaiknya.Sama-sama kita kembali perkuatkan UMNO.

10.16.2009

Majlis Penyerahan Bantuan Deepavali









PENYERAHAN bantuan Deepavali oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik kepada Komponen Barisan Nasional dan NGO di Pejabat UMNO Bahagian Lembah Pantai, Bangsar. - Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman , P.P.W