11.07.2008

Rahsia DAP 13 MEI 1969


Dari: Rencana My-KMU (www.myKMU.net)

PADA tahun 1979, Lee Kuan Yew bercakap kepada NST, Herald dan lain-lain suratkhabar bahawa Singapura sama seperti Israel. Kalau Israel dikelilingi oleh Arab Muslim, Singapura dikelilingi oleh Malay Muslim.

Maka tidak hairanlah sejak 1950an lagi Lee Kuan Yew sering mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di KL, dan mengadu juga kepada wakil Duta Amerika Syariket di Singapura tentang ketakutannya kepada orang-orang Melayu. Sebab itu, pada tahun 1965, apabila Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia, Lee Kuan Yew cepat-cepat menubuhkan DAP dan menghantar wartawan Lim Kit Siang untuk mengetuai DAP di Tanah Melayu.

Maka itu, PAP adalah DAP, DAP adalah PAP, matlamat mereka ialah menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Orang-orang Melayu terutama generasi muda Melayu tidak sedar, beberapa hari sebelum 13 MEI 1969, DAP telah menghantar ahli-ahlinya mengelilingi bandar KL dan mengapi-apikan orang Melayu dengan kata-kata "MELAYU BODOH, MELAYU BALIK KAMPUNG, MELAYU TANAM JAGUNG ". Dalam buku Tunku Abd Rahman juga ada menyebut peritiwa ini. Mereka membuat provokasi sedemikian kerana mereka (DAP) sudah hampir memerintah Selangor.

Menurut saksi primier di tempat kejadian, orang-orang DAP yang berarak dengan bendera DAP telah membuka seluar mereka dan menayangkan kemaluan mereka kepada gadis-gadis Melayu!

Malangnya kini, ada pula puak-puak pimpinan Melayu seperti Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Husam Erdogan teams, dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya boleh tunduk dengan permintaan-permintaab DAP untuk merampas hak-hak orang Melayu yang sedikit itu. MB Selangor yang baru pulang dari Mesyuarat Raja-Raja Melayu di Terengganu pun boleh lagi memperolok-olokkan resolusi Raja-Raja Melayu.

Mengapakah agaknya Melayu PKR yang diketuai oleh Orang Melayu bercakap lidah DAP? Mereka minta UITM dibuka kepada Bukan Melayu dan banyak lagi. Tidak membantah DAP mempertikaikan bahasa Melayu, azan, lagu Negaraku, Raja-raja Melayu, marataan, keadilan semuanya dalam konteks DAP. Malangnya pemimpin-pemimpin PKR tidak membantah! Adakah kerana terpaksa membalas budi kerana ada wakil menjadi MB dan terpaksa menyejukkan hati DAP yang tengah tahap meroyan kempunan untuk memerintah baik negeri dan negara.

Hari ini Anwar memanggil MP BN dalam Parlimen dengan gantinama diri 'Sahabat', masa rehat Anwar makan bersama-sama MP BN di lobi Parlimen, umrah bersama-sama MP BN, dalam kereta SMS dengan MP BN, di hotel makan dengan MP BN, kalaulah kalau esok Anwar masuk semula dalam BN, agaknya apakah pendirian DAP & PAS? Siapa tertipu, siapa menipu, siapa kena tipu?

Anwar Berbaju PKR Berhati DAP

Umum tahu, tindakan tidak bertanggungjawab Wee Meng memparodikan Melayu dan Islam dalam 'Negarakuku'nya dianggap cetusan karya seni, sama seperti pemikiran Anwar yang menganggap karya Salman Rushdie dalam novelnya bertajuk 'The Satanic Verses' sebagai karya seni berfikiran tinggi.

Wee Meng Chee mempertahankan karyanya sebagai hasil kreativitinya, walaupun dia menghina suara azan macam ayam berkokok dan tune lari. Anwar juga tidak kesah mengagungkan Salman Rushdie dan Tidak Mengagungkan Rasulullah Saw, sebagaimana juga ditulis oleh Faisal Tehrani tajuk Rasulullah Dihina.

Tetapi apabila Chamil Wariya menulis cerpen yang sinis, mereka mengecam dan melabelkan sebagai menghasut sentimen perkauman dan propaganda politik. Persoalannya, sejak bila propaganda politik (jika benar) dikategorikan sebagai jenayah hingga boleh dibuat laporan polis?

Nampaknya di Malaysia sekarang, bila bercakap mempertahankan kesucian agama Islam dikira menghasut, bila bercakap pasal bangsa Melayu dikata perkauman, bila bercakap pasal keselamatan negara disebut tiada Hak Asasi Manusia.

Di perhatikan Anwar memang Melayu berhati DAP, semasa di Parlimen, apabila MP Melayu bercakap pasal keselamatan negara, Sivarasah pula yang duduk berselang dengan Anwar bangun bercakap pasal Human Reights dan Hak Asasi Manusia. Bayangkan Anwar boleh berdiam diri dan tidakpun menentang ataupun sekurang-kurangnya memperbetulkan konsep Hak Asasi Manusia dalam konteks Islam dan dalam Konteks negarabangsa kita! Apabila Dr Puad Zarkazi membawa cerita khalifah Umar membuang seorang pemuda ke daerah lain, demi keselamatan majoriti masyarakat umum, barulah Anwar berhenti berdebat pasal ISA & Human Reight.

Anjing dan Kucing

Begitu juga selepas pengakuan Teresa Kok pasal makanan macam anjing di Kem Tahanan Sementara ISA, Teresa sempat pula main-main sebut pasal Kucing pula! Jika anda prihatin, sebenarnya apa maksud Teresa sebut Kucing pula. Dari segi bahasa politik, itu maksudnya hina orang Melayu dan umat Islam, sebab Kucing binatang yang selalu berada dalam rumah orang Melayu dan umat Islam. Kita saja yang tak peka!

Kemudian Tian Chua yang bijak berlakon sanggup mati di hadapan Bulldozer setiap kali demonstrasi, oleh kerana sangat-sangat terdesak, sangat-sangat takut rakyat tahu tembelang mereka, sanggup berbohong kononnya ada 'orang tengah' sudah "deal" dengan Perdana Menteri untuk urusan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Pak Lah kata ia Berita paling Gila.

Kemudian, barulah Anwar menukar 'tune' kempennya yang gagal itu dengan berkata Pak Lah benar, Tian Chua yang bohong. Wah...Anwar pun sudah tunjuk Tian Chua Pembohong dan Penipu. Rakyat nak percaya lagikah PKR?. Kalau budaya Melayu, orang yang menipu macam Tian Chua, yang disahkan menipu oleh Anwar, Tian Chua tak ada muka lagi nak pergi tunjuk muka kat Parlimen. Baik berhenti saja jadi YB, memalukan sahaja.

Apakah pembohongan satu budaya mereka? Di negara China, oleh kerana nak untung sangat berlipat-lipat ganda, mereka sanggup menipu pengguna susu dengan mencemarkannya dengan kimia Melamine. 53,000 bayi keracunan dan banyak lagi kes belum diumumkan. Mereka lakukan semata-mata untuk menaikan nisbah kandungan protien secara palsu. Nampaknya mereka sanggup membunuh untuk mengejar keuntungan!

Apakah sebabnya mereka marah dan mengkritik habis-habisan PDRM, BPR, dan Audit Negara. Apakah mereka takut terdedah segala korupsi mereka. Lihat sahaja kes workshop di Terengganu yang mengenakan tuntutan palsu yang begitu tinggi. Kalau kita semua peka dan perasan, sebenarnya ada pihak yang sengaja menuding jari dengan pandai-pandai mengalih perhatian dengan mengecam orang Melayu dan kerajaan Melayu sebagai korup dan sebagainya.

Begitu juga apabila harga minyak Petrol/Diesel menunjukkan paras menurun akan tetapi Harga Barang tetap naik. Cubaan menyalahkan kerajaan tetap berbunyi, Kenapa? Begitu juga pengangkutan awam, tetap juga akan naik dengan nada cerita lain seperti disandarkan kos pengangkutan, tayar, bateri, minyak hitam dll. Ini adalah kerana bagi syarikat pengangkutan yang dimiliki oleh orang melayu terpaksa berhadapan dengan bekalan yang dibekalkan dan dimonopoli oleh orang cina.

Oleh itu mereka sengaja menuding jari mengalih perhatian dengan mencari alasan kepada orang Melayu dan kerajaan Melayu sebagai korup dan sebagainya untuk melindungi rahsia keuntungan mereka terdedah. Akan tetapi jika hasil untung Melayu mereka mahu tahu sehingga kelubang cacing. DEB pun menjadi bahan laungan ketidaksamarataan. Kalau boleh Melayu hanya menjadi penumpang yang membayar sahaja, untuug semua mereka yang kaut.

Jika dilihat rakan-rakan Cina kita di seluruh negara, bukanlah semua mereka seperti yang di atas, melainkan mereka-mereka yang diatas itu dan yang sewaktu dengannya. Malangnya sehingga ke hari ini, Ulama-ulama PAS diam-diam sahaja pasal Hadiah Seks diklasifikasikan sebagai " Sedekah " oleh orang PKR. Aduhai, janganlah pula ulama PAS keluarkan fatwa bersetuju pula!

Mereka membela diri sendiri konon ia komplot BPR...aduhai, membela diri biarlah bertempat. Dah tahu Zina itu Dosa Besar, Dah Tahu Zina itu Haram mencium bau syurga jika taubat nasuha tidak diterima Allah SWT, Dah tahu penzina itu hukumannya berat, kenapalah nak dekati, kenapa tak tegas kata tak mahu, kenapa tak tegas halau gadis-gadis China itu, bukankah ada Handphone call sahaja 999, bagitahu pihak berkuasa ada rasuah seks. Nawaitu? Tanya Anwar Ibrahim dan ulama-ulama PKR apakah tindakan mereka selanjutnya. Kalau YB Zulkifli kena menghadap Lembaga Disiplin bukan pasal habuan Seks, kes mereka kena tanya Presiden dan Penasihat PKR .

Ekonomi Malaysia Paling Buruk Atau Anwar Paling Terok

Anwar yang kaya raya itu, menyangka akan dapat menjatuhkan Kredebiliti ekonomi negara di sebuah Forum di Hong Kong. Fakta yang Anwar kemukakan ternyata salah, kerana pengaliran FDI dari Malaysia sebenarnya bukan boleh diertikan sebagai 'Capital Flight'. Ianya adalah pengaliran keluar Dana oleh syarikat-syarikat Transnasional Malaysia secara Terancang.

Ini membuktikan aliran keluar (82% atau A$10 Billion) dan masuk sebenarnya Positif dengan pengaliran keluar mengatasi pengaliran masuk. Oleh itu, jika Anwar ingin menyerang Kerajaan, Anwar sepatutnya mengingatkan dirinya bahawa dia penyebab Ketidaktentuan politik yang menyumbang kepada pengurangan pelaburan dari luar.

Sepanjang PRU12 dan Kempen 916, Anwar menuduh tiada kemasukan FDI ke Malaysia, malah menuduh ekonomi Malaysia lebih buruk daripada Vietnam. CIMB mengesahkan pembelian BankThai RM577.4 juta. Maybank mengesahkan pembelian salah sebuah bank terbesar di Indonesia dari sayap pelaburan Temasik. Tetapi Anwar masih kata ekonomi Malaysia tidak terurus dengan baik.

Hari ini Amerika mengalami Kebankrapan paling buruk dalam sejarah. Bank-bank perdagangan terpaksa menerima bantuan USD700 Billion itupun setelah menerima sokongan Dewan Senat selepas Kongres menolak permintaan tersebut. Di Britain kerajaan terpaksa menyuntik 400Billion Pound Sterling untuk menghidupkan ekonomi mereka.

Di Malaysia, Menteri Perdagangan berkata harga minyak akan turun lagi sehingga mencecah RM1.92 seLiter apabila harga minyak setong mencecah di bawah paras US80 setong. Tetapi Anwar masih lagi berkata Ekonomi Malaysia paling buruk di Asia. Anwar kata dia malu dengan ekonomi Malaysia.

Laporan Asian Economy berpusat di Hong Kong menyenaraikan Bank Rakyat antara 10 Institusi Kewangan paling untung di Asia, tetapi Anwar masih kata Ekonomi Malaysia paling rendah di Asia Tenggara, malah melabelkan ekonomi Malaysia setaraf negara-negara seperti Tobago, Timor Leste, Habsyah, dan Kenya.

Di sebalik semua tuduhan itu, Anwar masih belum menjelaskan kepada rakyat apakah tujuan Tian Chua bertemu dengan penyangak matawang George Soros tidak berapa lama dahulu? Anwar belum menjawab berapakah sumbangan yang mereka terima daripada Soros? Anwar juga tidak menjawab isu cek yang diterima oleh Khalid Jaafar yang mewakili PKR? Semua wang-wang tersebut ke mana sekarang?

Adakah semua ini goreng-goreng Anwar untuk melindungi Pakatan Rakyat, DAP/PKR/PAS dalam melindungi janji-janji manifesto semasa PRU12 kepada rakyat? Tidakkah masanya untuk mencari dana sebanyak mungkin untuk dibelanjakan apabila tibanya PRU13 kelak walaupun Anwar tahu akan ramai tangan-tangan luar yang sentiasa menghulurkan bantuan kewangan kepadanya dan dimasa yang sama DAP/PKR/PAS sedang menagih bantuan sumber selain dari hasil meminta derma dan menjual tabloid? Begitu juga dengan KM DAP yang masih mengharapkan supaya kerajaan tidak membatal dan menangguhkan bantuan kewangan dalam projek mega kerajaan, Kenapa? Berbalik kepada pandangan diatas..

Pada ketika rakyat yang tertipu mengundi PR dalam PRU12 dulu menunggu-nunggu janji-janji PR, rakyat Selangor belum diberi jaminan apakah akan masih menikmati air percuma 20meter padu pada Januari 2009? Di Perak air percuma diberikan kepada yang berpendapatan RM700 sebulan kebawah, jika RM750? Tak selari dengan janji yang telah ditaburkan..

Akhirnya, idealogi Anwar masih taksub dengan teori Yahudi-Amerika, Adam Smith? ataukah Anwar sudah berubah selepas bekerjasama dengan Kumpulan Soros, Kumpulan Cohen, Kumpulan Dubai dan Kumpulan Darul Ehsan. Itulah Anwar yang berkata ekonomi Malaysia paling buruk di Asia.

Suara Politik

11.05.2008

APA PERLU DEBAT DAN TANGKAP SI JERUNG?

Oleh: Sahabat-Gunung
www.sahabatgunung9506.blogspot.com

Kenapa perlu berdebat, kenapa perlu tangkap jerung politik wang? Dua persoalan yang menjadi perbualan antara sahabat-sahabat dalam pergerakan Pemuda, untuk dipandang sebagai satu isu yang harus diperbincangkan khususnya di peringkat akar umbi.

Perlu kita berdebat untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO, perlulah kita menangkap jerung-jerung politik wang untuk kita menjadi Ketua Pemuda UMNO? Bagi aku, dua persoalan ini harus difikirkan sendiri oleh mereka yang mengeluarkan kenyataan sedemikian, supaya jangan dilihat sebagai seperti anjing menyalak di tepi bukit.

Apa yang nak aku utarakan kali ini, bahawa kita Pemuda UMNO harus diperkukuh dan diperteguhkan. Pemuda UMNO jangan mudah melatah tetapi bersatu dalam meletakkan pergerakan kita, Pemuda kita di satu tahap yang cukup kuat dan selesa.

Untung nasib bangsa kita, maju-mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa kita terletak di tangan kita, biarlah kita yang menentukannya. Keutuhan perpaduan bangsa tidak harus dikorbankan kerana ketaksuban kepada dimensi perjuangan yang kecil atas apa jua isu yang sempit, yang boleh mengugat keharmonian dan kesepakatan kita selama ini.

Pemuda merupakan tapak semaian untuk pupuk dan mencanai pemikiran barisan pelapis kepimpinan masa depan. Pada hari ini, berapa ramaikah anak muda atau belia yang bersama-sama dengan kita dan menyokong UMNO dan BN. Adakah kita cukup selesa dengan sokongan anak muda? Aku yakin ramai yang menyedari hakikat bahawa orang muda dan belia tidak bersama kita pada hari ini.

Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita, tanggungjawab Pemuda UMNO untuk terus mendampingi generasi muda baik di kota mahupun desa, baik di tempat kerja ataupun adik-adik kita di IPT dan di bangku-bangku sekolah lagi.

Mereka tidak boleh diabaikan, tidak boleh dipinggirkan kerana mereka adalah tenaga pendesak baru yang mampu mencorakkan senario politik tanahair. Lihat sahaja keputusan PRU12 yang lalu, berapa peratus yang menyokong kita.

Jangan biarkan mereka terus rasa terpinggir dari UMNO ataupun kita sengaja yang rasa kononnya cukup kuat pada hari ini, untuk terus meminggirkan golongan muda ini. Jangan hanya meletakkan golongan kontraktor atau businessman dalam UMNO, hingga terlupa golongan pendidik, pensyarah, petani, pesawah, nelayan mahupun pembantu am rendah untuk sama-sama bersama kita di dalam UMNO.

Barisan Pemuda yang memahami intipati, aspirasi, asas, dasar dan matlamat perjuangan UMNO harus bersedia dan harus berani turun padang, ke mana sahaja untuk menyampaikan pandangan, berdialog, berhujah dan menerangkan wawasan perjuangan kita secara berhadapan dengan golongan muda ini.

Kegagalan kita laksana program atau bertindak sedemikian dikhuatiri akan terus menjauhkan anak-anak muda dari memahami, mendampingi, menerima dan menyokong perjuangan UMNO. Kita seharusnya meyakinkan mereka bahawa UMNO adalah perjuangan yang relevan sepanjang zaman, yang mempunyai hikmah berpolitik yang terbaik untuk meneruskan perjuangan meninggikan martabat bangsa dan syiar Islam, serta memajukan Negara dan rakyat Malaysia.

Tak perlu debat, tak perlu tangkap jerung tetapi mereka-mereka yang menawarkan diri bertanding dalam apa jua jawatan dalam Pemuda nanti, harus berupaya meningkatkan aktiviti berorientasikan perkhidmatan di setiap bahagian dan cawangan UMNO di seluruh Negara, jangan sampai dok fikir dan rebut jawatan di peringkat pusat, bahagian dan cawangan kita sendiri pun dengan mudahb ditembusi anasir-anasir pembangkang.

Oleh itu, program-program kemasyarakatan yang kita lakukan, akan dapat menarik lebih ramai pendukung dan penyokong kepada perjuangan kita, perjuangan UMNO. Radikalisme dan dinamisme kita harus kea rah menjamin UMNO untuk bersedia berubah.... dengan mengubahsuai pendekatan, gerak kerja, terus peka dengan persekitaran masyarakat, bersikap proaktif dalam memenuhi tuntutan semasa dan masyarakat.

Masyarakat tidak boleh dibangunkan, disedarkan dengan pidato, debat dan retorik perjuangan, tidak juga melalui janji dan slogan, jauh sekali dengan perbuatan demonstrasi dan perbuatan huru-hara di jalan-jalan raya sebagaimana yang dibuat oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Hindraf. Ini semua perbuatan yang tidak bertamadun. Tetapi masyarakat perlu dibangunkan dengan agenda yang lengkap dengan wawasan yang jelas dan rangka kerja yang khusus dan teratur.

Jangan kaburkan fokus perjuangan kita. Tenaga kita diperlukan untuk melaksanakan wadah perjuangan yang lebih besar. Kita perlu bekerja kuat untuk memastikan kita menguasai pasaran lebih luas dalam usaha mengukuhkan ekonomi dan politik kita.

Tepuk dada tanyalah hati... siapa pilihan kita dalam menerajui pergerakan Pemuda, adakah calon kita atau ketua kita nanti benar-benar dapat memenuhi aspirasi golongan muda, seterusnya akan kembali menyokong kita.

Yakinlah, bahawa masyarakat sedang memerhatikan kita. Mereka akan memerhatikan kita sehingga Mac ini, untuk mereka menetapkan pilihan mereka sama ada akan terus menyokong kita atau menghukum kita pada PRU yang akan datang.

BEKERJALAH LEBIH KERAS

Oleh: Sahabat-Gunung
www.sahabatgunung9506.blogspot.com

Najib dah jadi Presiden UMNO dan PM secara dasarnya, namun secara teknikalnya… semuanya akan berlaku pada Mac 2009 nanti. Cukup lama rasanya nak menunggu Mac 2009, setahun selepas ‘Tsunami PRU-12 yang melanda UMNO dan BN’. Tapi biarlah lambat, asalkan selamat. Takut-takut, nasi dah masuk bibir pun boleh termuntah. Macam Anwar Ibrahim, dah tak sabar sangat nak ganti Dr M dulu, akhirnya tersungkur di pintu Penjara Sungai Buluh.

Dato’ Najib, walaupun banyak pihak yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan tanpa bertanding Presiden UMNO, tapi Dato’ kena ingat, naiknya Dato’ sebagai Presiden UMNO adalah kerana ketegasan dan keberanian seorang insan yang bernama Muhyiddin Yassin yang mahukan perubahan kepimpinan UMNO dan kerajaan yang nyata ditolak dalam PRU yang lalu.

Oleh yang demikian, Dato’ perlulah sedar bahawa tanpa ketegasan dan keberanian Tan Sri Muhyiddin ini, mungkin lambat lagi Dato’ jadi Presiden. Perlu direnung bahawa jawatan Presiden bukanlah sekadar pangkat dan nama semata-mata, tapi ia merupakan satu tanggungjawab besar dan amat berat untuk dipikul berseorangan demi mengembalikan semula maruah dan memperkasa semula UMNO, parti yang kita cintai ini.

Jika tak mampu pikul seorang, maka pembantu dan bala tentera diperlukan oleh Dato’. Sebagai Jeneral UMNO, Dato’ Najib perlukan seorang panglima perang yang berani, tegas, berwibawa dan hebat…. Terus terang saya katakan, panglima yang paling ideal dengan Dato Najib untuk memperkuatkan jentera UMNO pada masa ini dan akan datang ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika ada Jeneral dan panglima, sudah tentu ada hulubalang-hulubalangnya. Tak perlulah saya namakan hulu balangnya, nanti dikatakan saya memihak kepada pihak-pihak tertentu pula.

Saya dan semua ahli UMNO, akan menjadi bala tenteranya. Bala tentera akan bersatu dan bersepakat, berjuang untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat dan orang Melayu kepada UMNO, seterusnya mengembalikan semula keyakinan rakyat berbilang kaum kepada BN.

Namun dalam masa yang sama, perubahan perlu dilakukan dengan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang menjadi punca kekalahan UMNO. Bala tentera harus kembali mendekati masyarakat, kerja-kerja yang lebih proaktif terutamanya dalam menghadapi orang muda dengan mengikut arus kemajuan yang ada kini dalam mendekati mereka.

Jangan terus leka dengan musim pemilihan UMNO, hingga boleh melahirkan bibit-bibit perpecahan dalam UMNO. Semua yang bertanding harus sedar, realiti menang dan kalah. Yang menang jangan mendabik dada dan meminggirkan mereka yang kalah, dan yang kalah jangan menjauhkan diri untuk sama-sama berganding bahu bersama yang menang untuk kembali memperkukuhkan UMNO.