3.29.2010

Era Baru Bagi Penduduk Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi





Pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi kini akan menjadi kenyataan.Hampir keseluruhan penduduk kawasan tersebut kini tidak sabar untuk berpindah ke penempatan sementara bagi memberi laluan kepada pemaju yang mereka pilih semasa sesi pengundian memilih pemaju untuk membangunkan kawasan tersebut.
Pemaju yang telah berjaya menambat hati penduduk adalah Syarikat Suez domain Sdn Bhd.Dengan tawaran yang menarik mereka berjaya mengenepikan UDA Holding,Maha Development dan Puncak Seputih.
Tahniah tidak terhingga diiucapkan pada YB Senator Dato' Raja Nong Chik selaku Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar kerana telah membuka lembaran baru bagi penduduk flat 4 tingkat dengan mencadangkan pendekatan sebegini.Ia dilihat lebih telus kerana ia melibatkan suara penduduk keseluruhannya untuk memilih pemaju mana yang mereka inginkan.
Dalam hal ini YB Senator Dato' Raja Nong Chik telah berjaya menyatukan penduduk Flat 4 tingkat untuk keluar beramai-ramai mengundi pemaju mana yang ingin meraka pilih.
Inilah yang dikatakan UMNO JUARA RAKYAT,sentiasa kedepan untuk menyelesaikan permasalahan penduduk tidak kira dari parti mana selakipun.
Kepada pemaju diharap gunakan kepercayaan yang diberi penduduk untuk buat yang terbaik demi keselesaan mereka.
Akhir sekali yang boleh diperkatakan adalah:-
'Bukan Sekadar Ungkapan;-
'Tapi kini terbuktilah Rakyat sentiasa Didahulukan. Pencapaian diutamakan..

3.16.2010

UMNO Bertapak Di P20






Kini Blok P20 Taman Bukit Angkasa bukan lagi kubu kuat pembangkang.Ini kerana akan wujudnya cawangan UMNO disitu apabila permohonan peduduk diluluskan.Permohonan telah disertakan dengan 130 ahli baru yang diketuai Tuan Hj Maamor yang merupakan orang lama dikawasan tersebut.Penyerahan borang telah disampai kepada YB Senator Dato' Raja Nong Chik di perkarangan blok P20.
Dalam ucapannya,Dato' Raja telah tekankan perpaduan harus diteguhkan diblok P20.Elakkan perpecahan sesama penduduk kerana ia penting untuk sesuatu kawasan.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk blok P20 kerana telah mempunyai kesedaran dan meluaskan pengaruh UMNO di blok P20 yang selama ini dikuasai parti pembangkang.

3.14.2010

Maulidur Rasul



Pada 14 Mac 2010 yang lalu UMNO Bahagian Lembah Pantai bersama Madrasah An-Nur telah mengadakan Majlis Perarakan Dan Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1431H/2010M didewan UMNO Cawangan Kg Kerinchi Taman Bukit Angkasa,Pantai Dalam.
Pelbagai Program telah diatur bermula dengan perarakan di Taman Bukit Angkasa yang diketuai YB Senator Dato' Raja Nong Chik bersama-sama dengan penduduk sekitar.Turut diadakan Bacaan Merawi,Persembahan Nasyid serta kemuncaknya Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Lembah Pantai yang dibahagikan kepada dua kategori Lelaki dan Wanita.Mereka yang telah menerima Anugerah tersebut adalah YBhg Datuk Abdul Razak B Abu Samah Mantan Ketua UMNO Bahagian serta Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Hajah Halimah Bt Karnawi yang pernah mencurahkan khidmat beliau selama 22 tahun sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Bangsar yang kini dikenali sebagai Lembah Pantai.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian turut tidak ketinggalan menghadiri majlis tersebut dengan diketuai Ketua Pemuda Sdr Tuan Hj M Sazali Kamilan serta barisan jawatankuasanya.
Majlis ini juga mendapat sambutan dari penduduk setempat serta NGO-NGO di Lembah Pantai.Tidak kurang 500 orang menghadiri program tersebut.Diharap program-program sebegini dapat berterusan kerana ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat.

3.08.2010

Jalinan Mesra 1 Malaysia


(Rakyat didahulukan.Pencapaian diutamakan)


UMNO Cawangan Kg Hj Abdullah Hukum dengan kerjasama Persatuan Penduduk,Rukun Tetangga serta Madrasah Nurul Huda telah mengadakan Program Jalinan Mesra 1 Malaysia.Program telah dirasmikan Y.B. Senator Dato Raja Nong Chik selaku Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.
Bagi Menteri Wilayah,program ini boleh juga dianggap seperti Program Juara Rakyat.Ini kerana ia melibatkan penduduk setempat serta berbilang kaum.Ia secara tidak langsung senada dengan apa yang telah disuarakan Perdana Menteri kita,1Malaysia.Rakyat Didahulukan.Pencapaian Diutamakan.
Pelbagai program telah dianjurkan seperti forum perdana,sukaneka,bolasepak jalanan,karaoke,senamrobik,kempen derma darah,bantuan kerusi roda pada mereka yang kurang upaya dan sebagainya.Ia melibatkan semua penduduk dikawasan tersebut.Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai juga turut terlibat didalam program tersebut dengan membuat kaji selidik terhadap pengunjung-pengunjung terutamanya generasi muda serta mengedarkan risalah-risalah seperti info tentang rukun negara,sejarah kemerdekaan negara dan menghayati semangat perpaduan.
Diharap program sebegini dapat berterusan dan menjadi ikutan cawangan-cawangan lain di Lembah Pantai.

3.07.2010

Kunjungan Persahabatan





Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai yang diketuai Tuan Haji M Sazali Kamilan telah berbesar hati menerima kunjungan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi yang diterajui oleh Sdr Norsaidi Nayan.Ia sebagai tanda persahabatan diantara kedua-dua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.
Majlis telah diadakan di Restoran Rebung Bangsar dalam suasana begitu santai dan mesra sekali.
Sdr Zailani selaku Naib Ketua Perg Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai bersama barisan Jawatankuasa telah hadir untuk meraikan mereka.Dalam ucapannya beliau telah menyampaikan salam dari Tuan Haji Sazali yang tidak dapat turut serta kerana mempunyai urusan rasmi.Beliau berharap program sebegini dapat berterusan supaya ia dapat mengeratkan lagi hubungan diantara kedua-dua bahagian kelak.Mungkin akan datang bila Perg Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai pula ke Langkawi mereka pula dapat meraikan kita.

3.06.2010

Hanya Pengecut Takut Berterus-Terang



Siapa dalang disebalik Pertandingan Futsal Perdana Piala Ketua Pemuda ini?Itu yang menjadi tanda tanya kami warga Pemuda UMNO Lembah Pantai.Ramai ahli-ahli Pemuda yang bertanya tentang pertandingan berkenaan pada kami.Sedangkan kami tidak terlibat lansung dalam penganjuran tersebut.
Kepada penganjur,kenapa anda harus berselindung..Tunjukkan wajah sebenar siapa yang menganjurkannya.Tidak perlulah menipu anak-anak muda Lembah Pantai.Adakah kerana ingin mengaut keuntungan anda sanggup menipu warga Lembah Pantai keseluruhannya.