6.27.2010

Gambar Sekitar Majlis Perasmian Serentak Perg. Wanita,Pemuda Dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai



Ketibaan Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin disambut dengan acara perbarisan dikalangan ahli-ahli Pergerakan Wanita,Pemuda Dan Puteri Bahagian.





Turut diadakan semasa Majlis Perasmian tersebut Bacaan Ikrar yang diketuai Tuan Hj M Sazali Kamilan bersama Ketua Wanita dan Puteri serta pelancaran Tabung Gaza Pemuda UMNO Lembah Pantai.



Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai telah berjalan dengan lancar minggu lepas.Hampir keseluruhan perwakilan hadir semasa mesyuarat tersebut.Tahniah pada yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis tersebut dari mula hingga akhir.



6.03.2010

Sekitar Program Juara Rakyat



(Semasa pelepasan Larian 1Malaysia)

Pelbagai program telah berlangsung semasa Juara Rakyat BN Lembah Pantai tempoh hari.Acara kemuncaknya adalah Larian 1Malaysia.Ia bermula dari Medan Selera Sri Pantai Kg Limau dengan mengelilingi jalan sekitar Pantai Dalam,Pantai Bharu dan Kg Kerinchi.Pelepasan telah disempurnakan oleh Sdr M. Sazali Kamilan, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai.Turut diadakan acara mewarna bagi kanak-kanak tadika serta pertandingan sukaneka buat warga setempat.


(Antara yang hadir semasa penyampaian hadiah pada pemenang-pemenang)



Diantara mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan proram Juara Rakyat