3.14.2010

Maulidur Rasul



Pada 14 Mac 2010 yang lalu UMNO Bahagian Lembah Pantai bersama Madrasah An-Nur telah mengadakan Majlis Perarakan Dan Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1431H/2010M didewan UMNO Cawangan Kg Kerinchi Taman Bukit Angkasa,Pantai Dalam.
Pelbagai Program telah diatur bermula dengan perarakan di Taman Bukit Angkasa yang diketuai YB Senator Dato' Raja Nong Chik bersama-sama dengan penduduk sekitar.Turut diadakan Bacaan Merawi,Persembahan Nasyid serta kemuncaknya Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Lembah Pantai yang dibahagikan kepada dua kategori Lelaki dan Wanita.Mereka yang telah menerima Anugerah tersebut adalah YBhg Datuk Abdul Razak B Abu Samah Mantan Ketua UMNO Bahagian serta Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Hajah Halimah Bt Karnawi yang pernah mencurahkan khidmat beliau selama 22 tahun sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Bangsar yang kini dikenali sebagai Lembah Pantai.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian turut tidak ketinggalan menghadiri majlis tersebut dengan diketuai Ketua Pemuda Sdr Tuan Hj M Sazali Kamilan serta barisan jawatankuasanya.
Majlis ini juga mendapat sambutan dari penduduk setempat serta NGO-NGO di Lembah Pantai.Tidak kurang 500 orang menghadiri program tersebut.Diharap program-program sebegini dapat berterusan kerana ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat.

No comments: