4.29.2010

Ketua Bahagian Bersama Pemimpin-Pemimpin Cawangan


Majlis perjumpaan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai bersama Ketua Cawangan,Wanita,Pemuda dan Puteri berlangsung di Quality Hotel Kuala Lumpur..Bagi Pemimpin diperingkat cawangan ini adalah peluang yang dinantikan mereka.Ini kerana ,mereka dapat duduk berjumpa serta berbicara bersama Ketua Bahagian dalam suasana yang santai tanpa gangguan pihak luar.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan Kepimpinan Cawangan telah hadir..Dalam program tersebut turut diselitkan juga penyerahan sumbangan kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan yang ada di cawangan-cawangan UMNO sekitar Lembah Pantai.

Ketua Bahagian didalam majlis tersebut telah meminta pemimpin-pemimpin diperingkat cawangan untuk bersatu dan memulakan kerja-kerja yang lebih menjurus kepada PRU 13.Elakkan dari perpecahan serta terlalu memikirkan pemilihan UMNO akan datang.Pada beliau yang lebih penting adalah merampas kembali Parlimen Lembah Pantai yang telah dipinjamkan sementara waktu kepada PKR.
Akhir sekali bagi pemimpin peringkat cawangan mereka berharap program sebegini dapat berlangsung lebih kerap supaya mereka dapat berbincang serta meluahkan sesuatu secara terus kepada Ketua Bahagian tanpa ada sekatan dari pihak-pihak lain.

4.12.2010

Kursus Bela Nusa UMNO Bahagian Lembah Pantai



Kursus Bela Nusa UMNO Bahagian Lembah Pantai telah berlangsung dengan jayanya di Alor Gajah Melaka tempoh hari..Kehadiran peserta dikalangan Jawatankuasa Bahagian 4 Peringkat cukup memuaskan..Tambahan pula Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai YB Senator Dato' Raja Nong Chik turut serta didalam kursus tersebut.



Bagi Pemuda pula hampir keseluruhan Ahli Jawatankuasanya hadir didalam kersus tersebut.Ia diketuai Ketua Pemuda Bahagian Sdr M. Sazali Kamilan.

Kursus tersebut telah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli serta semangat kerja berpasukan dikalangan kepimpinan Bahagian dengan ahli-ahli akar umbi..



Tujuan utama kursus tersebut adalah persediaan UMNO Bahagian Lembah Pantai untuk merampas kembali Parlimen Lembah Pantai daripada PKR pada PRU 13 nanti.Peserta-peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi didalam setiap aktiviti yang dilangsungkan.Diharap semangat yang ditunjukkan dapat berterusan sehingga PRU 13 nanti.


4.03.2010

Menziarahi Adik Syed Haiqal Danial



Tuan Hj M Sazali Kamilan Ketua Perg Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan Kesejahteraan Bandar telah menziarahi adik Syed Haiqal Danial di Hospital Kuala Lumpur.Adik Syed Haiqal telah disahkan mengidap demam denggi.Beliau merupakan anak Syed Azleerudin yang juga Ahli Jawatankuasa Perg Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai.
Turut serta ke HKL Tuan Hj Ahmad Bahar Ketua Cawangan Kg Pasir Kiri,Sdr Mohd Nazri (Along) dan juga Sdr kamarolzaman.
Perg Pemuda UMNO Lembah Pantai mendoakan kesihatan adik Syed Haiqal Danial kembali sembuh dan berharap Sdr Syed Azleerudin serta isteri tabah menghadapi setuasi sebegini.