12.05.2008

AMANAH BESAR PEMUDA UMNO LEMBAH PANTAI

Kepimpinan baru Pemuda UMNO Lembah Pantai kini mengorak langkah untuk memperkasa semula Pemuda UMNO bahagian agar lebih disegani oleh kawan dan lawan, khususnya untuk memenangi semula hati rakyat dan ahli-ahli UMNO Lembah Pantai yang beralih arah kepada calon PKR dalam PRU 12 yang lalu.

Dalam mesyuarat pertama AJK Pemuda bahagian Lembah Pantai baru-baru ini, Ketua Pemuda yang baru, Sazali Kamilan mengingatkan rakan-rakan AJK Pemuda bahagian bahawa mereka merupakan pemimpin yang diberi amanah bukan kerana mereka berjaya bertanding dan menang ataupun mempertahankan jawatan ataupun kerana perwakilan Pemuda sukakan mereka, tetapi semuanya berlaku kerana AJK Pemuda bahagian telah ditakdirkan memegang AMANAH BESAR ini.

Amanah besar ini bukan kepalang- bukan menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin pelapis dan memasang cita-cita menjadi wakil rakyat tetapi pada situasi hari ini, rakyat dan ahli-ahli UMNO mahukan pemimpin dan wakil mereka buat kerja, berkhidmat, berkorban masa dan tenaga, jiwa dan raga – kerana ahli mahu kita buktikan bahawa kita boleh memikul amanah besar ini.

Rakyat khususnya di Lembah Pantai ini mahukan kita sebagai jurubicara mereka, kita akan dinilai dan dipantau, sejauh manakah prestasi kita dalam memperbaiki dan keberkesanan kita pada rakyat dan masyarakat di Lembah Pantai ini.

“Kita semua sudah menawarkan diri untuk memimpin Pemuda UMNO Lembah Pantai, dan kita sudah pun diberikan mandat, kita akan diberikan tugasan menjaga biro masing-masing- dan akhirnya ahli-ahli Pemuda di peringkat cawangan akan menuntut kita melaksanakan tanggungjawab kita,”.

Untuk kita meneruskan perjuangan ini, kita tidak boleh tidak mesti mengenal diri dan menilai asal-usul, asas perjuangan, sejarah dan Agenda Melayu, amanah agama, tanggungjawab Pemuda dan cabaran mendatang yang akan mencorakkan nasib dan masa depan bangsa, khususnya di Lembah Pantai ini.

2 comments:

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Syabas diucapkan kepada barisan kempimpinan Pemuda Lembah Pantai. Jalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh keikhlasan. Selamat berjuang!

Pls check out datukshaifulkamal's comment on "Kenapa Tidak Memilih SETIAKAWAN?" at Pemuda IKS blog. We need your profesional point of view.

“Memperkasa Generasi Baru”

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Pemuda-LembahPantai said...

Terima kasih buat Pemuda IKS dan sahabat-sahabat Pemuda tidak kiralah dari Lembah Pantai atau Pemuda Wilayah atau sahabat2 lain dr seluruh negara yang sudi mengunjungi blog kami.

Kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Insya-Allah... amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada seluruh warga Pemuda Lembah Pantai, akan kami jadikan azimat dan panduan untuk meneruskan perjuangan kami.

Doa dan semangat kawan-kawanlah yang memberikan kami kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.

Terima kasih.