9.14.2009

BERSATU & BERKHIDMAT - Dalam Usaha Raih Semula Sokongan Rakyat

Pemuda UMNO Lembah Pantai menetapkan dua perkara asas iaitu bersatu dan berkhidmat yang mesti dilaksanakan dengan komitmen tinggi oleh ahlinya bagi membolehkan parti itu meraih semula kepercayaan rakyat pada pilihan raya umum akan datang, khususnya di Lembah Pantai.

Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Hj Sazali Kamilan berkata, ia harus diterjemahkan kepada tindakan oleh ahli dan kepemimpinan Pemuda UMNO dari peringkat bahagian hinggalah ke peringkat cawangan kerana ia akan dinilai rakyat dan masyarakat, lantas gerak kerja dan segala tindakan Pemuda UMNO akan dijadikan ukuran untuk mendapatkan semula sokongan mereka pada pilihan raya akan datang.

"Kita perlu bersatu dengan mengetepikan segala permasalahan dalaman dan kembali menyusun gerakan untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat. Saya yakin jika ia dapat diterapkan ke dalam hati setiap ahli Pemuda UMNO Lembah Pantai, kita bakal mendapat kepercayaan semula rakyat yang akan menyokong kita pada pilihan raya akan datang.

"Ahli UMNO perlu bersungguh-sungguh mendokong aspirasi parti untuk berjuang dan berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita akan susun gerak kerja untuk membolehkan kita bekerja dengan lebih sistematik," saranannya kepada Kepimpinan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian serta Ketua-Ketua Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan dalam Lembah Pantai dalam majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan Pemuda semalam.

Beliau turut mahu program-program yang boleh merapatkan hubungan sesama Pemuda Bahagian dan Puteri dapat dijalan dengan lebih kerap, selain menjadi tempat berbincang dan merencana aktiviti-aktiviti berfaedah untuk kepentingan bersama.

“Program sebegini menjadi platform terbaik, dalam melangkah ke medan perjuangan untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai, komitmen dan kerjasama Pemuda-Puteri yang juga merupakan gabungan bersama dalam Unit IT UMNO bahagian Lembah Pantai, kita harus bergerak bersama memberi penerangan dan melawan dahyah-dahyah palsu Pakatan Rakyat yang mahu terus mendapat kepercayaan tanpa sebarang aktiviti ke arah pembangunan masyarakat yang dibuat mereka di Lembah Pantai.

Marilah kita bersatu, bekerjasama demi sebuah perjuangan

Pemuda harus mengorak langkah dengan memberi penumpuan dan penekanan kepada penduduk di kawasan-kawasan dan cawangan kita dalam usaha mendekatkan diri dengan golongan muda di kawasan tersebut. Pemuda cawangan harus mendekatkan diri dengan pengundi muda di kawasan mereka serta mengenal pasti permasalahan mereka.

“Kebanyakan isu yang dibangkitkan penduduk kawasan terbabit seperti masalah pengurusan sampah, persekitaran, tempat letak kereta serta permintaan untuk membeli rumah berkenaan daripada hanya disewakan, juga merupakan masalah kita maka menjadi tanggungjawab kita agar permasalahan yang dibangkitkan ini, Pemuda UMNO perjuangkan dan kita akan berusaha untuk membantu mereka mendapat peluang untuk hidup lebih selesa agar mereka tidak rasa kehimpitan tinggal di bandar.”





9.13.2009

Pemuda di Sekitar Mesyuarat Khas UMNO Lembah Pantai

Sekitar Mesyuarat Khas UMNO Lembah Pantai petang semalam.... Dato Raja Nong Chik nasihatkan kepimpinan UMNO bahagian dan kepimpinan sayap-sayap UMNO Lembah Pantai dan UMNO cawangan untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat. Lupakan segala sengketa lama dan kepentingan diri untuk pastikan UMNO/BN Lembah Pantai kembali merebut hati masyarakat di Lembah Pantai di masa akan datang.




9.11.2009

MAJLIS GOTONG ROYONG WARGA BLOK C PPR LEMBAH PANTAI


Penduduk Blok C PPR Lembah Pantai telah mengadakan Majlis Gotong Royong menyimen ruang bawah blok untuk yang sebelum ini berpasir dan selalu menjadi tempat air bertakung.Sumbangan berupa simen dan pasir telah diberikan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai untuk mereka menjalankan program tersebut.

9.04.2009

SEKITAR MAJLIS RAMADHAN BERSAMA RAKYAT DI PPR KERINCI LEMBAH PANTAI



Gambar sekitar Majlis Nur Ramadhan peringkat Wilayah Persekutuan serta Majlis penyerahan pampasan kepada penduduk PPR Kerinchi Lembah Pantai yang telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Dato' Zainal Abidin bertempat dipadang PPR Kerinchi Lembah Pantai.Bantuan yang diberi bukan sahaja pada mereka yang beragama Islam tetapi merangkumi juga pada agama serta bangsa lain.Ini menunjukkan semangat Satu Malaysia berjaya untuk menyatukan semua bangsa di negara kita.Dianggarkan lebih dari 5000 rakyat yang menghadiri program
tersebut.



8.23.2009

PEMUDA LEMBAH PANTAI SEDIA KEHADAPAN




INILAH DIA PEJUANG-PEJUANG LEMBAH PANTAI..YANG AKAN KEHADAPAN BERJUANG UNTUK MERAMPAS KEMBALI KERUSI PARLIMEN LEBAH PANTAI DARI TANGAN PKR PADA PRU 13 NANTI..GAMBAR SEMASA MENYAMBUT KETIBAAN DS HISHAMUDDIN SEMASA PERASMIAN PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI 2009.

8.15.2009

Sekitar Majlis Perasmian Serentak Pemuda, Wanita dan Put3 UMNO Lembah Pantai



"Masa depan Pemuda perlu bersandarkan kepada idealisme yang bertunjangkan jati diri bangsa Melayu. Tanpa jati diri, identiti akan hilang. Tanpa identiti, tidak mungkin kesetiaan terhadap Agama, Bangsa dan Negara dapat dipertahankan.

Jati diri adalah bagaimana hati, perasaan dan akal budi memahami dan mengenali diri kita sendiri serta bagaimana orang pula mengenali kita. Inilah jati diri atau identiti kita yang paling asasi. Sebuah bumi tempat dipijak dan lapisan langit tempat dijunjung. Di sepanjang sejarahnya bumi ini dikenali sebagai dunia Melayu.

Bumi yang bernama alam Melayu yang dihuni oleh suku-suku bangsa Melayu, di mana setiap bentuk landskap alamnya, fauna dan floranya dinamakan dalam Bahasa Melayu. Terbangun pula tamadun dan kebudayaan Melayu yang tercatat jauh dalam sejarah.

Umatnya berajakan Melayu, berkerajaan Melayu membentuk pelbagai negara dan setiap corak kehidupannya bersendikan adat budaya Melayu. Manakala Islam bertunjang teguh sebagai agama anutan umat Melayu.

Bumi yang dipijak ini, Bahasa Melayu, adat Melayu, kebudayaan Melayu, tamadun Melayu, Kerajaan Melayu dan Islam inilah ciri-ciri yang kita perjuangkan selama lebih setengah abad di atas nama UMNO.

Atas perjuangan UMNOlah, ciri-ciri jati diri ini dan sejumlah hak yang berkaitan dengannya menjadi sah dalam Perlembagaan negara. Pemuda sebagai pewaris hak dan legitimasi ini, wajib memahami sedalam-dalamnya makna dan implikasi setiap aspek jati diri ini, lantas memperjuangkannya agar umat Melayu kekal sebagai teras kedaulatan negara.

Sebagai pewaris hak, Pemuda juga memikul tanggungjawab untuk menghidupkan kembali nilai dan semangat murni yang terkandung dalam adat resam, budaya dan warisan yang membina jati diri orang Melayu."

