1.29.2009

Jangan Pisahkan Orang Muda Dari UMNO

Oleh: Sahabat-Gunung (www.sahabatgunung9506.blogspot.com)

Aku agak terperanjat dengan kenyataan Tengku Ahmad Rithaudeen semalam, namun aku mendiamkan diri ajer sebab internet kat rumah aku pun teruk, lebih baik mendiamkan diri sehari dari terus hentam keromo ‘si bapak’ yang dah lama dalam UMNO tu.

Terus terang aku katakan, ada segelintir kawan-kawan yang menyifatkan ‘di bapak’ ini sudah mula nyanyuk. Adakah dia lupa, dari mana dan permulaannya berjuang dalam UMNO.

Adakah bila dah tua baru dia masuk UMNO? Sehubungan dengan itu, dalam keadaan UMNO pada hari ini yang boleh aku katakan tidak cukup kuat, perlukan perubahan dan peremajaan semula.... mengapa satu cadangan dungu boleh keluar dari seorang ‘bapa’ yang sepatutnya mendidik anak-anaknya untuk menjaga ‘rumah UMNO’ itu sendiri.

Bukan bila dah timbul masalah dalam rumahtangga kita.... kita bunuh anak kita bagi menutup kepincangan dan kucar-kacir dalam rumah kita.

Kenapa nak salahkan anak-anak yang baru nak belajar hidup, sedangkan masalah yang berlaku hari ini, jika dikatakan politik wanglah... ia bermula dengan senior-senior atau bapa-bapa kita, mak-mak kita yang lebih dulu makan garam dalam UMNO.

Bagilah peluang kepada anak-anak ini, bertatih sebelum berjalan, jangan kafankan anak-anak kita di atas kesilapan kita yang terdahulu.

Biarkan anak-anak itu kenal dulu dunia, didiklah ia seperti sehelai kain putih, corakkanlah ia sebaik yang mungkin untuk menjadi warganegara yang berguana, bukannya terus membiarkan kain putih terus mengkafankan anak kita itu.

Buat semua anak-anak muda yang baru bertatih dalam UMNO, jangan kecewa dan jangan ambil hati. Mungkin bapa kita tu ...entahlah, nak cakap pun salah.

Sebagai orang muda, sebagai anak muda yang dah masuk UMNO sejak 10 tahun yang lalu, ketika krisis kegawatan politik negara angkara manusia bernama Anwar Ibrahim.... aku harap MT UMNO janganlah lupa akan peranan dan sumbangan orang muda kepada UMNO.

Jika dipisahkan anak-anak muda ini dari UMNO, aku yakin UMNO akan mengalami musibah yang amat dashyat menjelang PRU-13 nanti. Kalau tak percaya, cubalah bubarkan sayap-sayap UMNO, khususnya Pemuda, Puteri dan Biro Putera UMNO serta Wanita yang cukup komited memperjuangkan UMNO dan BN selama ini.

2 comments:

JOHARI BIN MUSA said...

engko bayar je 1 juta seorang kat team kempen PKR yang kalahkan DS Sharizat. Kekuatan mereka pada team tersebut. PKR pam dulu bayar RM30,000, seorang, tengok, macamana kami buat kerja macamana ? ada berani balas email ini, kalau tidak jangan mimpi la.... Kalau ada 100% u menang.

JOHARI BIN MUSA said...

dulu semasa semua pengerusi pendududuk dibawa melacung ke korea ada seorang ahli umno yang sudah masuk PKR selepas PRU12,memaklumkan kepada Sinar Harian bertajuk Rasuah Shahrizat kepada Pengerusi Penduduk ke Korea, adalah Man Keling.