10.17.2009

AMANAT PRESIDEN MENJUNJUNG TRADISI,MENZAHIR PERUBAHAN

Foto-Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman, P.P.W


Sesungguhya,

Amanah besar ini tidak boleh dipikul oleh seorang

Ia perlu dijinjing oleh satu jemaah ,satu barisan yang tersusun rapi

Oleh itu ,saya menyeru dan mengajak kepada Timbalan Presiden

Kepada Naib-Naib Presiden,Ketua Wanita,Ketua Pemuda,Ketua Puteri

Kepada saf kepimpinan yang berada di atas

Pejuang-pejuang UMNO di bawah,pejuang UMNO di bahagian

Pendokong-pendokong UMNO di cawangan

Seluruh warga UMNO yang baru dan yang lama,di kota dan didesa

Bangkitlah semua bersama-sama saya

Rapatkanlah barisan,sahutlah panggilan

Marilah kita martabatkan warisan ini


Yakinlah,

Perjuangan kita adalah perjuangan yang betul

yakinlah,

Perjuangan kita adalah perjuangan yang haq

Kitalah,UMNO,satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan

mampu meneroka masa depan penuh gilang gemilang



Walau apa pun dugaan

Walau apa pun rintangan

Bersama segunung harapan,perjalanan ini kita teruskan

Bersama mengenggam keyakinan,segala impaian pasti dilunaskan

Setitik dijadikan laut,segumpal dijadikan gunung



Tradisi tetap kita junjung,perubahan tetap kita zahirkan

kendati tergantung awan dilangit

Telah terlanjur kubentangkan layar

Walau badai datang menggulung

Walau berdentum guruh dilangit

Walau bumi berkeping dua,takkan mungkin ku berbalik haluan.


Hidup UMNO ! Hidup UMNO ! Hidup UMNO !



Petikan Ucapan Dasar

YAB.Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj.Abdul Razak

Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009


No comments: