2.11.2010

Sembang Putera UMNO Lembah Pantai

Program penubuhan Biro Putera Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai telah berlansung dalam suasana santai.Biro yang diketuai oleh Saudara Lokman akan mengerakkan golongan-golongan muda untuk membantu UMNO bahagian dalam apa jua setuasi.Siapa kata anak muda menjauhi UMNO.Jika kena pada cara dan tempatnya mereka semua akan bersama dengan pejuangan UMNO.Ini telah dibuktikan semasa program tersebut.Hampir seratus pemuda telah hadir ke program tersebut.Ini menunjukkan kesungguhan mereka ingin bersama perjuangan UMNO.Turut serta dalam program tersebut Saudara Zailani Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai dan juga Saudara Nazri selaku Pen Setiausaha.Naib Ketua dalam ucapannya telah menyampaikan salam dari Ketua Pemuda Saudara M Sazali Kamilan yang tidak dapat turut serta kerana terlibat dengan program lain di waktu yang sama.Beliau juga menasihatkan pemuda-pemuda yang hadir supaya menunjukkan komitmen yang tinggi dengan hadir kesetiap program yang berlansung tanpa mengira habuan.Tunjukkan keikhlasan dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang diketuai Saudara M Sazali Kamilan akan sentiasa menjaga kebajikan mereka-mereka sentiasa berjuang bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

No comments: