12.17.2009

Program Tarbiah Ahli Baru UMNO




UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengambil satu pendekatan dengan mengadakan Program Tarbiah Ahli Baru UMNO di Dewan UMNO Flat 17 Tingkat Kg Kerinchi.Program bukan sahaja dihadiri ahli-ahli baru tapi ia turut menarik minat mereka yang telah lama dalam UMNO.Program tersebut lebih menerangkan dasar-dasar UMNO serta sejarah perjuangan pemimpin terdahulu yang menentang Malayan Union dan menubuhkan UMNO untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.Ia dapat memberi kesedaran kepada ahli UMNO supaya terus bersatu dan pertahankan parti ini untuk terus relevan pada orang Melayu dalam menghadapi PRU 13 nanti.Ceramah telah disampaikan oleh YBhg Datuk Ibrahim selaku Setiausaha UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Sdr Kamarulzaman dari NGO MANTAP yang punya pengalaman dalam program-program BTN.
Foto-Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman P.P.W

No comments: