12.01.2008

KORBAN PERDANA PEMUDA UMNO MALAYSIA


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi akan menganjurkan acara tahunan Korban Perdana 2008 bersempena Hari Raya Aidiladha tahun 1429 Hijrah ini. Kali ini, Pemuda akan mengadakannya di Felda Bukit Tongkat, Parlimen Sembrong, Johor, pada Selasa 9 Disember.

Bagi menjayakan ibadah besar itu, sebanyak 200 ekor lembu akan dikorbankan untuk agihan dan menjayakan jamuan rakyat kepada 10,000 hadirin, termasuk penduduk sekitar, pelbagai lapisan ahli dan pemimpin Pemuda UMNO dari seluruh negara.

YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan menyempurnakan majlis itu bersama barisan kepimpinan Pemuda pusat dan negeri-negeri serta bekas-bekas pemimpin Pemuda UMNO.

Mereka akan sama-sama bergotong-royong memasak hidangan untuk jamuan rakyat dan mengagih-agihkan bahagian daging korban untuk penerima sekitar Parlimen Sembrong, termasuk masyarakat Felda dan kawasan sekitar.

Korban Perdana tahun ini menjadi acara dan detik yang sangat bermakna di dalam sejarah perjuangan Pemuda UMNO ketika menghadapi bahang musim pemilihan parti. Di samping menghayati intipati ibadah korban, majlis kali ini menjadi pertemuan yang begitu penting untuk menghimpunkan segenap lapisan ahli dan pemimpin Pemuda UMNO bagi memperatkan ikatan persaudaraan dan kekeluargaan kami.

Parlimen Sembrong dipilih menjadi lokasi Korban Perdana tahun ini sebagai penghormatan dan penghargaan tinggi segenap lapisan Pemuda UMNO terhadap khidmat penuh dedikasi dan kepimpinan Dato' Seri Hishammuddin yang menjadi teladan ketika beiau dan rakan seperjuangan mengharungi Kemelut Politik Melayu 1998 dan memperkukuhkan Pemuda UMNO untuk terus menjadi barisan parti paling depan di dalam menghadapi sebarang cabaran.

Acara itu bermula pada 8.30 malam Isnin, 8 November dengan majlis Forum Perdana Ehwal Islam, melibatkan Ustaz Shahrin Jamaludin sebagai pengerusi, manakal panelnya YBhg Dato' Noh Gadot, bekas mufti Johor, Datuk Pirdaus Ismail, bekas Imam Masjid Negara dan Ustaz Ravi Abdullah, pendakwah bebas.

Korban Perdana menjadi acara tahunan Pemuda UMNO Malaysia sejak 2004 ketika Pemuda UMNO membantu mangsa Bencana Tsunami di Teluk Kumbar, Balik Pulau, Pulau Pinang; Kota Kuala Muda, Kedah; dan juga Kampung Kuala Abang, Dungun, Terengganu (lokasi pertama Program Pemuda Masuk Kampung pada 2001).

Pada 2005 Korban Perdana dianjurkan di Kampung Bumbum, Libaran (Sabah), kemudian Felda Jengka 11, Kuala Krau (Pahang, 2006) dan Machang (Kelantan, 2007).

No comments: