3.02.2009

RAZALI MINTA 700,000 PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS

Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Razali Ibrahim meminta semua 700 ribu ahli Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kerana membuat kenyataan menghasut semasa berbahas di Dewan Rakyat minggu lalu.

Katanya laporan itu boleh dibuat di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan kerana tuduhan yang dibuat oleh Karpal bahawa Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya adalah palsu.

Katanya, walaupun Karpal membuat kenyataan tersebut di dalam Dewan Rakyat tetapi berdasarkan peruntukan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan, Karpal masih boleh didakwa.

Mengikut rekod, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Mark Koding pada tahun 1982 telah dijatuhkan hukuman denda kerana membuat kenyataan yang meghasut semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 17 Oktober 1978.

1 comment:

sritribuana said...

Betul ke ada ahli seramai itu? Setahu saya ramai juga pelajar-pelajar IPTA yang didaftar tanpa pengetahuan tuantubuh.
~Nak ingatkan saja,takut nanti pelajar-pelajar yang didaftar tanpa izin membuat laporan polis terhadap pemuda UMNO pula.terbalik kot.
~Kalau seramai itu takkan saluran muda masa PRU dahulu BN kalah teruk seluruh negara.!!!
~UMNO perlu pemuda yang buat homework.
~cuba demonstrate kata-kata yang terhasil daripada kajian yang tulin. Personaliti yang hipokrit,tidak akan mampu membuat reformasi pada UMNO yang sudah tenat.