6.04.2009

Facebook - Mudahkan hubungan kita.

Assalammualaikum.

Diharap semua rakan-rakan Pemuda UMNO bahagian Lembah Pantai dan rakan-rakan yang bersama kami selama ini, dapat buat facebook masing-masing, untuk memudahkan kita berhubung dengan lebih mudah dan lebih berkesan.

Sebarang program pun kita boleh maklum kepada semua dengan kadar segera. Kerjasama dan kefahaman dari rakan-rakan semua amat kami hargai.


Bagi Pihak,
Jawatankuasa Pengurusan
Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Lembah Pantai

6.03.2009

Pemuda Adakan Kursus Latih Pemidato Setiap Bahagian

Pemuda UMNO akan mengadakan kursus Asas Jentera Unit Pidato pada 5-7 Jun ini bagi memberi latihan dan persediaan yang secukupnya kepada ahli pergerakan itu dari sudut penganjuran serta keupayaan untuk mengadakan ceramah di peringkat bahagian di seluruh negara.

Pengerusi Unit Pidato dan Penghujahan Umumnya, Lokman Noor Adam berkata kursus berkenaan akan memberi pendedahan kepada para peserta tentang bagaimana kaedah serta pelaksanaan bagi melicinkan sebarang ceramah atau forum kelak.

Menurut beliau seramai 120 peserta daripada seluruh bahagian dijangka akan menghadiri kursus tersebut yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU) di Pahang.

"Kursus ini terbuka kepada mana-mana ahli Pemuda di peringkat bahagian yang berminat dan pendaftaran masih lagi dibuka sehingga esok. Berdasarkan pendaftaran terkini, sambutan yang diterima amat mengalakkan.

"Ini bermakna ramai ahli-ahli kita di akar umbi yang berbakat serta mahu menceburkan diri dalam pemidato ini. Kita berharap dengan pelaksanaan kursus seperti ini, akan lahir lebih ramai tokoh-tokoh Pemuda yang bukan sahaja mampu menguruskan sesi ceramah malah jauh daripada itu", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Menurut Lokman lagi, modul yang akan digunapakai sepanjang kursus itu adalah berbentuk ceramah serta pembentangan kertas kerja oleh tenaga professional daripada luar UMNO.

Selain daripada itu, kita juga akan menerapkan beberapa kaedah lain yang diyakini bakal memberi satu kemahiran kepada peserta kursus yang hadir nanti.

Menjelaskan lebih lanjut, Lokman seterusnya menambah para peserta yang menujukkan kebolehan serta keupayaan yang tinggi akan dipilih untuk menghadiri satu lagi kursus yang akan diadakan pada 19-21 Jun ini.

"Kursus pada tarikh itu merupakan kelolaan Sekretariat Penerangan Dan Komunikasi Pemuda UMNO yang mana ianya akan meberi tumpuan khusus terhadap aspek pemidato.

"Daripada sinilah kita akan terapkan serta melatih mereka yang akan menjadi pemidato Pemuda UMNO untuk berceramah dan sebagainya", kata beliau.

PENERIMAAN AHLI-AHLI BARU SERTA CERAMAH UMNO 'DULU KINI DAN SELAMANYA'.


Biro Pendidikan Politik Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai dengan kerjasama UMNO Cawangan Angsana serta Biro Pengundi UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengadakan Majlis Penerimaan Ahli-Ahli Baru dan ceramah UMNO ‘Dulu Kini Dan Selamanya’ bertempat di Perumahan JPM,Jalan Ang Seng 4 Brickfields.
Sebanyak 40 keahlian ahli baru telah diterima pada Majlis tersebut.Program telah dirasmikan oleh Sdr Ikhsan Samsudin selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Ketua Umno Cawangan Agsana.Beliau dalam ucapannya menyeru kita ahli-ahli UMNO kembali bersatu untuk memperkukuhkan UMNO bahagian Lembah Pantai untuk menghadapi PRU 13.Perbanyakkan lagi program-program untuk menarik mereka-mereka yang menyokong pembangkang serta yang tidak pernah mendaftar sebagai ahli untuk menjadi ahli UMNO serta pastikan mereka-mereka mendaftar sebagai pengundi di Lembah Pantai.

Beliau juga meminta warga Lembah Pantai memberi sokongan yang penuh pada Umno Bahagian Lembah Pantai yang mana Ketua Bahagiannya YM Senator Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah dilantik Menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Ceramah UMNO ‘Umno Dulu Kini Dan Selamanya’ telah disampaikan oleh Sdr Zahrain Yassin yang lebih dikenali dalam dunia bloggers sebagai Sang Kelembai.Beliau yang telah dipecat keahlian UMNO kini dalam proses rayuan untuk memohon kembali kepangkuan UMNO.

5.20.2009

TUMPU PENGUNDI MUDA UNTUK RAMPAS KERUSI LEMBAH PANTAI



UMNO Lembah Pantai harus memberi perhatian khusus kepada pengundi muda dalam usaha untuk merampas semula kawasan Parlimen Lembah Pantai yang dimenangi pembangkang.

Ketua UMNO Lembah Pantai yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, menurut perangkaan, kira-kira empat juta pengundi muda akan menyertai pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, trend semasa pula menunjukkan golongan itu lebih cenderung kepada parti pembangkang.

"Ahli-ahli UMNO perlu merapatkan barisan dan berhenti merajuk selepas selesai pemilihan Mac lalu untuk mendekati golongan muda ini yang menjadi penentu kerajaan masa depan. UMNO perlu mengubah cara mendekati rakyat terutama golongan muda dengan mendampingi mereka secara lebih rapat untuk menyelami masalah mereka dan tanpa banyak protokol," jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan UMNO 2009 Bahagian Lembah Pantai yang turut dihadiri oleh kira-kira 1200 ahli UMNO Lembah Pantai.

Raja Nong Chik berkata, beliau yakin semua itu boleh dicapai jika ahli UMNO di semua peringkat melupakan segala masalah yang ada dan bekerja keras demi meraih semula sokongan rakyat.

Beliau berkata, ahli UMNO perlu sedar suasana politik semasa memerlukan mereka bersatu dan berjuang mengatasi pelbagai emosi negatif yang wujud.

Mengenai masalah setinggan di Wilayah Persekutuan, beliau berkata, misi untuk mencapai setinggan sifar di bandar raya Kuala Lumpur sukar dicapai jika mereka mengenakan pelbagai syarat.

Antara syarat yang sukar dipenuhi kerajaan ialah pemberian tanah dan pelbagai bentuk pampasan lain yang diingini sebelum mereka bersetuju untuk berpindah ke pangsapuri yang disediakan.

5.16.2009

PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN-CAWANGAN LEMBAH PANTAI 2009

KEPADA KEPADA RAKAN-RAKAN PEMUDA MARI KITA TURUN BERAMAI-RAMAI KE MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN-CAWANGAN BAHAGIAN LEMBAH PANTAI PADA HARI ISNIN 18 MEI 2009 BERTEMPAT DI PUSAT KOMUNITI BUKIT KERINCHI LEMBAH PANTAI,PANTAI DALAM.MAJLIS AKAN BERMULA PADA JAM 8 MALAM DIRASMIKAN OLEH YB SENATOR DATO' RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN SELAKU MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI.KITA PASTIKAN KEHADIRAN BERAMAI-RAMAI AHLI PEMUDA KE PROGRAM TERSEBUT UNTUK MENUNJUKKAN KEKUATAN UMNO PADA MASYARAKAT SETEMPAT SERTA MENUNJUKKAN YANG UMNO MASIH RELEVAN UNTUK GOLONGAN MUDA DARI DULU KINI DAN SELAMANYA.

5.13.2009

PILIHAN RAYA NEGERI PERAK….. HANYA AKAN MENGUNTUNGKAN DAP

Dua hari aku pening melihat kemelut politik Perak yang hanya akan merugikan rakyat Perak, tidak menguntungkan UMNO, PAS tetapi DAP akan terus yakin menaruh harapan untuk menduduki kerusi MB Perak. Percayalah….. Bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS akan turut diperdaya DAP semata-mata untuk kepentingan politik DAP.Aku yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak.Yang sedih nanti, bukan sahaja Zambry bukan jadi MB...malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB.Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak…..Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam. Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak.Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.Yea… MB masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam.Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka…. Yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB.Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.

5.08.2009

MASING-MASING MENCARI KEBENARAN

APA YANG BERLAKU DI DUN PERAK SEMALAM SUNGUH MEMALUKAN.KENAPA MEREKA-MEREKA INI IKUT BUDAYA LUAR.TAK PERLULAH KITA JADI SEPERTI NEGARA-NEGARA JIRAN KITA YANG POLITIK MEREKA SENTIASA BERGOLAK.LAGI SATU APA YANG DITUNJUKKAN BOLEH MENYEBABKAN PENYOKONG-PENYOKONG PARTI MENGIKUT SAMA BERTINDAK SEDEMIKIAN.INI KERANA IA TELAH DI AJAR SEBEGITU RUPA OLEH PEMIMPIN MEREKA.BILA KEADAAN KACAU BILAU SIAPA YANG HARUS DI SALAHKAN.MASING-MASING MENUNDING JARI ANTARA SATU SAMA LAIN.SAMPAIKAN APABILA POLIS INGIN BERTINDAK PUN JADI SERBA SALAH.BILA KERAS SANGAT DI KATAKAN POLIS ZALIM DAN SALAH GUNA KUASA.TAPI BILA BERLEMBUT PULA NANTI SEMUA MEREKA PIJAK KEPALA.PENING KEPALA DI BUATNYA.DALAM HAL DI PERAK AKU RASA MASING-MASING HARUS MENGALAH DAN TUNGGULAH KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG AKAN DIUMUMKAN ISNIN DEPAN.TERIMA APA JUA KEPUTUSAN YANG DIBERI.KALAH TAK SEMESTINYA KALAH SELAMANYA.MUNGKIN ADA IKHTIBAR DI SEBALIK APA YANG BERLAKU.APA YANG BERLAKU DI PERAK INI ADA MAKSUD YANG TERSENDIRI DAN HARUS DI FAHAMI.PADA AKU INILAH MASA UNTUK ORANG MELAYU BERSATU.SEPATUTNYA ADUN-ADUN MELAYU BERAGAMA ISLAM BERSATU UNTUK MEWUJUDKAN KERAJAAN CAMPURAN DI PERAK.APA SALAH KITA KETEPIKAN PERBEZAAN POLITIK DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT.TAPI MASING-MASING ADA EGO YANG BEGITU BESAR.SEMUANYA GILAKAN KUASA.ENTAH SAMPAI BILA PERKARA INI AKAN BERLARUTAN.

5.07.2009

PKR HANYA PARTI BERMUSIM

SUDAH SETAHUN LEBIH KERUSI PARLIMEN LEMBAH PANTAI MENJADI MILIK PKR.TAPI YANG MENJADI TANDA TANYA HINGGA KINI MANA PERGINYA YB NURUL IZAH YANG TERLALU DIBANGGAKAN.AKU TAK NAMPAK PUN BELIAU TURUN MEMBANTU PENDUDUK LEMBAH PANTAI.TAK KAN LA SIBUK SANGAT SEHINGGAKAN SUSAH UNTUK NAMPAK BELIAU DI KAWASAN SEKITAR.BELIAU BUKANNYA MENTERI ATAU TIMBALAN MENTERI YANG SENTIASA BANYAK TUGAS YANG HARUS DIPIKUL.
JANGANLAH HANYA MEMBERI JANJI-JANJI KOSONG.BUKTIKAN KEMAMPUAN DAN TUNJUKKAN KHIDMAT ANDA DIDALAM KAWASAN.KALAU RASA TAK BOLEH NAK PIKUL TUGAS YANG DIBERI LEBIH BAIK SAUDARI LETAK SAHAJA JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI.INGATLAH SEGALA ELAUN PARLIMEN YANG DIBERI PADA SAUDARI ADALAH DUIT RAKYAT.JANGAN NAK MAKAN GAJI BUTA SAHAJA.AKU SYORKAN BAIK SAUDARI DUDUK RUMAH JADI IBU SEPENUH MASA.DIDIK ANAK-ANAK UNTUK UCAP TERIMA KASIH PADA KERAJAAN KERANA MEMBERI KESELESAAN PADA RAKYAT DI NEGARA INI.JANGAN ADA YANG LUPA DIRI SEPERTI MEREKA-MEREKA DIDALAM PARTI SAUDARI YANG DULUNYA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN.BILA DAH KAUT HARTA BERTIMBUN-TIMBUN LARI DARI LANDASAN PERJUANGAN.LEPAS TU CAKAPLAH PADA RAKYAT YANG KERAJAAN TAK BETUL.KENAPA MASA ADA DALAM KERAJAAN TAK PULA BERKATA MACAM TU.ITU LAH DIA CONTOH PEMIMPIN YANG JAGA POKET SENDIRI.BERKATA SOAL RASUAH,AKU RASA MEREKA-MEREKA DALAM PKR YANG DULUNYA DALAM UMNO LAGI KUAT RASUAH.JADI LEPAS NI HENTI-HENTIKANLAH NAK MEMFITNAH PEMIMPIN DAN AHLI-AHLI UMNO.LAGI SATU APA YANG AKU NAMPAK KEPIMPINAN PKR DI BAHAGIAN-BAHAGIAN BUKANNYA LENGKAP PUN.SILAP-SILAP HANYA ADA KETUA DAN PEGAWAI SAHAJA.LEPAS TU ENTAH BERDAFTAR ENTAH TIDAK.MAKLUM LA PKR NI KAN PARTI YANG BERKEMPENTINGAN PERIBADI.IA WUJUD PUN DISEBABKAN DENDAM TERHADAP UMNO.

5.06.2009

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT








SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.ITULAH UNGKAPAN SENATOR DATO' RAJA NONG CHIK SELAKU MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN SEMASA MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DAN TAKLIMAT PEMINDAHAN SETINGGAN BUKIT B KG KERINCHI.ITULAH VISI YANG TELAH DI SEBUT OLEH PERDANA MENTERI BERULANG KALI.SELAKU MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI BELIAU TELAH MENGUMUMKAN BERITA GEMBIRA KEPADA PENDUDUK SEKITAR KAWASAN TERSEBUT.MEREKA SEMUA YANG BERJUMLAH 375 KELUARGA AKAN DIPINDAHKAN KE PPR SRI CEMPAKA PANTAI DALAM PADA AWAL JUN NANTI.INI YANG DI NANTI-NANTIKAN OLEH MEREKA.BAGI SENATOR DATO' RAJA,TIDAK KIRA MEREKA AHLI UMNO ATAU AHLI PEMBANGKANG ASALKAN LAYAK,MEREKA SEMUA HARUS DI TOLONG.PADA BELIAU KINI ADALAH MASA UNTUK BERKHIDMAT PADA RAKYAT TERUTAMANYA DI SEKITAR LEMBAH PANTAI.ANTARA YANG HADIR PADA PROGRAM TERSEBUT ADALAH KETUA PENGARAH DBKL,SDR MOHAMAD SAZALI KAMILAN SELAKU KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN YANG KINI MENJADI SETIAUSAHA POLITIK MENTERI WILAYAH,SDR RAMLAN ASKOLANI,SDR IKHSAN,SDR AZUZ SERTA BARISAN KEPIMPINAN BAHAGIAN YANG LAIN.

KEPIMPINAN BARU WILAYAH PERSEKUTUAN


HARI NI TELAH LENGKAP SENARAI KEPIMPINAN BARU WILAYAH PERSEKUTUAN YANG DI TERAJUI OLEH SDR RIZALMAN DATO MOKHTAR KETUA PEMUDA BANDAR TUN RAZAK.KAMI PEMUDA LEMBAH PANTAI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN BARU YANG TELAH DILANTIK.KAMI MENYOKONG PENUH SDR RIZALMAN UNTUK MEMIMPIN PEMUDA WILAYAH DAN JUGA YAKIN YANG BELIAU BOLEH MEMBAWA PEMUDA WILAYAH DI SEGANI DIPERINGKAT PUSAT SERTA MENARIK KEMBALI ANAK-ANAK MUDA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KEMBALI MENYOKONG UMNO.KINI KITA PERLU PERBANYAKKAN PROGRAM TURUN KE AKAR UMBI.KITA PERLU BERSAMA-SAMA MENYELAMI HATI-HATI ANAK MUDA UNTUK MEMBOLEHKAN MEREKA BERSAMA KITA.

KETUA PEMUDA- SDR RIZALMAN(KP BANDAR TUN RAZAK)

NAIB KETUA PEMUDA-SDR SYED MEHDHAR(KP CHERAS)

P/SETIAUSAHA- SDR TAUPIK(KP WANGSA MAJU)

P/BENDAHARI- M SAZALI KAMILAN(LEMBAH PANTAI)

KETUA PENERANGAN- SDR MAHADHIR(KP SEGAMBUT)

4.18.2009

Sekitar Program Pemimpin Bersama Rakyat & Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen Lembah Pantai




Pagi tadi aku berkesempatan ke Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen Lembah Pantai. Majlis ini berlangsung di Padang PPR Kerinchi, Lembah Pantai yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, YB Senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Ramai gak rakan-rakan AJK dan ahli-ahli Pemuda UMNO Lembah Pantai turut hadir memeriahkan majlis.



Semoga program-program ini akan diadakan berterusan dapat usaha mendekati permasalahan warga kota khususnya di Lembah Pantai ini.

Di harap Pemuda di bawah kepimpinan Saudara Sazali juga boleh memainkan peranan yang efektif, mengadakan program sebegini, dengan usaha mendekatkan semula golongan muda bersama UMNO dan kerajaan seterusnya mengembalikan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai kepada BN dalam PRU yang akan datang.

4.13.2009

MENTERI WILAYAH MENBERSAMA WARGA UMNO LEMBAH PANTAI




MAJLIS TAHLIL SERTA RAMAH MESRA BERSAMA AHLI UMNO LEMBAH PANTAI SEMPERNA PERLANTIKAN YBM DATO' RAJA NONG CHIK,KETUA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI SEBAGAI MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN.WALAUPUN HUJAN TURUN DENGAN LEBAT DARI JAM 5 PETANG TAPI IA TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT WARGA UMNO LEMBAH PANTAI UNTUK BERJUMPA SERTA MEMBERI SOKONGAN KEPADA PEMIMPIN MEREKA.INI CUKUP UNTUK MENUNJUKKAN YANG DATO' RAJA MENDAPAT SOKONGAN YANG PADU DARI SELURUH WARGA LEMBAH PANTAI.BAGI KAMI DIPIHAK PEMUDA PULA, KAMI SEDIA MENJADI BENTENG KEPADA YBM DATO' RAJA DEMI UNTUK MEMUDAHKAN BELIAU MENJALANKAN TUGAS SERTA BERSEDIA UNTUK MENANGKIS SEGALA FITNAH DI BLOG-BLOG YANG MENCEMBURUI APA YANG YBM DATO' RAJA KECAPI KETIKA INI.
SELAMAT BERTUGAS YBM DATO'.

4.09.2009

TAHNIAH YM DATO RAJA NONG CHIK


HARI NI ADALAH HARI YANG MENGEMBIRAKAN BAGI SELURUH WARGA UMNO LEMBAH PANTAI APABILA KETUA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI YM DATO RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN TELAH DIBERI KEPERCAYAAN OLEH DATUK SERI NAJIB UNTUK DI LANTIK SEBAGAI SENATOR DAN SETERUSNYA DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENERAJUI KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN.
IA MENJADI PEMANGKIN KEPADA UMNO LEMBAH PANTAI UNTUK MENARIK KEMBALI WARGA LEMBAH PANTAI MENYOKONG UMNO DAN SETERUSNYA MERAMPAS KEMBALI KERUSI PARLIMEN LEMBAH PANTAI DARI PARTI PEMBANGKANG PADA PRU 13 NANTI.

3.06.2009

SELAMAT BERJUANG CALON NO 36

Alhamdulillah, Ketua Pemuda kita, Haji M Sazali Kamilan sah akan bertanding dalam Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, 24 Mac nie. Semoga penawaran diri sebagai EXCO Pemuda UMNO ini, gerakan Pemuda UMNO akan lebih mantap dan berkesan di masa-masa mendatang. Dalam pengundian nombor calon baru-baru ini, bos kita dapat no 36.

Dalam perkembangan sama, Sazali memohon para perwakilan dan pemerhati UMNO supaya menggunakan peluang Persidangan UMNO yang akan berlangsung mulai 24 mac ini bagi memantapkan parti untuk berhadapan pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, oleh itu kesempatan yang ada itu perlu dimanfaatkan untuk membahaskan masa depan dan perjuangan parti selain memikirkan tentang mesej daripada keputusan pilihan raya umum lalu. Persidangan tahun ini juga kelak patut memikirkan apa bentuk perubahan dan transformasi kepada bukan sahaja UMNO tetapi juga BN.

Kita perlu sedar bahawa ujian kita selepas ini bukannya soal pemilihan, tetapi adalah selepasnya iaitu bagi memantapkan parti bagi berdepan pilihan raya umum ke-13.

Selamat berjaya bro Zali. Saya mengucapkan tahniah kepada berani menyahut cabaran di kala UMNO berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang amat getir pada masa ini.

Dalam masa yang sama, aku berharap sangat pada para perwakilan yang akan memilih tahun ini, supaya menggunakan kesempatan itu untuk membentuk satu barisan yang lebih mantap dan mampu membawa perubahan terbaik kepada Pemuda UMNO dan UMNO khususnya. Ini penting supaya perjuangan UMNO akan dapat memenuhi cita rasa orang ramai khususnya generasi muda.

Sesiapa yang hendak menawarkan diri sebagai pemimpin di dalam UMNO perlu juga mengambil kira hubungan dan perjuangan mereka dengan rakan-rakan dalam BN.

Selamat berjaya buat semua.


`Sahabat-Gunung’.

3.02.2009

RAZALI MINTA 700,000 PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS

Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Razali Ibrahim meminta semua 700 ribu ahli Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kerana membuat kenyataan menghasut semasa berbahas di Dewan Rakyat minggu lalu.

Katanya laporan itu boleh dibuat di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan kerana tuduhan yang dibuat oleh Karpal bahawa Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya adalah palsu.

Katanya, walaupun Karpal membuat kenyataan tersebut di dalam Dewan Rakyat tetapi berdasarkan peruntukan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan, Karpal masih boleh didakwa.

Mengikut rekod, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Mark Koding pada tahun 1982 telah dijatuhkan hukuman denda kerana membuat kenyataan yang meghasut semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 17 Oktober 1978.