9.13.2009
Pemuda di Sekitar Mesyuarat Khas UMNO Lembah Pantai
9.11.2009
MAJLIS GOTONG ROYONG WARGA BLOK C PPR LEMBAH PANTAI

Penduduk Blok C PPR Lembah Pantai telah mengadakan Majlis Gotong Royong menyimen ruang bawah blok untuk yang sebelum ini berpasir dan selalu menjadi tempat air bertakung.Sumbangan berupa simen dan pasir telah diberikan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai untuk mereka menjalankan program tersebut.
9.04.2009
SEKITAR MAJLIS RAMADHAN BERSAMA RAKYAT DI PPR KERINCI LEMBAH PANTAI

Gambar sekitar Majlis Nur Ramadhan peringkat Wilayah Persekutuan serta Majlis penyerahan pampasan kepada penduduk PPR Kerinchi Lembah Pantai yang telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Dato' Zainal Abidin bertempat dipadang PPR Kerinchi Lembah Pantai.Bantuan yang diberi bukan sahaja pada mereka yang beragama Islam tetapi merangkumi juga pada agama serta bangsa lain.Ini menunjukkan semangat Satu Malaysia berjaya untuk menyatukan semua bangsa di negara kita.Dianggarkan lebih dari 5000 rakyat yang menghadiri programtersebut.
8.23.2009
8.15.2009
Sekitar Majlis Perasmian Serentak Pemuda, Wanita dan Put3 UMNO Lembah Pantai
"Masa depan Pemuda perlu bersandarkan
kepada idealisme yang bertunjangkan jati diri bangsa Melayu. Tanpa jati diri, identiti akan hilang. Tanpa identiti, tidak mungkin kesetiaan terhadap Agama, Bangsa dan Negara dapat dipertahankan.
Jati diri adalah bagaimana hati, perasaan dan akal budi memahami dan mengenali diri kita sendiri serta bagaimana orang pula mengenali kita. Inilah jati diri atau identiti kita yang paling asasi. Sebuah bumi tempat dipijak dan lapisan langit tempat dijunjung. Di sepanjang sejarahnya bumi ini dikenali sebagai dunia Melayu.
Bumi yang bernama alam Melayu yang dihuni oleh suku-suku bangsa Melayu, di mana setiap bentuk landskap alamnya, fauna dan floranya dinamakan dalam Bahasa Melayu. Terbangun pula tamadun dan kebudayaan Melayu yang tercatat jauh dalam sejarah.
Umatnya berajakan Melayu, berkerajaan Melayu membentuk pelbagai negara dan setiap corak kehidupannya bersendikan adat budaya Melayu. Manakala Islam bertunjang teguh sebagai agama anutan umat Melayu.
Bumi yang dipijak ini, Bahasa Melayu, adat Melayu, kebudayaan Melayu, tamadun Melayu, Kerajaan Melayu dan Islam inilah ciri-ciri yang kita perjuangkan selama lebih setengah abad di atas nama UMNO.
Atas perjuangan UMNOlah, ciri-ciri jati diri ini dan sejumlah hak yang berkaitan dengannya menjadi sah dalam Perlembagaan negara. Pemuda sebagai pewaris hak dan legitimasi ini, wajib memahami sedalam-dalamnya makna dan implikasi setiap aspek jati diri ini, lantas memperjuangkannya agar umat Melayu kekal sebagai teras kedaulatan negara.
Sebagai pewaris hak, Pemuda juga memikul tanggungjawab untuk menghidupkan kembali nilai dan semangat murni yang terkandung dalam adat resam, budaya dan warisan yang membina jati diri orang Melayu."

Persiapan Menjelang Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Lembah Pantai di Bilik Kelantan

Malam tadi, sahabat-sahabat JK Pemuda UMNO Bhg Lembah Pantai bekerja keras bagi memastikan perjalanan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai di Dewan Tun Hussein Onn berjalan lancar.
YB Dato’ Raja Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai dijangka akan merasmikan Perasmian Serentak Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO bahagian Lembah Pantai pada jam 2 petang di Dewan Tun Hussein.
Jom, sahabat-sahabat Pemuda Lembah Pantai...
SALAM PERJUANGAN
8.02.2009
Info Terkini Program Yang Melibatkan Pemuda Bahagian
Program PPR bersama Tabung Haji WP anjuran bersama Biro Agama Pemuda UMNO Lembah Pantai dan Badan Komuniti Blok B, PPR Kerinch pada 8-9 Ogos 2009 di Blok B, PPR Kerinhci.
Selain itu GPMS Cawangan Lembah Pantai juga akan mengadakan Pertandingan Futsal PPR di Pusat Komuniti Kerinchi pada tarikh yang sama.
Diharap rakan-rakan Pemuda dapat turut sama menjayakan program-program tersebut.Sampaikan pada masyarakat sekeliling supaya mereka dapat bersama menghadirkan diri.

7.31.2009
SEMBANG-SEMBANG ISU SEMASA PEMUDA UMNO LEMBAH PANTAI
Baru-baru ini, Pemuda UMNO Lembah Pantai telah mengadakan majlis sembang-sembang isu semasa bersama Ketua Pemuda UMNO Cawangan dalam Lembah Pantai bersama kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian.
Program tersebut dipengerusikan saudara Zailani (Jai), Naib Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai. Banyak isu dan pandangan sahabat-sahabat Pemuda Lembah Pantai, dalam menambah-baik perjalanan Pemuda Lembah Pantai.
Program yang baik sebegini, harus dijalankan selalu malah lebih baik ia dianjurkan di peringkat cawangan pula, sebelum dibawa ke peringkat Pemuda Bahagian.

7.13.2009
100 Hari DS Najib
Tahniah kepada DS Najib diatas sambutan 100 hari genap beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.Serentak dengan itu beliau telah membuat 11 pengumuman penting yang mengembirakan rakyat terutama sekali tentang penjualan rumah PPR di Wilayah Persekutuan yang telah ditunggu sejak sekian lama oleh mereka-mereka yang selama ini duduk menyewa dirumah yang mereka duduki sekarang.Terima Kasih DS Najib..Diharap selepas ini DS Najib lebih hebat dan berjaya untuk merealisasikan impian 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
7.03.2009
Laporan Polis Pemuda LP terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai

Saudara Zailani Abu Bakar, Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg lembah Pantai bersama barisan AJK Pemuda UMNO Lembah Pantai telah membuat laporan polis petang tadi terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai berhubung dakwaannya yang mengatakan kebakaran di Bukit B, Kg Kerinchi adalah perbuataan sabotaj pihak-pihak tertentu.
Ini merupakan satu tuduhan jahat dan mempunyai kepentingan peribadi kerana semenjak menjadi wakil rakyat di parlimen Lembah Pantai, apa yang PKR perjuangkan untuk kepentingan rakyat di Lembah Pantai.
Kini bila ada satu-satu kes sebegini, mulalah PKR nak tunjuk baik, tunjuk muka sedangkan selama ini, takde apa pun yang mereka buat untuk kepentingan kita bersama.

6.20.2009
Budak Zaman Sekarang..MEMALUKAN!!!
MEMALUKAN ANAK BANGSA.Siapa harus dipersalahkan.?Aku cukup kecewa bile tengok budak-budak zaman sekarang yang masih bersekolah tanpa segan silu hisap rokok.Dah la ponteng sekolah dengan selambernya pakai uniform lagi tu.Tak tahu malu ke mereka ni.Bercampur gaul pula lelaki perempuan.Kita tak tahu apa pula akan berlaku lepas tu.Mak,bapa kat umah sikit punya percaya anak mereka baik,bersopan santun siap bertudung litup lagi tu.Pada hal dibelakang mak,bapa mereka jadi setan bertopengkan manuasia.Tak kesian ke mereka yang pada si bapa yang penat mecari rezeki nak menanggung perbelanjaan harian mereka.Nie bile dapat duit boleh guna pula ke tempat lain.
6.15.2009
Pemuda Mulakan Inisiatif Perjuang Nasib Masyarakat Bandar di Kg Kerinchi
Jika sebelum ini tumpuan diberikan kepada kawasan luar bandar, Pemuda UMNO hari ini meletakkan keutamaan untuk mendekati masyarakat dalam bandar khususnya mendekati golongan muda.
Sebagai inisiatif ke arah itu Pemuda UMNO menerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandarnya telah mengadakan program Sehari Bersama Pemuda UMNO Malaysia di Bandar di PPR Kampung Kerinchi, Lembah Pantai.
Selain aktiviti gotong royong membersihkan kawasan, program sehari itu turut mengadakan majlis dialog bersama masyarakat setempat, sukan rakyat, mengunjungi rumah penduduk, mengadakan klinik kesihatan bergerak, pertandingan melukis bagi kanak-kanak, beramah mesra dengan penjual dan pengunjung di gerai-gerai berdekatan serta kenduri rakyat.
Mengulas program berkenaan, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini memberi penumpuan dan penekanan kepada penduduk di kawasan bandar dalam usaha mendekatkan diri dengan golongan muda di kawasan tersebut.
Jelas beliau inisiatif ini dilakukan memandangkan sebelum ini tumpuan banyak diberikan kepada kawasan luar bandar sedangkan banyak masalah serta ramai pengundi khususnya di kalangan golongan muda berada di dalam bandar.
“Menerusi program ini kita akan mendekatkan diri dengan pengundi muda di kawasan bandar serta mengenal pasti permasalahan mereka.
"Jika sebelum ini Pemuda lebih banyak turun padang dan menumpukan pada golongan muda di luar bandar, kini tiba masanya untuk Pemuda melebarkan sayap perkhidmatannya kepada penduduk muda di kawasan bandar," katanya selepas mengadakan gotong royong bersama masyarakat di PPR Kampung Kerinchi di sini.
Menerusi program yang diadakan kata beliau lagi Pemuda telah mengenalpasti beberapa masalah sebenar yang dihadapi penduduk bandar yang lebih menjurus kepada masalah perumahan.
“Sepanjang pertemuan dengan penduduk di kawasan ini kita dapati kebanyakan isu yang dibangkitkan penduduk adalah berkiatan masalah perumahan seperti pengurusan sampah, persekitaran, tempat letak kereta serta permintaan untuk membeli rumah berkenaan daripada hanya disewakan.
"Kesemua permasalahan yang dibangkitkan ini akan kita perjuangkan dan kami akan berusaha untuk membantu mereka mendapat peluang untuk hidup lebih selesa agar mereka tidak rasa kehimpitan tinggal di bandar," ujarnya.
Pada masa yang sama jelasnya lagi Pemuda turut akan menumpukan usaha membuka peluang dalam ekonomi seperti membantu masyarakat bandar mendapat peluang berniaga bagi kehidupan yang lebih selesa.
Sebelum ini Sekretariat Hal Ehwal Bandar yang dipengerusikan Tengku Azman Tengku Zainal Abidin turut telah mengadakan beberapa dialong dengan masyarakat bandar bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di Pulau Pinang dan Selangor.

Subscribe to:
Posts (Atom)