5.06.2009
PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT
KEPIMPINAN BARU WILAYAH PERSEKUTUAN

HARI NI TELAH LENGKAP SENARAI KEPIMPINAN BARU WILAYAH PERSEKUTUAN YANG DI TERAJUI OLEH SDR RIZALMAN DATO MOKHTAR KETUA PEMUDA BANDAR TUN RAZAK.KAMI PEMUDA LEMBAH PANTAI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN BARU YANG TELAH DILANTIK.KAMI MENYOKONG PENUH SDR RIZALMAN UNTUK MEMIMPIN PEMUDA WILAYAH DAN JUGA YAKIN YANG BELIAU BOLEH MEMBAWA PEMUDA WILAYAH DI SEGANI DIPERINGKAT PUSAT SERTA MENARIK KEMBALI ANAK-ANAK MUDA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KEMBALI MENYOKONG UMNO.KINI KITA PERLU PERBANYAKKAN PROGRAM TURUN KE AKAR UMBI.KITA PERLU BERSAMA-SAMA MENYELAMI HATI-HATI ANAK MUDA UNTUK MEMBOLEHKAN MEREKA BERSAMA KITA.
KETUA PEMUDA- SDR RIZALMAN(KP BANDAR TUN RAZAK)
NAIB KETUA PEMUDA-SDR SYED MEHDHAR(KP CHERAS)
P/SETIAUSAHA- SDR TAUPIK(KP WANGSA MAJU)
P/BENDAHARI- M SAZALI KAMILAN(LEMBAH PANTAI)
KETUA PENERANGAN- SDR MAHADHIR(KP SEGAMBUT)
4.18.2009
Sekitar Program Pemimpin Bersama Rakyat & Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen Lembah Pantai
Pagi tadi aku berkesempatan ke Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen Lembah Pantai. Majlis ini berlangsung di Padang PPR Kerinchi, Lembah Pantai yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, YB Senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Ramai gak rakan-rakan AJK dan ahli-ahli Pemuda UMNO Lembah Pantai turut hadir memeriahkan majlis.
Ramai gak rakan-rakan AJK dan ahli-ahli Pemuda UMNO Lembah Pantai turut hadir memeriahkan majlis.
Semoga program-program ini akan diadakan berterusan dapat usaha mendekati permasalahan warga kota khususnya di Lembah Pantai ini.
Di harap Pemuda di bawah kepimpinan Saudara Sazali juga boleh memainkan peranan yang efektif, mengadakan program sebegini, dengan usaha mendekatkan semula golongan muda bersama UMNO dan kerajaan seterusnya mengembalikan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai kepada BN dalam PRU yang akan datang.
4.13.2009
MENTERI WILAYAH MENBERSAMA WARGA UMNO LEMBAH PANTAI
SELAMAT BERTUGAS YBM DATO'.
4.09.2009
TAHNIAH YM DATO RAJA NONG CHIK

HARI NI ADALAH HARI YANG MENGEMBIRAKAN BAGI SELURUH WARGA UMNO LEMBAH PANTAI APABILA KETUA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI YM DATO RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN TELAH DIBERI KEPERCAYAAN OLEH DATUK SERI NAJIB UNTUK DI LANTIK SEBAGAI SENATOR DAN SETERUSNYA DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENERAJUI KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN.
IA MENJADI PEMANGKIN KEPADA UMNO LEMBAH PANTAI UNTUK MENARIK KEMBALI WARGA LEMBAH PANTAI MENYOKONG UMNO DAN SETERUSNYA MERAMPAS KEMBALI KERUSI PARLIMEN LEMBAH PANTAI DARI PARTI PEMBANGKANG PADA PRU 13 NANTI.

3.06.2009
SELAMAT BERJUANG CALON NO 36
Alhamdulillah, Ketua Pemuda kita, Haji M Sazali Kamilan sah akan bertanding dalam Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, 24 Mac nie. Semoga penawaran diri sebagai EXCO Pemuda UMNO ini, gerakan Pemuda UMNO akan lebih mantap dan berkesan di masa-masa mendatang. Dalam pengundian nombor calon baru-baru ini, bos kita dapat no 36.Dalam perkembangan sama, Sazali memohon para perwakilan dan pemerhati UMNO supaya menggunakan peluang Persidangan UMNO yang akan berlangsung mulai 24 mac ini bagi memantapkan parti untuk berhadapan pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, oleh itu kesempatan yang ada itu perlu dimanfaatkan untuk membahaskan masa depan dan perjuangan parti selain memikirkan tentang mesej daripada keputusan pilihan raya umum lalu. Persidangan tahun ini juga kelak patut memikirkan apa bentuk perubahan dan transformasi kepada bukan sahaja UMNO tetapi juga BN.
Kita perlu sedar bahawa ujian kita selepas ini bukannya soal pemilihan, tetapi adalah selepasnya iaitu bagi memantapkan parti bagi berdepan pilihan raya umum ke-13.
Selamat berjaya bro Zali. Saya mengucapkan tahniah kepada berani menyahut cabaran di kala UMNO berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang amat getir pada masa ini.
Dalam masa yang sama, aku berharap sangat pada para perwakilan yang akan memilih tahun ini, supaya menggunakan kesempatan itu untuk membentuk satu barisan yang lebih mantap dan mampu membawa perubahan terbaik kepada Pemuda UMNO dan UMNO khususnya. Ini penting supaya perjuangan UMNO akan dapat memenuhi cita rasa orang ramai khususnya generasi muda.
Sesiapa yang hendak menawarkan diri sebagai pemimpin di dalam UMNO perlu juga mengambil kira hubungan dan perjuangan mereka dengan rakan-rakan dalam BN.
Selamat berjaya buat semua.
`Sahabat-Gunung’.
3.02.2009
RAZALI MINTA 700,000 PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS
Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Razali Ibrahim meminta semua 700 ribu ahli Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kerana membuat kenyataan menghasut semasa berbahas di Dewan Rakyat minggu lalu.Katanya laporan itu boleh dibuat di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan kerana tuduhan yang dibuat oleh Karpal bahawa Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya adalah palsu.
Katanya, walaupun Karpal membuat kenyataan tersebut di dalam Dewan Rakyat tetapi berdasarkan peruntukan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan, Karpal masih boleh didakwa.
Mengikut rekod, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Mark Koding pada tahun 1982 telah dijatuhkan hukuman denda kerana membuat kenyataan yang meghasut semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 17 Oktober 1978.
2.16.2009
BANTUAN PADA ANAK-ANAK MANGSA KEBAKARAN
2.14.2009
LEMBAH PANTAI JUARA
2.13.2009
DAKWA SEGERA PENDERHAKA
Padang Sultan Abdul Jalil, Ipoh semalam bergema dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ apabila lebih 5,000 orang yang mewakili pelbagai NGO berkumpul menyatakan ikrar taat setia akan mempertahankan kedaulatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hingga ke titisan darah terakhir.
Mereka yang menyertai perhimpunan secara aman anjuran Pemuda UMNO Perak itu meluahkan rasa marah terhadap sikap biadap dan kurang ajar pemimpin pembangkang iaitu Karpal Singh, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap Sultan Perak.
Luahan kemarahan yang meluap-luap itu bukan sahaja dapat didengar melalui kata-kata mereka, malah tertera pada tulisan pada sepanduk yang dibawa.
Antaranya, ‘Jangan Hina Raja Kami,’ ‘Kumpulan Gerakan Melayu Bersedia Menjadi Benteng Utama Mempertahankan Kedaulatan Raja-raja,’ ‘Pakatan Rakyat Jadi Kuda DAP’ dan ‘Usir Nizar dari Perak.’
PEMUDA LEMBAH PANTAI
Perhimpunan ini turut diserta sahabat-sahabat Pemuda UMNO Lembah Pantai yang diketuai saudara Sazali Kamilan. Saudara Along, Zack dan Apit tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama Pemuda UMNO Perak, untuk menyatakan sokongan kepada institusi Raja Berperlembagaan dan menentang mereka yang menderhaka titah sultan.

2.12.2009
HIMPUNAN MENJUNJUNG SETIA "DAULAT TUANKU"
Senario politik terbaru di negeri Perak ternyata telah membuka lembaran baru kepada sejarah negara ini. Institusi raja yang selama ini dipandang mulia dan tinggi oleh rakyat yang terbanyak telah mulai dilihat sebagai sebuah institusi yang negatif oleh kelompok-kelompok rakyat yang tertentu.
Tindakan-tindakan yang dilakukan bermula dengan demonstrasi dan akhirnya ke peringkat menyaman terhadap Ke bawah DYM Sultan Perak telah menyebabkan berlaku kekeliruan kepada rakyat tentang institusi raja dan perundangan.
Persepsi negatif yang dibina oleh pihak-pihak tertentu ini, ternyata sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan telah mencalar dan memalukan institusi Raja Berperlembagaan di negara ini yang merupakan sebahagian daripada sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Malaysia ini. Selama ini, Institusi Raja-raja telah berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.
Sehubungan dengan itu, menyedari keadaan bahawa Institusi Raja ini tidak boleh dibiarkan bersendirian dalam menghadapi situasi krisis sebegini maka dengan rasa tanggungjawab dan kesetiaan, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu perhimpunan yang digelar Himpunan Menjunjung Setia "Daulat Tuanku!" secara besar-besaran di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada jam 8.00 malam, Khamis, 19 Februari 2009.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, perhimpunan ini bukan bertujuan untuk mencipta dan bermusuh dengan mana-mana pihak tetapi ia adalah satu langkah yang positif ke arah untuk menyatukan suara hati generasi muda secara lebih tersusun dan konstruktif bagi menyatakan sumpah taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan Institusi Raja-raja dan Sistem Raja Beperlembagaan.
Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai golongan masyarakat, termasuk kelompok profesional, bukan profesional, pertubuhan politik, agama, kebajikan dan seni pertahanan diri adalah diseru untuk menyertainya.
Adalah menjadi harapan Pemuda BN bahawa perhimpunan ini akan menjadi satu indikator kepada seluruh masyarakat bahawa kita semua boleh berpolitik dan berbeza pandangan dengan mana-mana pihak termasuk dengan pihak istana sekalipun tetapi ianya tidak boleh melampaui batasan susila.
Kesedaran bahawa hukum perundangan adalah hukum yang sah dari segi perlembagaan adalah perlu tetapi jatuh letak sesuatu pihak dalam usaha mengheret institusi raja ke ruang pengadilan hanya kerana dibayangi oleh sentimen politik dan kuasa adalah sesuatu yang dangkal dari segi nilai dan pemikiran. Ia tidak boleh sama sekali dibiarkan menjadi amalan kita kerana dibimbangi berkecenderungan akan menjadi satu budaya.
Oleh itu, secara tegas, perhimpunan ini berpendirian untuk mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan akan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Sultan-sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan.
Perhimpunan ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak mutakhir agar rakyat dapat melihat semula secara lebih positif hubungan harmoni antara Istana dan rakyat dengan berlandaskan adat dan tradisi bangsa turun temurun, dalam semangat negara berperlembagaan dan rakyat bersultan. Selama ini, Institusi Raja-raja telah berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

2.11.2009
DAULAT TUANKU
BERSAMA KITA PERTAHANKAN MARUAH DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU.HALAU DAN LUCUTKAN KEWARGANEGARAAN PENGKHIANAT DARI BUMI BERTUAH INI.ANDAI PERLU,KITA PERTAHANKAN RAJA-RAJA MELAYU HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR. 
BANTAHAN PEMUDA WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR BERHADAPAN MENARA MAYBANK.
SEMASA MENGHANTAR MEMO KE PEJABAT KARPAL SINGH. 2.03.2009
Angkara Politik: Masa Depan Anak Melayu Diperjudikan
Tengok suratkhabar Utusan Malaysia hari ini, hatiku tersentuh melihat wajah-wajah anak dan adik-adik ini.Kesian anak-anak ini. Terpaksa belajar hampir 2 jam di bawah panas mentari selepas pintu pagar Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau dirantai dan dimangga JKKK Kuala Sungai Pinang.
Tergamak mereka memperjudikan masa depan anak-anak ini.
Sedih aku mengenangkan nasib anak-anak Melayu yang terpaksa memperjudikan masa depannya akibat percaturan politik kita sendiri yang hanya memetingkan diri sendiri tanpa melihat kesan kepada generasi masa depan.
Maybe… aku nak pinjam ayat dari Hambali Latiff dalam blognya (www.hambali1.blogspot.com)…. Penyakit PAS Terengganu sudah menjangkit sampai ke Pulau Pinang. Kalau dulu, antara tahun 1999-2004, inilah juga yang berlaku ke atas anak-anak Terengganu.
Kini menular ke Pulau Pinang plak. Selepas ini, ke mana plak. Namun aku mengharapkan agar anak-anak di Lembah Pantai ini terus mendapat pendidikan yang terbaik.
Marilah kita sama-sama matang berpolitik, jangan gadaikan masa depan anak-anak kita. Allahyarham Aminuddin Baki pernah berpesan, jangan sampai pelajar-pelajar Melayu jadi seperti ‘Itik di air matu kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan’.
Subscribe to:
Posts (Atom)