10.26.2008

MENGEMBALIKAN ROH PERJUANGAN UMNO

Pada hari ini, parti dan bangsa kita, untuk sekalian kalinya sedang mengharungi arus dan gelombang perubahan yang telah menimbulkan berbagai-bagai ramalan dan spekulasi. Ada orang meramalkan, di dalam dan di luar negara, kononya cabaran-cabaran yang kita hadapi sekarang akan menyebabkan yang retak menjadi belah dan yang genting akan putus. Sebagai jawapan terhadap ramalan dan spekulasi itu, biarlah dengan lantang kita tegaskan di sini, bahawa kita tidak rela melihat parti kita berpecah-belah, kita tidak akan membiarkan yang retak menjadi pecah dan kita tidak akan membiarkan yang genting menjadi putus.

Sebaliknya, dengan semangat carik-carik bulu ayam dan biduk berlalu kiambang bertaut, kita akan mengembalikan perpaduan dan keutuhan parti kita, UMNO. Dan serentak dengan itu, kita akan membuktikan bahawa ramalan-ramalan dan spekulasi negatif tidak akan berlaku. Dengan semangat dan harapan sedemikian itulah maka selagi nyawa dikandung badan, selagi darah terus mengalir, hidup dan mati kita adalah perjuangan atas nama UMNO. Perjuangan kita adalah untuk agama, bangsa dan negara yang tercinta. Ini selaras dengan konsep pengabdian diri seorang hamba kepada Allah Yang Maha Kaya. Ingatlah, perjuangan kita adalah total dan menyeluruh.

Kita berjuang untuk menjamin ketuanan Melayu kekal di tanahair yang merdeka. Kita berjuang untuk memastikan bangsa Melayu terus dihormati dan terus disegani di serata dunia. Dan kita berjuang untuk memastikan bangsa Melayu, tidak akan malu mengakui dirinya Melayu, di bumi tumpah darah tercinta ini. Kepada diri kita masing-masing, marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita bahawa kita tidak ada pilihan lain kecuali mengembalikan dan meningkatkan perpaduan demi kemantapan politik dan keutuhan kuasa bangsa Melayu.

Sedarlah...sedarlah...sedarlah, bahawa maju-mundur, kaya miskin dan hina-mulianya bangsa itu terletak di tangan kita sendiri. Jika kita masih tak sedar diri lagi, kita akan dipijak, kita akan ditindas... lihatlah apa yang berlaku pada adik-adik kita di UiTM, lihatlah apa akan jadi setelah kuasa Melayu diganggu-gugat. Hak dan kepentingan kita juga mahu dirampas, kuota di UiTM mahu dirobak-robek, mahu dibuka kepada bukan Bumiputera semata-mata mahu menjaga hati dan perasaan bangsa lain, yang telah memberikan kuasa kepada mereka yang sangat dahagakan kuasa dan pangkat. Apa akan jadi, kepada anak cucu kita di kemudian hari, kalau hari ni baru menang beberapa negeri pun, tempat di mana anak-anak bangsa kita menuntut pun hendak dipergadaikan, apa akan jadi jika kita terus alpa dan lalai mempertahankan maruah dan hak bangsa kita.

Jangan sampai satu hari nanti.... `Itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan’. Watak-watak Melayu dipersendakan dengan Pak Kadok, Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai dan Mat Jenin. Lalu bangsa Melayu akan menjadi terlalu merendah diri dan hilang keyakinan diri. Sebahagian besar bangsa Melayu akan mengalah dan menerima hukum alam bahawa rezeki secupak tidak mungkin jadi segantang. Bangsa Melayu akan dicemuh sebagai melukut di tepi gantang yang kehadirannya tidak membawa erti. Bangsa Melayu akan digambarkan berdiri tidak sama tinggi, memiliki kail sejengkal yang tidak upaaya mengduga lautan dalam. Negaranya kaya namun hasilnya di kaut orang.

”Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang .....”

Dengan terbuktinya ramalan-ramalan negatif itu tidak berlaku dan dengan kesedaran perjuangan bangsa tidak akan kita gadaikan, marilah kita bersama-sama menyalakan terus obor cita-cita dan perjuangan serta mengibarkan panji-panji kemenangan. Kepada seluruh bangsa Melayu, marilah kita ingatkan kembali bahawa UMNO adalah dahan teguh tempat berpaut, tanah pejal tempat berpijak. UMNO telah melaksanakan tanggungjawab sejarahnya kepada bangsa Melayu. UMNO akan mara dan terus mara menjunjung dan menatang kedaulatan dan maruah bangsa. UMNO akan mara dan terus mara menjunjung dan menatang keluhuran dan kesucian agama Islam. UMNO akan mara dan terus mara menyalakan terus obor cita-cita dan perjuangan serta mengibarkan panji-panji kemenangan.