Persiapan Menjelang Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Lembah Pantai di Bilik Kelantan








Malam tadi, sahabat-sahabat JK Pemuda UMNO Bhg Lembah Pantai bekerja keras bagi memastikan perjalanan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai di Dewan Tun Hussein Onn berjalan lancar.

YB Dato’ Raja Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai dijangka akan merasmikan Perasmian Serentak Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO bahagian Lembah Pantai pada jam 2 petang di Dewan Tun Hussein.

Jom, sahabat-sahabat Pemuda Lembah Pantai...


SALAM PERJUANGAN

8.02.2009

Info Terkini Program Yang Melibatkan Pemuda Bahagian

Program PPR bersama Tabung Haji WP anjuran bersama Biro Agama Pemuda UMNO Lembah Pantai dan Badan Komuniti Blok B, PPR Kerinch pada 8-9 Ogos 2009 di Blok B, PPR Kerinhci.
Selain itu GPMS Cawangan Lembah Pantai juga akan mengadakan Pertandingan Futsal PPR di Pusat Komuniti Kerinchi pada tarikh yang sama.
Diharap rakan-rakan Pemuda dapat turut sama menjayakan program-program tersebut.Sampaikan pada masyarakat sekeliling supaya mereka dapat bersama menghadirkan diri.

7.31.2009

SEMBANG-SEMBANG ISU SEMASA PEMUDA UMNO LEMBAH PANTAI





Baru-baru ini, Pemuda UMNO Lembah Pantai telah mengadakan majlis sembang-sembang isu semasa bersama Ketua Pemuda UMNO Cawangan dalam Lembah Pantai bersama kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian.

Program tersebut dipengerusikan saudara Zailani (Jai), Naib Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai. Banyak isu dan pandangan sahabat-sahabat Pemuda Lembah Pantai, dalam menambah-baik perjalanan Pemuda Lembah Pantai.

Program yang baik sebegini, harus dijalankan selalu malah lebih baik ia dianjurkan di peringkat cawangan pula, sebelum dibawa ke peringkat Pemuda Bahagian.

7.13.2009

100 Hari DS Najib

Tahniah kepada DS Najib diatas sambutan 100 hari genap beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.Serentak dengan itu beliau telah membuat 11 pengumuman penting yang mengembirakan rakyat terutama sekali tentang penjualan rumah PPR di Wilayah Persekutuan yang telah ditunggu sejak sekian lama oleh mereka-mereka yang selama ini duduk menyewa dirumah yang mereka duduki sekarang.Terima Kasih DS Najib..Diharap selepas ini DS Najib lebih hebat dan berjaya untuk merealisasikan impian 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

7.04.2009

Keratan akhbar hari ini di Sinar Harian dan Utusan Malaysia

Keratan akhbar berhubung laporan Polis yang telah dibuat Pergerakan Pemuda Umno Lembah Pantai bersama GPMS Lembah Pantai berhubung tuduhan tidak berasas yang dilemparkan Naib Ketua PKR Lembah Pantai mengenai isu kebakaran di bukit B, Kg Kerinchi.

7.03.2009

Laporan Polis Pemuda LP terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai








Saudara Zailani Abu Bakar, Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg lembah Pantai bersama barisan AJK Pemuda UMNO Lembah Pantai telah membuat laporan polis petang tadi terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai berhubung dakwaannya yang mengatakan kebakaran di Bukit B, Kg Kerinchi adalah perbuataan sabotaj pihak-pihak tertentu.

Ini merupakan satu tuduhan jahat dan mempunyai kepentingan peribadi kerana semenjak menjadi wakil rakyat di parlimen Lembah Pantai, apa yang PKR perjuangkan untuk kepentingan rakyat di Lembah Pantai.

Kini bila ada satu-satu kes sebegini, mulalah PKR nak tunjuk baik, tunjuk muka sedangkan selama ini, takde apa pun yang mereka buat untuk kepentingan kita bersama.