2.26.2010

Penyerahan Pakaian Sukan



Majlis penyerahan pakaian sukan yang ditaja Tuan Haji M Sazali Kamilan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai Merangkap SUPOL Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar kepada pemain-pemain bolasepak Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai yang akan menyertai Pertandingan Bolasepak Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Pada hari ahad ini 28/02/2010 di Padang Pulapol.Ia telah disempurnakan oleh Sdr Zailani selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai..Turut serta Sdr Nazri(along) selaku PSU Pemuda dan juga Sdr Z Pengerusi Biro Sukan Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai.Ketua Pemuda Sdr Tuan Haji M Sazali tidak dapat turut serta kerana beliau menpunyai urusan rasmi bersama Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.Beliau menyampaikan salam dan berharap pasukan Lembah Pantai akan berjaya dalam pertandingan tersebut.

2.21.2010

JUARA RAKYAT




Sekitar Majlis Gotong-Royong Perdana sempena program Juara Rakyat UMNO Bahagian Lembah Pantai di Cawangan Sri Pinang,Taman Sri Sentosa.Hampir 200 peserta terlibat semasa program tersebut.Antaranya ahli-ahli Putera UMNO,wakil dari MCA serta MIC..Kepada ahli-ahli Putera UMNO diharap dapat berterusan mengikuti program-program yang dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai dimasa akan datang..





Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Majlis Permuafakatan bersama PIBG Sekolah-Sekolah sekitar Lembah Pantai.YB Senator Datuk Raja Nong Chik telah sudi hadir untuk turut serta dalam program tersebut..Pihak PIBG telah menyuarakan pandangan yang bernas untuk menaikkan lagi prestasi pelajar-pelajar sekitar Lembah Pantai.Bagi Datuk Raja pula,beliau ingin melihat sekolah-sekolah di Lembah Pantai cemerlang semasa beliau masih menjadi Menteri.Apa yang boleh dibantu beliau akan bantu demi untuk anak-anak Lembah Pantai..


Akhir sekali Sdr M. Sazali Kamilan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Taman Sri Sentosa.

2.18.2010

JUARA RAKYAT LEMBAH PANTAI "PELAJARAN & KEBAJIKAN"

Kepada ahli-ahli Pemuda UMNO sekitar Lembah Pantai jom kita beramai-ramai ke Program JUARA RAKYAT LEMBAH PANTAI "PELAJARAN & KEBAJIKAN" di Sek Men Keb Petaling bermula 3 petang 19 Feb 2010 sehingga 20 Feb 2010.Pemuda Bahagian akan mengetuai sesi gotong royong pada hari sabtu 20 feb 2010 jam 8 pagi di sekitar cawangan Sri Pinang,Sentosa.Turut serta rakan-rakan pemuda dari parti komponen sekitar Lembah Pantai.

Bantahan Pemuda Malaysia




Perhimpunan membantah campur tangan Negara luar tentang hal ehwal dalaman negara kita.Hampir 500 Pemuda Malaysia telah berkumpul di kedutaan Australia yang diketuai Sdr YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.Turut serta YB Datuk Razali Ibrahim Naib Ketua Pergerakan UMNO Malaysia serta barisan Exco.Ia juga dihadiri wakil-wakil Parti Komponen dan Pertubuhan NGO seperti 4B,GPMS dan Perkasa.Memorandum yang dihantar adalah untuk meminta penjelasan Kerajaan Australia tentang isu tersebut serta menuntut mereka membuat permohonan maaf kepada kita.

2.12.2010

Menteri turun padang ke klinik 1Malaysia




Lawatan Kerja Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar YB Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ke klinik 1Malaysia Lembah Pantai,Pantai Dalam.Diberitakan klinik 1Malaysia di Lembah Pantai mendapat sambutan dari penduduk setampat.Walaupun banyak isu-isu yang sengaja ditimbulkan pihak pembangkang seperti tiada doktor yang ditempatkan di klinik 1Malaysia ia tetap tidak menghalang rakyat membanjiri klinik tersebut.Dalam ucapan Datuk Raja Nong Chik dia ada memberi cadangan supaya klinik 1Malaysia turut memberi kaunseling kepada masyarakat tentang penjagaan kesihatan.Beliau juga memberi cadangan supaya ditempatkan pelajar-pelajar perubatan yang sedang membuat praktikal di klinik-klinik 1Malaysia.Dengan itu mereka boleh melakukan khidmat masyarakat kepada penduduk di sesuatu kawasan.

2.11.2010

Sembang Putera UMNO Lembah Pantai

Program penubuhan Biro Putera Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai telah berlansung dalam suasana santai.Biro yang diketuai oleh Saudara Lokman akan mengerakkan golongan-golongan muda untuk membantu UMNO bahagian dalam apa jua setuasi.Siapa kata anak muda menjauhi UMNO.Jika kena pada cara dan tempatnya mereka semua akan bersama dengan pejuangan UMNO.Ini telah dibuktikan semasa program tersebut.Hampir seratus pemuda telah hadir ke program tersebut.Ini menunjukkan kesungguhan mereka ingin bersama perjuangan UMNO.Turut serta dalam program tersebut Saudara Zailani Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai dan juga Saudara Nazri selaku Pen Setiausaha.Naib Ketua dalam ucapannya telah menyampaikan salam dari Ketua Pemuda Saudara M Sazali Kamilan yang tidak dapat turut serta kerana terlibat dengan program lain di waktu yang sama.Beliau juga menasihatkan pemuda-pemuda yang hadir supaya menunjukkan komitmen yang tinggi dengan hadir kesetiap program yang berlansung tanpa mengira habuan.Tunjukkan keikhlasan dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang diketuai Saudara M Sazali Kamilan akan sentiasa menjaga kebajikan mereka-mereka sentiasa berjuang bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

2.08.2010

Warga Lembah Pantai Mula Bersuara

Warga Lembah Pantai telah mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka pada Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai.Maklumlah,semasa berkempen pada PRU yang lalu bermacam janji telah disuarakan beliau.Hakikatnya kini beliau hanya menumpang apa yang telah diuruskan kerajaan BN.Apa yang beliau tahu hanya mencari salah dan kekurangan pada pihak kerajaan.Mengambil contoh isu perumahan,semuanya diselesaikan melalui UMNO Bahagian Lembah Pantai.Kini warga Lembah Pantai perlahan-lahan sedar yang PKR ini hanya parti bermusim.Semua yang dijanji selama ini adalah janji-janji palsu belaka..

2.03.2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK ANTARA VETERAN TERMELOH BERSAMA PEMUDA LEMBAH PANTAI



AHLI jawatankuasa Pemuda Bahagian Lembah Pantai membuat persediaan awal bagi menghadapi perlawanan sebenar pada hujung February ini.Pada perlawanan ini Pemuda UMNO Lembah pantai mengalahkan Veteran UMNO Termeloh dengan jaringan 3-2.Pada malam kelmarin pula Pemuda UMNO Lembah Pantai telah membelasah Pemuda UMNO Seputih dengan jaringan 6-0.Semua perlawanan berlangsung di Padang DBKL, Brickfield,Kuala Lumpur.

1.28.2010

PROGRAM ' PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT ' PENERANGAN ISU -ISU SEMASA





27-01-2010 TIMBALAN Menteri Pelajaran, YB DR Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO hadir memberikan penerangan isu -isu semasa serta taklimat pemutihan keahlian UMNO di dewan UMNO bahagian Lembah Pantai.Untuk pengetahuan, UMNO bahagian Lembah Pantai merupakan Bahagian angkat bagi YB DR Hj Mohd Puad.
Foto : MOHD SHARRULHAIZY ABD RAHMAN, P.P.W

1.27.2010

Rakyat diminta bertenang




Rakyat diminta bertenang..Itulah ungkapan YB Senator Datuk Raja Nong Chik bersama YB Senator Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom semasa mereka hadir melawat sebuah Masjid di Sri Sentosa yang diletak kepala babi semalam.
Beliau berharap penduduk sekitar beri kepercayaan kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan seterusnya menjejaki mereka yang terlibat.Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Ketua Pengarah Jawi,Wakil-Wakil Parti Politik dan NGO-NGO dari sekitar kawasan tersebut.


Aura Yang Telah Hilang

Suasana panas apabila pihak Polis mula bertindak.Segelintir penyokong PR yang tidak berpuas hati telah mengerumuni khemah yang menempatkan pentas utama.


Anwar Ibrahim..Suatu ketika dulu beliau adalah pemidato terhebat dalam arena politik tanah air.Tapi kini perlahan-lahan auranya hilang.Cakap beliau kini hanya cakap kosong.Hanya tahu menghentam dan suka menimbulkan spekulasi semata-mata.Terbaru beliau telah berucap di Kg Kerinchi.Segala isu yang ditimbulkan semuanya gendang lama.Ia semata-mata untuk meraih sokongan terhadap beliau yang kini berhadapan tuduhan liwat.Lagi satu konon-kononnya beliau berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor beliau hanya dibayar RM1.Ini semua perancangan beliau yang ingin meraih sokongan Rakyat yang dah mula hilang terhadap beliau.Sesiapa pun boleh cakap dibayar RM1.Mainan pemimpin atasan seperti beliau lebih licik dari seekor ular.Lagi satu dalam ucapan beliau,beliau cakap beliau baru balik dari India dan Timur Tengah.Di India beliau berucap dihadapan lebih 40 ribu orang.Itu kata beliau la.Aku sikit pun tak pernah percaya.Kiranya standard beliau tinggi.Tapi yang membuat aku tergelak,beliau bercakap soal kehadiran 40 ribu orang di India.Di Kg Kerinchi hanya 500 orang je yang hadir.Apabila ditolak dengan anggota Polis dan pemerhati dari NGO dan Ahli Umno tinggal la kira-kira 200 orang ahli PKR dan Pas yang hadir.Itukah Standard Anwar Ibrahim???Aku harap Rakyat dan mereka yang menyokong PR telah sedar yang selama ini mereka telah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim.

1.10.2010

UMNO JUARA RAKYAT








PRESIDEN UMNO Dato Sri Najib Bin Tun Abd Razak , hadir ke Majlis Perasmian Program UMNO Juara Rakyat di Bukit Beruntung , Hulu Selangor.


FOTO OLEH : Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman , P.P.W


12.31.2009

PERTANDINGAN FUTSAL KEMBALI KE SEKOLAH








PERTANDINGAN futsal kembali ke sekolah anjuran Pemuda Bahagian UMNO Lembah Pantai yang di sertai parti komponen iaitu MCA , PPP dan MIC di Kompleks Sukan Bangsar, Kuala Lumpur.
Foto : Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman , P.P.W