Siramilah perjuangan UMNO dengan nilai dan makna yang dapat menyentuh nadi dan hati generasi anak-anak muda di semua peringkat. Perlengkapkanlah diri kita hingga sampai menjadi pemimpin contoh di kalangan generasi muda. Bersuaralah dengan tegas dan berani untuk menjadi juru bicara kepada aspirasi rakyat. Golongan muda dalam UMNO perlu dibimbing dan diasuh dengan akidah, moral, sahsiah, keperibadian, pengetahuan dan kemahiran mereka hingga sampai ke tahap menjadi wira dan srikandi negara, sebagai barisan pelapis negara berwibawa dan unggul untuk meneruskan wawasan dan wadah perjuangan bangsa.

Buktikanlah kesungguhan dan komitmen kepada parti, agama, bangsa dan negara walaupun kita tidak diberikan jawatan di dalam parti mahupun kerajaan. Jika kuat, bantulah yang lemah. Jika kaya, bantulah yang miskin. Jika berilmu, didiklah mereka yang masih cetek pengetahuan. Jika alim, bimbinglah yang jahil. Masa dan ketika untuk kita mengambil alih pimpinan parti di peringkat mana sekalipun, masanya akan sampai. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Berpandulah kepada budaya bangsa, naik berjinjang, turun bertangga. Usah dijolok buah di pohon, bila masak gugurlah sendiri.

10.20.2008

DEMI UMNO- JANGAN JADI ASKAR UPAHAN

Kita harus sentiasa ingat bahawa Parti UMNO dilahirkan atas himpunan semangat kebangsaan Melayu yang tulen untuk memperjuangkan kebebasan, keadilan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya Orang Melayu. UMNO mengamalkan prinsip demokrasi, bukannya sistem diktator ataupun kuku besi. UMNO sentiasa mengutuk penindasan dan penyelewengan kuasa, ataupun mereka-mereka yang GILA KUASA. UMNO mendapat kuasa pemerintahan negara melalui undi dari rakyat, bukannya menerusi ugutan dan rasuah.

Pendekkata, UMNO adalah parti yang ditaja oleh rakyat. Ini bermakna kita bukanlah ditaja oleh golongan atau pemimpin-pemimpin tertentu yang mempunyai niat yang tidak baik, niat yang terpesong dari falsafah perjuangan sebenar UMNO. Sedarlah, sedarlah tuan-tuan dan sidang perwakilan, sedarlah bahawa, perjuangan yang ditaja dengan wang ringgit atau lebih mudah saya katakan, rasuah politik, ia bukan sahaja akan mendatangkan kesan kepada pengamalnya, tetapi lebih teruk lagi ia akan mendatangkan kesan yang cukup buruk kepada UMNO itu sendiri.

Sanggup kita kita mengadai UMNO semata-mata permainan wang ringgit ini? Sanggupkah kita melihat UMNO hancur, UMNO lemah dek permainan politik wang yang berlaku pada hari ini?

Oleh itu, kita jauhkan diri kita daripada menjadi calon tajaan berlandaskan wang ringgit semata-mata. Jauhkan diri dari menjadi calon bagi kepentingan kelompok atau pemimpin-pemimpin tertentu dan jauhkan diri dari politik sempit mereka yang berkepentingan diri sendiri, bukannya perjuangan yang berlandaskan falsafah perjuangan UMNO.

Kita juga harus melihat amalan politik wang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi. Budaya politik wang tidak memberi kesaksamaan kepada setiap ahli mendapat peluang yang sama dalam parti. Politik wang akan membawa UMNO kembali kepada amalan di zaman Jahiliah- yang kaya menggunaan kekayaan untuk menjadi Tuan, sementara yang miskin bakal menjadi hamba suruhan. Malah lebih malang lagi, jika tuan yang dimaksudkan itu terdiri daripada golongan bangsa lain. Atas suara dan semangat demokrasi, setiap ahli UMNO di semua peringkat harus berpegang tegas dan menyokong penuh usaha pimpinan parti untuk membersihkan UMNO dari amalan buruk ini, ibarat kata peribahasa Melayu: Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah.

Saya berharap supaya setiap seorang ahli UMNO tidak mengizinkan diri kita untuk menjadi askar upahan semata-mata wang ringgit. Kita perlu sentiasa ingat bahawa perjuangan kita hari ini bukan sekadar untuk memenuhi kepuasan nafsu kuasa diri kita sendiri, tetapi kepuasan ahli-ahli dan keseluruhan masyarakat yang kita wakili pada hari ini.

10.19.2008

Beranikah Kita Untuk Berubah?

Pilihan Raya Umum ke-12 sejak negara mencapai kemerdekaan telah berlangsung pada 8 Mac 2008 dalam semangat yang mencerminkan bahawa amalan demokrasi di negara kita terus utuh dan terus dipertahankan. Setiap pihak sama ada parti-parti politik yang bertanding, SPR, pelbagai jentera kerajaan, pasukan keselamatan dan orang-orang perseorangan telah berusaha untuki memelihara kestabilan negara demi menjamin kuasa pemerintahan awam dapat diteruskan. Sedarlah, Pilihan Raya Umum yang baru berlangsung 7 bulan yang lalu telah mengubah pola penguasaan politik di dalam negara kita.

Kita bersyukur kerana BN masih dapat berkuasa menerajui kerajaan pusat, walaupun tanpa kelebihan dua pertiga majoriti. Kita kehilangan 5 buah negeri di samping Kelantan yang masih gagal kita tawan, sebaliknya kita yang hilang kuasa di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, termasuk Wilayah Persekutuan hakikatnya. Alhamdulillah, kita berjaya melawan arus perubahan namun bagi kawasan yang dimenangi calon BN terutamanya di kawasan-kawasan pengundi Melayu, majoriti BN mula menurun dan merosot.

Realiti ini tidak membolehkan kita leka dilamun mimpi kejayaan walaupun masih berkuasa. Pola pengundian di kalangan pengundi Melayu wajar dilihat sebagai loceng amaran bahawa pengaruh UMNO dan BN mula tercabar. Hakikatnya, kita perlu SEDAR realiti ini menuntut kita berfikir secara serius supaya dapat mengenal pasti punca kelemahan hingga UMNO dan BN kini, kurang mendapat kepercayaan rakyat, kurang mendapat kepercayaan dari bangsa kita sendiri, kurang mendapat kepercayaan dari anak-anak muda yang bakal mewarisi kemerdekaan yang telah UMNO perjuangkan sejak 62 tahun yang lalu.

Adakah kita bangga dengan kejayaan kita dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Adakah kita bangga melihat prestasi UMNO dan BN sejak kebelakangan ini, adakah kita bangga menjadi anak merdeka hasil perjuangan UMNO sejak sekian lama ini?

Kemerosotan prestasi UMNO dilukis sebagai kejayaan besar buat parti pembangkang. Kelemahan UMNO telah memberi kekuatan kepada pakatan pembangkang. Kelebihan undi yang kelihatan memihak kepada pembangkang digembar-gembur sebagai tanda UMNO akan berkubur. Mereka dengan megah membuat pengistiharan akan menawan Malaysia berpandukan Teori Dominonya. Tarikh 16 September 2008 meletakkan harapan palsu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang sebagai tarikh kejatuhan BN dan tarikh kebangkitan suara rakyat, kononnya. Mereka kini terus bermimpi, mereka terus memasang cita-cita, mereka terus memberikan harapan agar Malaysia jatuh ke tangan mereka.

Tetapi, sekiranya kita alpa dan lalai, percayalah bahawa mimpi, cita-cita dan harapan pakatan pembangkang untuk menguburkan UMNO dan BN, pasti menjadi realiti. Walaupun pahit untuk ditelan, walaupun sakit mata memandang, walaupun pekak telinga mendengar... kita harus terima hakikat bahawa masyarakat khususnya orang muda mahu melihat satu pembaharuan, UMNO perlu berubah jika mahu kembali diterima. Namun, beranikah kita untuk berubah, tepuk dada tanyalah hati kita sendiri?

`TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA'

Ada pepatah atau ungkapan Melayu yang berbunyi, Laksamana Hang Tuah pernah berkata ‘Takkan Melayu hilang di dunia’. Sehingga ke hari ini, benarkah kita tak hilang? tetapi jenis apakah Melayu yang tidak hilang ini. Tetapi apakah jenis Melayu yang masih ada pada hari ini. Kita pernah hidup di Negara kita sendiri sebagai hamba kepada bangsa-bangsa asing, selama 450 tahun. Benar…hari ini kita sudah bebas dan sudah dapat memerintah dengan sendiri. Tetapi apakah kita sudah menjadi bangsa yang benar-benar berjaya dan bermaruah.

10.18.2008

DEMI UMNO- JANGAN JADI ASKAR UPAHAN

Kita harus sentiasa ingat bahawa Parti UMNO dilahirkan atas himpunan semangat kebangsaan Melayu yang tulen untuk memperjuangkan kebebasan, keadilan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya Orang Melayu. UMNO mengamalkan prinsip demokrasi, bukannya sistem diktator ataupun kuku besi. UMNO sentiasa mengutuk penindasan dan penyelewengan kuasa, ataupun mereka-mereka yang GILA KUASA. UMNO mendapat kuasa pemerintahan negara melalui undi dari rakyat, bukannya menerusi ugutan dan rasuah.

Pendekkata, UMNO adalah parti yang ditaja oleh rakyat. Ini bermakna kita bukanlah ditaja oleh golongan atau pemimpin-pemimpin tertentu yang mempunyai niat yang tidak baik, niat yang terpesong dari falsafah perjuangan sebenar UMNO. Sedarlah, sedarlah tuan-tuan ahli-ahli UMNO yang kita sayangi ini, sedarlah bahawa, perjuangan yang ditaja dengan wang ringgit atau lebih mudah saya katakan, rasuah politik, ia bukan sahaja akan mendatangkan kesan kepada pengamalnya, tetapi lebih teruk lagi ia akan mendatangkan kesan yang cukup buruk kepada UMNO itu sendiri.

Sanggup kita kita mengadai UMNO semata-mata permainan wang ringgit ini? Sanggupkah kita melihat UMNO hancur, UMNO lemah dek permainan politik wang yang berlaku pada hari ini?

Oleh itu, kita jauhkan diri kita daripada menjadi calon tajaan berlandaskan wang ringgit semata-mata. Jauhkan diri dari menjadi calon bagi kepentingan kelompok atau pemimpin-pemimpin tertentu dan jauhkan diri dari politik sempit mereka yang berkepentingan diri sendiri, bukannya perjuangan yang berlandaskan falsafah perjuangan UMNO.

Kita juga harus melihat amalan politik wang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi. Budaya politik wang tidak memberi kesaksamaan kepada setiap ahli mendapat peluang yang sama dalam parti. Politik wang akan membawa UMNO kembali kepada amalan di zaman Jahiliah- yang kaya menggunaan kekayaan untuk menjadi Tuan, sementara yang miskin bakal menjadi hamba suruhan. Malah lebih malang lagi, jika tuan yang dimaksudkan itu terdiri daripada golongan bangsa lain. Atas suara dan semangat demokrasi, setiap ahli UMNO di semua peringkat harus berpegang tegas dan menyokong penuh usaha pimpinan parti untuk membersihkan UMNO dari amalan buruk ini, ibarat kata peribahasa melayu: Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah.

Saya berharap supaya setiap seorang ahli UMNO tidak mengizinkan diri kita untuk menjadi askar upahan semata-mata wang ringgit. Kita perlu sentiasa ingat bahawa perjuangan kita hari ini bukan sekadar untuk memenuhi kepuasan nafsu kuasa diri kita sendiri, tetapi kepuasan ahli-ahli dan keseluruhan masyarakat yang kita wakili pada hari ini.

Peringatan Raja Melayu

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

Keistimewaan

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Dipertikai


“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Menghormati

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

REBUT JAWATAN HINGGA TERLUPA MELAYU PERNAH TERJAJAH

Sungguh sukar untuk kita menerima hakikat senario dan iklim politik kita pada hari ini. Dalam keadaan UMNO dan BN berada di dalam persimpangan, sukar bagi orang Melayu memikir akan keadaan semasa kita dijajah dulu. Yang kita tahu pada hari ini adalah merdeka, hari ini kita mempunyai kerajaan yang merdeka, kerajaan yang kita kuasai dan kerajaan yang boleh melindungi kita. Tapi sampai bila kita akan mempunyai kerajaan yang merdeka, kerajaan yang kita kuasai dan sebuah kerajaan yang boleh melindungi kita?

Apa yang kita tahu; apa sahaja yang kita buat, apa sahaja yang orang Melayu buat pada hari ini…. Melayu akan tetap selamat dan dilindungi Kerajaan. Sebab kita percaya, Malaysia tidak akan tergamak menyediakan sebuah kerajaan yang akan mengabaikan kepentingan Melayu dan Islam. Hingga kita dimomokkan bahawa jika kita berpecah dan berperang sesama sendiripun, orang Melayu akan tetap selamat.

Sedarlah, bahawa kita masih lemah. Kita lemah dalam semua bidang. Lemah dari segi ekonominya, lemah dari segi ilmunya, kurang cerdik, mudah disogok, menjadi penagih dadah dan penghidap berbagai penyakit-penyakit kronik, AIDS contohnya…. Tapi ada antara kita yang percaya bahawa apa sahaja yang kita buat pada hari ini, Melayu akan tetap selamat dan dilindungi oleh Kerajaan Malaysia.

Apa yang kita nampak pada hari ini ialah politik demokrasi yang memberi jalan mudah untuk mendapat sesuatu bagi kepentingan diri sendiri. Sedikit sahaja usaha yang dibuat, namun keuntungan yang didapati amat besar. Terus terang aku katakan di sini, UMNO dan parti-parti Melayu yang lain pun, apa yang diutamakan ialah PEREBUTAN PANGKAT, KEDUDUKAN dan TEMPAT . Keupayaan memberi khidmat atau menyumbang kepada kebaikan, kepada pembangunan orang Melayu, kepada pembangunan Negara …tidak lagi penting bagi mereka.

SEDARLAH, perebutan inilah yang membawa kepada keruntuhan akhlak hingga ada antara kita, kawan-kawan kita malah saudara kita sendiripun sanggup kita caci sesama sendiri, sanggup kita jatuhkan dan kita tuduh dengan berbagai-bagai tohmahan yang fitnah, demi merebut tempat dalam politik. Rasuah sanggup dihulur, agama sanggup diputar-belitkan dan bangsa dipecah-belahkan. Tidak ada langsung penghargaan kepada jasa dan bakti. Kita cantas, kita kebas, kita buat apa sahaja untuk mencapai cita-cita besar kita. Matlamat menghalalkan cara, itulah pegangan segelintir dari kita pada ketika ini.

Kalau kita sayang anak-anak kita, sayang adik-adik kita, sayang ibu-bapa kita, sayang pada agama, bangsa dan negara kita- SAYANGILAH UMNO. Kukuhkan keimanan kita, setialah kepada perlembagaan dan taatilah peraturan yang telag ditetapkan oleh parti. Orang yang berkempen secara keterlaluan, mengamalkan politik wang dan MENIUP KETUANAN INDIVIDU, semangat berpuak dan kumpulan tertentu adalah mereka yang TIDAK MENYAYANGI UMNO. Orang yang menyalahi sistem, perlembagaan dan peraturan UMNO juga orang-orang yang TIDAK MENYAYANGI UMNO, orang-orang yang MENGKHIANATI UMNO dan orang-orang yang MENGKHIANATI MELAYU DAN ISLAM.

Maka, kita harus memastikan masa depan UMNO, masa depan MELAYU dan masa depan ISLAM selamat dari pengkhianatan. Pengkhianatan ini ada kalanya tidak dapat ditepis sekadar menerusi perlembagaan dan peraturan, tetapi pengkhianat ini boleh disingkir dengan kesepakatan, keberanian dan kebijaksaan kita, orang-orang yang amat menyayangi UMNO.

10.17.2008

Kenyataan Media

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Kuala Lumpur, Jumaat, 17 Oktober 2008


Saya serta seluruh barisan kepimpinan Pemuda UMNO dan seluruh generasi muda negara ini, menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada ke bawah duli Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu di atas kenyataan khas mengingatkan seluruh rakyat tentang asas kenegaraan Malaysia yang sudah berlandas kukuh sejak kemerdekaan yang telah membawa negara sehingga ke tahap seperti yang ada pada hari ini.

Kenyataan khas itu adalah tanda kasih sayang dan keprihatinan Sultan dan Raja-Raja Melayu kepada kepentingan asas penubuhan Malaysia, keharmonian hubungan di antara kaum dipelihara, kedudukan agama Islam dan Sistem Raja Berpelembagaan dihormati supaya sentiasa kekal bersatu padu, harmoni, aman dan makmur.

Kenyataan dan pendirian ini sememangnya dinantikan dan saya amat bersyukur kerana saya yakin Institusi Raja-raja ini adalah kekuatan Negara kita di mana ia bukan hanya melindungi orang-orang Melayu sahaja malah memayungi rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya percaya rakyat Malaysia juga amat berbangga dan berterima kasih dengan peringatan yang dibuat kerana ia mencerminkan bahawa yang sedang kita pertahankan adalah institusi Raja-raja sebagai lambang perpaduan di Negara ini dan bukan kepada mana-mana individu atau kumpulan.

Saya menyeru dan berharap, agar semua pihak mengambil perhatian serius kepada peringatan Majlis Raja-Raja itu bahawa dalam keadaan apa sekali pun kita perlu bertanggungjawab dan tidak boleh membenarkan serta mempersoalkan asas kenegaraan dan kemakmuran yang dinikmati selama ini.

Kenyataan itu membuktikan tahap keseriusan suasana yang berlaku hari ini boleh menjurus kepada sesuatu yang boleh mengancam kedudukan negara jika tidak dihentikan. Jangan ada mana-mana pihak menyalah anggap kenyataan Majlis Raja-Raja itu dan mengaitkannya dengan agenda atau kepentingan kaum-kaum tertentu saja.

Maka kami mahu soal-soal yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan berkaitan institusi Raja-Raja Melayu, keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dipersoalkan lagi pada masa depan.

Kita perlu sedar bahawa kedudukan dan hak keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak pernah dipertikaikan oleh rakyat di Negara ini tetapi ia sering kali digunakan oleh segelintir pemimpin demi kepentingan mereka semata-mata.

Marilah kita bersama-sama mengambil peringatan penting ini supaya negara kita sentiasa berada pada landasan keamanan, keharmonian sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Apa yang lebih penting ialah untuk kita lebih proaktif memainkan peranan dan memberi sumbangan bermakna kepada pengukuhan negara sehingga membawa Malaysia ke puncak kecemerlangan.

Pada masa yang sama kenyataan khas Majlis Raja-Raja itu juga secara tidak langsung mengingatkan mana-mana pihak dan individu yang chauvanist, berkepentingan peribadi, mahukan populariti supaya berhenti daripada menodai keharmonian dan asas kenegaraan kita.

Peranan Majlis Raja-Raja juga membuktikan pengorbanan, jasa, legasi dan kedaulatan Kesultanan Melayu ketika mencapai kemerdekaan mahupun pada waktu aman dan kritikal sepanjang 50 tahun ini masih memberi makna yang besar kepada hidup dan kesinambungan negeri ini.

Berhentilah daripada mengkhianati kalau mahu terus hidup bersama negara ini dan nikmati keharmonian yang ada. Elakkanlah pergeseran dan pertelingkahan, khususnya hal ehwal berkaitan mana-mana sentimen kaum dan agama. Kita sudah tiada masa untuk chauvanisme dan populariti, Malaysia perlu terus mengorak langkah maju dan meredah pelbagai cabaran domestik dan global.

AMARAN TUN MAHATHIR

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau merasmikan Perhimpunan Agung Khas UMNO pada tahun 1994, beliau telah memberi amaran kepada ahli-ahli UMNO:-

”Jika kita menerima Politik Wang dalam parti, jika rasuah menjadi budaya parti UMNO, jika para pemimpin kita mendapat tempat melalui sogokan, kita akan mempunyai kerajaan yang dipenuhi,dianggotai dan dipimpin oleh penjenayah rasuah. Bolehkah kita percaya para pemimpin seperti ini dapat memerintah dengan bijak, lurus, jujur dan adil?

Bolehkah kita yakin yang Negara kita akan terus maju di bawah kepimpinan mereka? Bolehkah kita yakin orang Melayu dan Bumiputera lain tidak akan dijual oleh pemimpin-pemimpin yang kita pilih? Hanya orang yang tidak siuman sahaja yang akan percaya bahawa pemerintahan oleh penjenayah rasuah akan membawa kebahagian kepada Negara dan kepada kita”.

10.08.2008

TERKINI DARI PWTC

Akhirnya persoalan sama ada Pak Lah terus mempertahankan jawatannya atau tidak, berakhir. Bila Pak Lah akhirnya mengotakan janjinya untuk melepaskan UMNO kepada timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Pak Lah tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada perhimpunan agung parti Mac tahun depan dan kemudiannya akan melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.

KHIR TOYO vs RONNIE LIU

Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah disaman Ronnie Liu kerana mendedahkan bahawa beliau pernah ditangkap kerana menghalang satu operasi menutup sebuah hotel yang menjadi pusat pelacuran di Puchong Jaya tahun lalu.

Benarkah Ronnie terlibat dalam kes tersebut?

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan dari pejabat Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Khir Toyo berharap anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu, dapat menafikan beliau pernah ditahan oleh Polis kerana menghalang Polis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya daripada menguatkuasa undang-undang yang membabitkan aktiviti pelacuran di sebuah hotel tiga bintang di Puchong Jaya, Selangor pada 2007.

YB Ketua Pembangkang juga berharap Ronnie perlu menjelaskan kepada masyarakat sama ada benar atau tidak beliau ditahan dan di siasat oleh Polis di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang polis menjalankan tugas dan kemungkinan terbabit dengan sindiket pelacuran.

Benar atau tidak beliau bersama para penyokongnya menghalang Polis dari menyita hotel terbabit, yang bukan sahaja tidak mempunyai lesen tetapi juga terbabit dengan aktiviti pelacuran.

Benar atau tidak, terdapat 22 orang GRO warga asing ditangkap dalam operasi di hotel yang sama beberapa jam sebelum hotel tersebut disita oleh penguatkuasa MPSJ dan Polis.

Jika semua ini benar, apakah motif Ronnie menghalang penguatkuasaan undang-undang?

Berhubung dengan saman yang difailkan oleh Ronnie, Dr. Mohamad Khir dengan senang hati akan menjawabnya di mahkamah melalui Firma Guaman Athimulan & Co.

10.06.2008

SUKAN MAMPU ERATKAN HUBUNGAN SESAMA PEMUDA

Benarkah golongan muda semakin menjauhkan diri dengan UMNO. Benarkah program-program Pemuda UMNO tidak mampu menarik minat orang muda, benarkah program-program Pemuda hanya melepaskan batuk di tangga. Yang pasti, program Pemuda sama sekali menjarakkan orang muda terhadap UMNO khususnya Pemuda.

Kalau benarlah tekaan di atas, adakah pemuda UMNO harus terus mendiamkan diri. Bagaimana hendak mengembalikan sokongan kepada Pemuda kalau kita tidak melihat apa yang mereka hendak dari Pemuda.

Adakah program-program Perhimpunan besar, ceramah perdana dan majlis-majlis forum mampu menarik golongan muda kepada UMNO…. Adakah program-program sedemikian yang mereka mahukan?

Jawapannya, tidak sama sekali. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada Pemuda khususnya Pemuda UMNO Lembah Pantai meletakkan sasaran dan perancangan, program yang mampu menarik golongan ini kepada UMNO di samping merapatkan hubungan ahli yang telah sedia ada. Tak guna ada ahli, tapi dibiarkan berkeliaran tanpa arah tuju yang sebenar.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan dua program permulaan yang boleh dibuat ialah program sukan dan program usahawan muda kepada Pemuda UMNO khususnya di Lembah Pantai.

Kita sedar, ramai di kalangan Pemuda hari ini, tidak mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang tetap, oleh yang demikian, satu jalan harus dicari untuk kita bersama-sama mengerakkan program usahawan bagi memastikan belia dan Pemuda kita tidak cukup makan…. Kan slogan UMNO sendiri Prihatin Kepada Masyarakat.

Oleh itu, sebelum kita prihatin pada masyarakat, kena tengok anak-anak buah dulu. Dah makan ke, dah minum ke. Anak-anak buah kita juga mempunyai keluarga, anak bininya dan makan ke… jangan lepas tengkolok sendiri ajer.

Satu lagi, sukan juga boleh menarik minat generasi muda kepada pemuda dan dalam masa yang sama, merapatkan hubungan sesama ahli Pemuda. Contohnya, bolasepak, futsal dan badminton.

Dalam hal ini, aku menyokong penuh dengan sikap dan langkah yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Titiwangsa, Tuan Idham Yassier. Dia nampaknya faham dengan kehendak orang muda. Dia bawa budak-budak dia main futsal, tak macam sesetengah orang tu….berpolitik sepanjang hari. Hasilnya.

Sekurang-kurangnya bila main futsal nie, dapat jumpa kawan-kawan, berpolitik sikit dan paling penting, badan kita berpeluh dan sihat….Kuranglah sikit penyakit tu, Insya-Allah.

10.04.2008

SETUASI PEMILIHAN UMNO.

Kini mesyuarat Umno cawangan-cawangan telah pun selesai.Bermacam-macam perkara timbul.Ada yang tak cukum korum dan ada pula ketua cawangan yang sengaja melengah-lengahkan mesyuarat kerana takut untuk menerima kekalahan.

Akibatnya banyak cawangan-cawangan yang tergantung statusnya.Maklumlah persidangan tahun ini adalah untuk memilih kepimpinan baru tidak kira di peringkat cawangan,bahagian dan juga nasional.Masing-masing mempunyai kepentingan.

Di harap perkara ini tak berjangkit ke Presiden Umno yang sedang tertekan dengan isu peralihan kuasa.Manalah tahu demi untuk menyelamatkan jawatannya sekarang dan menambah kekuatan yang ada beliau pula menunda perhimpunan agung Umno pada bulan disember kelak.Ini semua tidak mustahil untuk berlaku.

Dalam setuasi pemuda pula berlaku pertandingan 4 ke 5 pejuru dalam jawatan ketua pergerakan pemuda Umno Malaysia.Masing-masing bersemangat untuk bertanding.Bertandinglah secara bersih.Jangan mandikan perwakilan dengan wang ringgit.Walaupun di akui semua itu penting tapi cukup sekadar ia sebagai pemberian ikhlas.

Biarlah perwakilan-perwakilan menilai mana yang terbaik untuk menerajui kepimpinan pemuda itu nanti.Seperti nama blog aku iaitu suaraperubahan sudah semestinya aku memilih Dato' Mukhriz yang senada dalam perjuangan dengan slogannya berani berubah.

Kepada calon-calon lain seperti Dato Seri Khir Toyo dan Datuk Zahidi yang sama keazamannya ingin membuat perubahan lebih molek andai kalian semua berganding bahu bersama Dato' Mukhriz untuk melawan Sdr Khairy.Biarkan pertandingan menjadi 1 lawan 1.

Dato Seri Khir Toyo boleh bertanding Naib Presiden dan Datuk Zahidi bertanding MT.Jangan kita pecahkan undi dari kita yang inginkan perubahan. Buat rakan-rakan pemuda Umno dan perwakilan yang akan terpilih nanti sekadar untuk aku mengingatkan andai yang di pilih itu kekayaan dalam politik pilihlah Sdr Khairy tapi jika kita semua sayangkan bangsa serta pergerakan pemuda umno itu sendiri seharusnya kita memilih Dato' Mukhriz.

Fikir-fikirkanlah.

Salam

BILA DAH TAK SABAR NAK JADI TIMBALAN PRESIDEN

Hari ini, semakin ramai yang menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, dengan dimulai oleh bekas penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini…. Datuk Seri Zahid Hamidi.

Selepas Zahid, kini muncul pula Dato’ Seri Ali Rustam, Tan Sri Muhammad Taib dan mungkin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, orang lama dalam UMNO juga berkelayakan untuk bertanding Timbalan Presiden.

Kalau setakat Muhammad Taib atau Muhyiddin bertanding Timbalan Presiden, aku tak kisah sangat sebab mereka pun boleh dikatakan Otai UMNO, tapi kalau Zahid Hamidi dan Ali Rustam ini, susah sikitlah…. Bukannya apa, sebab mereka nie boleh dikatakan orang baru dalam kepimpinan UMNO.

Kenapa gelojoh sangat nak jawatan, kenapa tak biarkan dulu Pak Lah umum pendiriannya untuk mempertahan atau sebaliknya, barulah kita umum nak bertanding apa jawatan sekalipun.

Dulu masa Tun M desak Pak Lah resign, semua orang melenting marahkan Tun. Desak dan marahkan Tun, minta Tun keluar UMNO dan sebagainya. Tapi hari ini, belum pun Pak Lah umum pendiriannya, dah ada suara-suara sumbang minta secara halus untuk Pak Lah tak payah pertahan sahaja jawatan Presiden UMNO. Adakah itu juga satu bentuk desakan untuk Pak Lah resign. Bukankah itu satu cara ‘ugutan halus’ supaya Pak Lah melepas jawatan no 1 dalam parti seterusnya melepas jawatan PM.

Aku sokong Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa ini, tapi orang lain yang gelojoh nakkan sangat jawatan no 2 parti tu yang aku jelek sangat. Nampak sangat nakkan kuasa tanpa memikirkan kesan kepada perpaduan dalam parti.

Bagi aku, bagilah sahaja jawatan No 2 tu kepada tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau pun dah lama, dah matang dengan sepak terajang dalam politik ini. Jangan biarkan perpecahan berlaku dalam UMNO, kita desak Pak Lah be Hari ini, semakin ramai yang menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, dengan dimulai oleh bekas penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini…. Datuk Seri Zahid Hamidi.

Selepas Zahid, kini muncul pula Dato’ Seri Ali Rustam, Tan Sri Muhammad Taib dan mungkin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, orang lama dalam UMNO juga berkelayakan untuk bertanding Timbalan Presiden.

Kalau setakat Muhammad Taib atau Muhyiddin bertanding Timbalan Presiden, aku tak kisah sangat sebab mereka pun boleh dikatakan Otai UMNO, tapi kalau Zahid Hamidi dan Ali Rustam ini, susah sikitlah…. Bukannya apa, sebab mereka nie boleh dikatakan orang baru dalam kepimpinan UMNO.

Kenapa gelojoh sangat nak jawatan, kenapa tak biarkan dulu Pak Lah umum pendiriannya untuk mempertahan atau sebaliknya, barulah kita umum nak bertanding apa jawatan sekalipun.

Dulu masa Tun M desak Pak Lah resign, semua orang melenting marahkan Tun. Desak dan marahkan Tun, minta Tun keluar UMNO dan sebagainya. Tapi hari ini, belum pun Pak Lah umum pendiriannya, dah ada suara-suara sumbang minta secara halus untuk Pak Lah tak payah pertahan sahaja jawatan Presiden UMNO. Adakah itu juga satu bentuk desakan untuk Pak Lah resign. Bukankah itu satu cara ‘ugutan halus’ supaya Pak Lah melepas jawatan no 1 dalam parti seterusnya melepas jawatan PM.

Aku sokong Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa ini, tapi orang lain yang gelojoh nakkan sangat jawatan no 2 parti tu yang aku jelek sangat. Nampak sangat nakkan kuasa tanpa memikirkan kesan kepada perpaduan dalam parti.

Bagi aku, bagilah sahaja jawatan No 2 tu kepada tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau pun dah lama, dah matang dengan sepak terajang dalam politik ini. Jangan biarkan perpecahan berlaku dalam UMNO, kita desak Pak Lah berundur lebih awal demi elak perpecahan, tapi pengunduran Pak Lah ini tanpa menamakan penganti Najib untuk jawatan No 2, pasti akan membawa satu lagi mala petaka buat UMNO….

Pinjam kata-kata Nabil…. Lu pikirlah sendiri…. Nak bawa ke mana UMNO ini.rundur lebih awal demi elak perpecahan, tapi pengunduran Pak Lah ini tanpa menamakan penganti Najib untuk jawatan No 2, pasti akan membawa satu lagi mala petaka buat UMNO….

Pinjam kata-kata Nabil…. Lu pikirlah sendiri…. Nak bawa ke mana UMNO ini.