"Masa depan Pemuda perlu bersandarkan kepada idealisme yang bertunjangkan jati diri bangsa Melayu. Tanpa jati diri, identiti akan hilang. Tanpa identiti, tidak mungkin kesetiaan terhadap Agama, Bangsa dan Negara dapat dipertahankan.
Jati diri adalah bagaimana hati, perasaan dan akal budi memahami dan mengenali diri kita sendiri serta bagaimana orang pula mengenali kita. Inilah jati diri atau identiti kita yang paling asasi. Sebuah bumi tempat dipijak dan lapisan langit tempat dijunjung. Di sepanjang sejarahnya bumi ini dikenali sebagai dunia Melayu.
Bumi yang bernama alam Melayu yang dihuni oleh suku-suku bangsa Melayu, di mana setiap bentuk landskap alamnya, fauna dan floranya dinamakan dalam Bahasa Melayu. Terbangun pula tamadun dan kebudayaan Melayu yang tercatat jauh dalam sejarah.
Umatnya berajakan Melayu, berkerajaan Melayu membentuk pelbagai negara dan setiap corak kehidupannya bersendikan adat budaya Melayu. Manakala Islam bertunjang teguh sebagai agama anutan umat Melayu.
Bumi yang dipijak ini, Bahasa Melayu, adat Melayu, kebudayaan Melayu, tamadun Melayu, Kerajaan Melayu dan Islam inilah ciri-ciri yang kita perjuangkan selama lebih setengah abad di atas nama UMNO.
Atas perjuangan UMNOlah, ciri-ciri jati diri ini dan sejumlah hak yang berkaitan dengannya menjadi sah dalam Perlembagaan negara. Pemuda sebagai pewaris hak dan legitimasi ini, wajib memahami sedalam-dalamnya makna dan implikasi setiap aspek jati diri ini, lantas memperjuangkannya agar umat Melayu kekal sebagai teras kedaulatan negara.
Sebagai pewaris hak, Pemuda juga memikul tanggungjawab untuk menghidupkan kembali nilai dan semangat murni yang terkandung dalam adat resam, budaya dan warisan yang membina jati diri orang Melayu."

No comments:
Post a Comment